• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

iMac 2023 dengan cip terbaru Apple M3 boleh dibeli di Malaysia sekarang

  • OLEH Najib
  • 1:46 pm
  • 29/11/2023
  • Komen
iMac 2023 dengan cip terbaru Apple M3 boleh dibeli di Malaysia sekarang
Share on FacebookShare on Twitter

Apple telah memperkenal cip baru Apple Silicon M3 akhir bulan lepas dan ia dipadankan kepada dua produk, komputer iMac dan laptop Macbook Pro. Kini rakyat Malaysia boleh mula mendapatkan produk baru ini apabila ia telah disenaraikan sedia dihantar oleh laman web Apple Malaysia.

Harga Apple iMac M3

Hanya satu jenis cip M3 ditawarkan untuk iMac dan Apple Malaysia menyenaraikan tiga model sebagai asas untuk dibeli. Perbezaan model asas ini adalah pada teras CPU/GPU dan storan.



  • iMac 2023 (8-teras GPU, 8GB memori bersepadu, 256GB storan) RM6,299
  • iMac 2023 (10-teras GPU, 8GB memori bersepadu, 256GB storan) RM7,299
  • iMac 2023 (10-teras GPU, 8GB memori bersepadu, 512GB storan) RM8,099
Harga asas Apple iMac M3 2023

Jika anda tidak tahu, RAM dipasang siap ke dalam cip Apple Silicon M3, bermakna ia tidak boleh ditambah kemudian. Kalau mahu RAM besar, harus ditetapkan semasa pembelian terus. Untuk iMac baru ini, RAM asas disediakan adalah 8GB dan ia boleh dinaik taraf sehingga 24TB.

Storan juga tiada ruang dalaman, tetapi ia boleh menggunakan sambungan USB untuk storan luaran. Sebagai asas, Apple memberi storan dalaman SSD 512GB untuk iMac baru dan boleh dinaik taraf sehingga 2TB.



Harga tertinggi Apple iMac M3 2023

Jika membuat pilihan tertinggi dan menambah semua perkakas yang ditawarkan, harga iMac 2023 boleh mencecah RM12,698. Ini termasuk cip M3 dengan GPU 10-teras, memori 24GB, dan SSD 2TB. Perkakas pula adalah tetikus Mouse Magic + Trackpad, serta papan kekunci Magic Keyboard dengan Touch ID dan Keypad Bernombor.

Spesifikasi Ringkas iMac 2023

iMac M3 ditunjangi cip M3 yang baharu. Konfigurasi teras CPU dan GPU yang ditawarkan adalah bermula 8+8 sehinggalah 8+10. Berdampingan dengan SoC ini adalah RAM yang boleh dikonfigurasikan sehingga 24GB. Secara keseluruhannya, kombinasi komponen ini dikatakan 2x ganda lebih pantas berbanding iMac versi M1.

Cip baharu juga dilapor tampil dengan seni bina GPU baharu. Antara teknologi menarik yang diumumkan dalam pembentangan tersebut adalah seperti proses mesh shading dan ray-tracing pada tahap perkakasan. Dua teknologi baharu ini juga akan melicinkan jalan kerja 3D untuk pembangun kandungan seperti permainan video.

Skrin iMac M3 masih berukuran 24-inci Retina Display 4.5K (4480×2520), dengan kecerahan setinggi 500 nits. Ia menampilkan kamera FaceTime HD 1080p di atas skrin.

Paparan 24-inci Retina Display 4.5K

Sistem bunyi pula dihasilkan menerusi 6 speaker yang menyokong Audio Spatial dan Dolby Atmos. Ia turut hadir dengan tiga mikrofon berkualiti-studio dan menyediakan jek audio 3.5mm untuk sambungan berwayar.

Untuk sambungan lain, iMac M3 menyediakan sokongan WiFi 6E, Bluetooth 5.3 dan port Thunderbolt/USB 4. Tetapi ia boleh ditambah dengan dua lagi port USB 3 bersama LAN Gigabit dengan bayaran tambahan semasa membeli.

4 port USB/Thunderbolt di iMac M3 2023

Setiap iMac didatangkan dengan Magic Keyboard dan Magic Mouse. Ada beberapa konfigurasi boleh anda pilih pada segi aksesori input seperti Magic Keyboard (Touch ID) dan Magic Trackpad. Sejurus keluar kotak, iMac M3 akan menjalankan sistem operasi macOS Sonoma.

Terdapat tujuh warna-warni boleh dipilih untuk iMac M3 iaitu hijau, kuning, oren, merah jambu, ungu, biru dan perak. Untuk maklumat lanjut, layari laman web Apple iMac.

Bacaan Berkaitan

  • iMac M3: All-in-one Apple paling laku di dunia kini lebih pantas
  • iMac M3 Malaysia: Tempahan dibuka pada harga bermula RM6,299
  • Macbook Pro 14 & 16 lebih berkuasa dengan cip Apple M3, ada warna baru & harga permulaan lebih murah
  • Macbook Pro 14 & 16 M3 Malaysia: Harga rasmi lebih murah berbanding Macbook Pro M2
Tags: appleApple iMacapple imac m3imacimac m3
Najib

Najib

POPULAR

iMac 2023 dengan cip terbaru Apple M3 boleh dibeli di Malaysia sekarang

iMac 2023 dengan cip terbaru Apple M3 boleh dibeli di Malaysia sekarang

29 November 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER