Inisiatif eMadani telahpun dimulakan pada 4 Disember 2023. Ia adalah RM100 dalam bentuk kredit edompet yang melibatkan peruntukkan sebanyak RM1 billion dan memanfaatkan lebih 10 juta rakyat Malaysia. Sebanyak 4 penyedia edompet terlibat dalam program kali ini iaitu Maybank MAE, Setel, ShopeePay, dan TNG eWallet.
Ini tawaran tambahan daripada TNG eWallet
Seperti yang dikhabarkan, anda akan terima kredit eMadani yang boleh dibelanjakan di saluran-saluran tertentu. Disamping itu, anda juga akan terima mata GoRewards sebanyak 1,000 mata dan juga baucar bernilai lebih RM500.
Untuk pengetahuan anda, GoRewards adalah program kesetiaan yang baru sahaja dilancarkan TNG eWallet tak lama dulu. Bila anda pergi ke katalog penebusan GoRewards dan baucar tambahan, anda boleh lihat sebahagian besar daripada baucar adalah jenis pulangan tunai.
Makanya, anda masih perlu bayar produk yang ingin didapatkan pada harga penuh, dan pulangan tunai akan diberikan ke dalam edompet yang pastinya masuk ke tabung “non-transferable”. Itu belum diambil kira syarat tambahan yang dikenakan seperti perbelanjaan minimum.
5 Perkara tentang eMadani anda perlu tahu
1. Golongan yang layak memohon eMadani
Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia; dan
- Mencapai umur 21 tahun ke atas pada tahun 2023; dan
- Merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada 7 November 2023 ATAU mempunyai pendapatan berjumlah RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) pada 15 Julai 2023.
Anda juga perlu memenuhi langkah verifikasi identiti secara elektronik ‘Know–Your–Customer’ (eKYC) dengan penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan anda sebelum permohonan kredit eMADANI boleh dibuat.
2. Tempoh eMadani dijalankan
Permohonan kredit eMADANI hanya boleh dibuat sekali bagi setiap pemohon yang layak, mulai jam 8.00 pagi, 4 Disember 2023 hingga 11.59 malam, 20 Februari 2024. Setelah kredit berjaya dipohon, ia perlu dibelanjakan selewat-lewatnya pada 11.59 malam, 29 Februari 2024.
Selepas tarikh akhir ini, baki kredit eMADANI yang tidak digunakan akan luput secara automatik daripada e-dompet pemohon.
Insentif yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan e-dompet bergantung kepada polisi masing-masing. Sila rujuk pengumuman kempen penyedia perkhidmatan e-dompet tersebut untuk maklumat lanjut.
3. 4 penyedia eWallet yang terlibat
Setelah berunding dengan lebih 10 penyedia perkhidmatan eWallet di Malaysia, kerajaan memilih:
- MAE;
- Setel;
- ShopeePay; dan
- Touch ‘n Go eWallet.
Empat penyedia perkhidmatan ini mempunyai jumlah keseluruhan lebih 10 juta pengguna dan mempunyai jaringan lebih 2 juta peniaga di dalam dan di luar talian.
4. Transaksi kredit eMadani yang tidak dibenarkan.
Anda boleh menggunakan kredit RM100 eMADANI untuk sebarang transaksi secara fizikal di 1.8 juta peruncit/perniagaan melalui e-dompet pilihan anda, KECUALI**:**
- Pemindahan ‘peer-to*–**peer’*;
- Penebusan tunai;
- Bayaran bil utiliti terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
- Bayaran fi berkaitan Kerajaan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
- Bil pascabayar telekomunikasi dan prabayar terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
- Pembelian permainan (‘games’) terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
- Bayaran tempat letak kereta dan/atau tol;
- Aktiviti berkaitan pelaburan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet; dan
- Transaksi e-dagang atau transaksi dalam talian.
5. Penerima eBeliaRahmah tidak layak menerima eMadani
Penerima eBeliaRahmah tidak layak untuk program ini kerana mereka telah menerima manfaat daripada kredit eBeliaRahmah yang diperkenalkan untuk memupuk budaya pembayaran tanpa tunai dalam kalangan belia.
Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia, TNG eWallet
Bacaan berkaitan
eMadani: ShopeePay beri baucar rm600 dan cabutan bertuah Galaxy Z Flip 5
eMadani: Maybank MAE bagi hadiah Proton S70, Honda RSX, PS5 dan banyak lagi