• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nak kongsi rahsia? Gunalah ciri sekali paparan mesej suara WhatsApp

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 2:00 pm
  • 08/12/2023
  • Komen
231208 WhatsApp Once View
Share on FacebookShare on Twitter

Terdahulu WhatsApp mengembalikan ciri sekali paparan pada desktop untuk foto dan video, kini platform pemesejan terkenal ini memperkenalkan fungsi yang sama untuk mesej suara pula.

Seperti mesej peribadi yang dilindungi dengan penyulitan hujung ke hujung secara lalai, ciri sekali paparan dikatakan sebagai salah satu lagi inovasi privasi berterusan daripada WhatsApp. 



say it once, play it once ☝️ now you can select “view once” when sending a voice note for an added layer of protection 🔓 pic.twitter.com/xVWcuBLfI4

— WhatsApp (@WhatsApp) December 7, 2023

Menggunakan fungsi sekali paparan mesej suara

Mesej suara ini akan ditanda dengan ikon ‘1’ dan hanya boleh dimainkan sekali sahaja, sama seperti menghantar foto atau video dengan fungsi sekali paparan. Butang untuk menetapkan sekali paparan akan kelihatan sebaik sahaja anda merakam mesej suara.

Berikut adalah cara untuk menghantar mesej suara dengan fungsi sekali paparan:



  1. Buka sembang individu atau kumpulan.
  2. Klik ikon mikrofon.
  3. Leret ke atas untuk mengunci rakaman.
  4. Klik ikon sekali paparan, akan keluar notifikasi ‘Voice message set to view once’‘.
  5. Klik ikon > apabila selesai rakaman.

Perlu diingatkan, anda perlu klik butang untuk menetapkan sekali paparan setiap kali ingin menghantar mesej suara. 

Jika tetapan membaca mesej (read receipts) didayakan pada WhatsApp penerima, anda akan dapat melihat mesej suara telah dibuka. Namun untuk sembang kumpulan, fungsi tersebut didayakan secara automatik.

231208 WhatsApp Once View

Fungsi sekali paparan ini dilancarkan secara global dan akan dapat digunakan oleh pengguna secara berperingkat. Melalui percubaan saya, fungsi sekali paparan untuk mesej suara boleh saya gunakan. Anda sudah boleh guna tak ciri baharu WhatsApp ini?

[Sumber: WhatsApp]

Bacaan berkaitan:

  • Pengguna iPhone boleh kongsi foto & video dalam kualiti asal di WhatsApp
  • Nak sorok perbualan? Guna kod rahsia WhatsApp yang baru ni
  • Ciri sekali tengok gambar & video kembali pada WhatsApp di komputer
Tags: mesej whatsappView OnceVoice Messagewhatsapp
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

231208 WhatsApp Once View

Nak kongsi rahsia? Gunalah ciri sekali paparan mesej suara WhatsApp

8 December 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER