• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

TWS Jabra Elite 3 turun harga sempena promosi akhir tahun

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:34 am
  • 06/12/2023
  • Komen
TWS Jabra Elite 3 turun harga sempena promosi akhir tahun
Share on FacebookShare on Twitter

Jabra mengumumkan mereka akan menyelaraskan harga Jabra Elite 3. Bermula 18 Disember hingga 31 Disember 2023, TWS kelas permulaan Jabra ini akan dijual pada harga RM249. TWS itu dilancarkan pada harga RM389 dalam tahun 2021 tapi kini boleh didapatkan pada harga sekitar RM289.

Sekiranya anda berminat, dapatkannya melalui pengedar sah Jabra di seluruh negara ataupun secara dalam talian di Shopee, Lazada, dan Sunway eMall.



Kalau anda teliti spesifikasi teknikal Jabra Elite 3 dengan Jabra Elite 4 tahun 2023 anda akan dapati yang mereka berdua sangat mirip kecuali pada kehadiran ANC pada model lebih baharu.

Anda dapat TWS yang dipacu speaker 6mm dan dilengkapi 4 mikrofon MEMS. Kemudian, anda ada ciri arahan suara dan Android Fast Pair. Satu kelainan mungkin pada kehadiran Microsoft Swift Pair pada model lebih baharu.



Hayat bateri juga sama pada 7 jam dan disebabkan Elite 4 ada ANC, hayat bateri dengan ANC terpasang adalah 5.5. Tempoh mengecas pula sama pada 3.5 jam yang menunjukkan kapasiti bateri juga mungkin sama besar.

Selain itu, anda beroleh Bluetooth 5.2 yang sama serta sokongan kodek:

  • A2DP v1.3
  • AVRCP v1.6
  • HFP v1.8
  • HSP v1.2

Akhir sekali Jabra Elite 3 mempunyai kekalisan debu dan air pada paras IP55.

Jabra tawar pakej percutian percuma

Sementara itu, jangan lepaskan peluang untuk sertai kempen “Jom Cuti! Lucky Draw” anjuran Jabra. Anda boleh menangi pakej percutian ke Club Med Phuket 4 hari 3 malam bernilai RM5,600.

231031 Jabra Jom Cuti

Malangnya, Jabra Elite 3 tidak terlibat. Untuk menyertai cabutan bertuah, anda boleh beli mana-mana produk berikut:

  • Elite 4 – RM529
  • Elite 5 – RM699
  • Elite 7 Active – RM899
  • Elite 7 Pro – RM999
  • Elite 8 Active – RM1,049
  • Elite 10 – RM1,299
Tags: JabraJabra Elite 3
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
TWS Jabra Elite 3 turun harga sempena promosi akhir tahun

TWS Jabra Elite 3 turun harga sempena promosi akhir tahun

6 December 2023
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
Siri Vivo X500 Malaysia: Kamera ZEISS 200MP, bateri 7,800mAh harga dari RM4,699

Siri Vivo X500 Malaysia: Kamera ZEISS 200MP, bateri 7,800mAh harga dari RM4,699

27 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN