• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

5 syarikat telekomunikasi ambil alih 70% pegangan DNB, suntik dana lebih RM1 bilion

  • OLEH Najib
  • 8:18 pm
  • 01/12/2023
  • Komen
Malaysia kekalkan konsep 5G tunggal, akan beri 70% pegangan DNB kepada syarikat telekomunikasi
Share on FacebookShare on Twitter

Digital Nasional berhad (DNB) hari ini mengumumkan bahawa lima syarikat telekomunikasi (telco) telah melaksanakan Perjanjian Langganan Saham (SSA) untuk mengambil alih 70% pegangan di dalam syarikat rangkaian borong tunggal 5G itu. Selepas berpuas hati dengan usaha penilaian wajar, setiap telco akan menyuntik dana RM233 juta untuk memperoleh 14% kepentingan dalam DNB.

Lima telco tersebut adalah CelcomDigi Berhad (menerusi Infranation Sdn Bhd), Maxis Broadband Sdn Bhd (Maxis), U Mobile Sdn Bhd (U Mobile), Telekom Malaysia Berhad (TM) dan YTL Power International Berhad (YTL). Upacara menandatangani perjanjian ini dilaksanakan di pejabat DNB yang terletak di Exchange 106 TRX dan disaksikan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil.



Menurut DNB, RM233 juta yang diperoleh daripada setiap telco akan digunakan untuk memenuhi keperluan pembiayaan pelaksanaan rangkaian 5G di Malaysia. Buat masa ini, DNB perlu mencapai 80% liputan di kawasan berpenduduk sebelum akhir 2023. Ia juga perlu menyiapkan integrasi dan penyepaduan 7,509 tapak 5G sambil menguruskan rangkaian menurut perjanjian prestasi dan tahap perkhidmatan (SLA) yang ditandatangani dalam Perjanjian Akses.

Kerajaan Malaysian menerusi Kementerian Kewangan (MOF Inc) akan mengekalkan baki pegangan 30% dan pegangan khas DNB. MoF mungkin akan melepaskan pegangan DNB jika 80% liputan 5G dicapai dan kerajaan berhasrat untuk memulakan rangkaian 5G kedua.



SSA ini dijangka selesai antara Februari hingga April 2024 dan tertakluk kepada persetujuan terma dan syarat tertentu SSA khususnya syarat sebelum ini. Ia termasuk usaha wajar, dan kelulusan daripada pihak berkuasa yang berkaitan, pembiaya dan vendor tertentu.

Pada Mei 2023, kerajaan telah mengumumkan perubahan hala tuju 5G daripada Rangkaian Borong Tunggal kepada model Dwi-Rangkaian pada 2024, setelah 80% liputan 5G di kawasan berpenduduk dicapai. Keputusan untuk memiliki dwi-rangkaian 5G adalah untuk menyediakan lewahan dan untuk menangani sebarang isu monopoli DNB memandangkan kedudukan semasanya sebagai Rangkaian Borong Tunggal.

Hingga akhir Oktober 2023, Malaysia telah mencatat 3.6 juta langganan perkhidmatan 5G yang menyaksikan kadar pengambilan 10.8%. Menurut Fahmi, liputan 5G di kawasan berpenduduk kini di tahap 73%. Apabila liputan 80% dicapai, beberapa telco akan membentuk Entiti B dan membangunkan rangkaian 5G kedua. Maklumat lanjut tentang Entiti B akan diumumkan apabila liputan 80% dicapai.

Ulasan Telco tentang SSA DNB

Mengulas tentang majlis menandatangani SSA, Ketua Pegawai Eksekutif CelcomDigi, Datuk Idham Nawawi berkata, “Penandatanganan Perjanjian Langganan Saham menandakan peristiwa penting bagi industri komunikasi dan digital Malaysia, menekankan komitmen kukuh seluruh sektor ke arah merealisasikan cita-cita Kerajaan untuk Model Dwi-Rangkaian 5G dan sebagai tunjang ke arah memperkasakan cita-cita Malaysia untuk ekonomi digital. Peralihan kepada model yang diterajui industri akan memainkan peranan penting dalam mencapai kejayaan pelancaran di Malaysia dengan memanfaatkan aset dan sumber kolektif daripada Industri telekomunikasi, dan dalam membina platform kukuh untuk evolusi teknologi dan inovasi perkhidmatan masa hadapan. CelcomDigi Berhad berbesar hati untuk bekerjasama dengan Kerajaan dan industri dalam membina 5G untuk masa depan dan untuk semua rakyat Malaysia.”

Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Goh Seow Eng berkata, “Perjanjian Langganan Saham adalah langkah penting untuk pembangunan 5G negara. Maxis menyokong cita-cita digital Kerajaan untuk membawa lebih banyak faedah ekonomi kepada rakyat Malaysia, termasuk peralihan yang lancar kepada dwi rangkaian 5G.”

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Amar Huzaimi Md Deris berkata “Infrastruktur gentian seluruh negara dan platform digital secara unik meletakkan kami untuk memacu usaha pendigitalan negara. Melangkaui ketersambungan, komitmen kami terhadap 5G memperkukuh kepimpinan penggabungan sebenar TM. Bersama-sama dengan industri, kami sedang membina ekosistem 5G yang teguh, yang bukan sahaja memacu kemajuan tetapi juga menangani pelbagai keperluan komuniti. Penandatanganan Perjanjian Langganan Saham (SSA) menandakan satu lagi peristiwa penting dalam komitmen kami untuk menyokong agenda digital Kerajaan, memajukan ekonomi digital negara dan memupuk pertumbuhan memanfaatkan 5G.”

Ketua Pegawai Eksekutif U Mobile, Wong Heang Tuck berkata “U Mobile berkongsi visi Kerajaan untuk memanfaatkan 5G bagi merapatkan jurang digital dan memacu Malaysia ke arah menjadi negara ekonomi digital yang lebih teguh. Penandatanganan Perjanjian Langganan Saham dengan Digital Nasional Berhad merupakan satu lagi langkah ke hadapan untuk mencapai cita-cita tersebut dan ke arah peralihan negara kepada rangkaian dwi 5G yang berdaya tahan. U Mobile juga akan terus membangunkan produk dan perkhidmatan berkualiti yang boleh diakses untuk memacu penggunaan 5g di Malaysia.”

Pengarah Urusan YTL Power International Berhad, Dato Yeoh Seok Hong berkata, “Penandatanganan Perjanjian Langganan Saham adalah langkah pertama dalam cadangan untuk beralih kepada persekitaran rangkaian dwi borong. Kami mengharapkan bimbingan daripada MCMC dan Kementerian ketika pihak-pihak mengusahakan pelan perniagaan terperinci untuk rangkaian kedua bagi memastikan model ini akan menyampaikan perkhidmatan 5G yang saksama dan inklusif kepada negara.”

Tags: CelcomDigiDNBFahmi FadzilmaxisTMu mobileytl
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Malaysia kekalkan konsep 5G tunggal, akan beri 70% pegangan DNB kepada syarikat telekomunikasi

5 syarikat telekomunikasi ambil alih 70% pegangan DNB, suntik dana lebih RM1 bilion

1 December 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER