• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

eMadani: Setel tawar pulangan tunai hanya RM30 bersama pelbagai e-baucar percuma

  • OLEH Putra Aziz
  • 12:27 pm
  • 04/12/2023
  • Komen
eMadani: Setel tawar pulangan tunai hanya RM30 bersama pelbagai e-baucar percuma
Share on FacebookShare on Twitter

Bermula hari ini, 4 Disember 2023, rakyat Malaysia boleh menebus inisiatf eMadani yang diperkenal oleh kerajaan. Inisiatif ini menyediakan kredit RM100 kepada warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas berpendapatan RM100,000 setahun ke bawah, dengan ia boleh ditebus melalui penyedia perkhidmatan e-dompet terpilih.

Inisiatif eMadani boleh ditebus dari empat penyedia e-Wallet iaitu Touch n’Go eWallet, ShopeePay, Maybank MAE, dan juga Setel. Terdapat pelbagai ganjaran tambahan berlainan yang disediakan oleh penyedia perkhidmatan e-Wallet, dan Setel ada penawarannya tersendiri.



RM80 Pulangan Tunai dan e-Baucar Istimewa

Pengguna yang menebus melalui Setel boleh menerima pulangan tunai sehingga RM80, di mana setiap perbelanjaan RM10 akan diberikan pulangan tunai 5%. Sebanyak RM25 pulangan tunai disesediakan untuk isian petrol, RM5 di Kedai Mesra (pelanggan baru sahaja), dan RM50 kedai dalam talian PETRONAS.

Walau bagaimanapun, Setel menyatakan eMadani tidak boleh digunakan untuk pembelian dalam talian kedai PETRONAS. Bermakna insentif hanya boleh memanfaat pulangan tunai RM30 sahaja.



Selain dari itu, pengguna juga boleh menerima baucar dari jenama terkenal seperti Mydin, Dunkin Donuts, BusOnlineTicket.com, Gloria jeans Coffee, Bask Bear Coffe, Hero Market, KK Mart dan MyNews. Baucar ini boleh diakses di bahagian ‘Ganjaran’ dalam aplikasi. Namun, ia tertakluk untuk perbelanjaan minimum sebanyak RM5 dan tersedia untuk bilangan terhad.

Cara gunakan eMadani di Setel

Kredit eMadani di Setel boleh digunakan untuk pembayaran melalui QR Setel atau DuitNow, dan juga pembelian di Kedai Mesa atau Cafe Mesra. Selain itu, kredit turut boleh dipakai untuk pengisian minyak Petronas. Untuk menggunakannya, akan terdapat pilihan ‘eMadani’ dan anda hanya perlu tetapkannya sebagai kaedah pembayaran.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web Setel eMadani.

Tags: emadanisetel
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

eMadani: Setel tawar pulangan tunai hanya RM30 bersama pelbagai e-baucar percuma

eMadani: Setel tawar pulangan tunai hanya RM30 bersama pelbagai e-baucar percuma

4 December 2023
Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

13 July 2026
GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

13 July 2026
Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

16 July 2026
Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

6 July 2026
RedMagic 11S Pro rasmi: Snapdragon 8 Elite & bateri 7,500mAh, harga bermula RM3,799

RedMagic 11S Pro rasmi: Snapdragon 8 Elite & bateri 7,500mAh, harga bermula RM3,799

7 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN