• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei MatePad Pro 13.2″ nak lawan Tab S9 Ultra dan iPad Pro, dapatkan baucar RM1 sekarang

  • OLEH Najib
  • 4:56 pm
  • 14/12/2023
  • Komen
Huawei MatePad Pro 13.2″ nak lawan Tab S9 Ultra dan iPad Pro, dapatkan baucar RM1 sekarang
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei baru-baru ini telah melancarkan tablet berkuasa tinggi di majlis pelancaran antarabangsa. Kini lebih besar, Huawei Matepad Pro 13.2-inci dilihat mahu memberi saingan kepada tablet terhebat masa kini iaitu Samsung Galaxy Tab S9 Ultra dan iPad Pro M2.

Tablet ini sebenarnya telah dilancar lebih awal di China pada September lepas, dan kini diperkenal di pasaran antarabangsa. Ia juga akan tiba di Malaysia tidak lama lagi, dijangka seawal Januari 2024.



Dapatkan baucar RM1 sekarang

Huawei Malaysia turut menjemput peminat untuk menebus baucar RM1 bagi speaker Huawei Sound Joy (bernilai RM699), bagi membeli Huawei MatePad Pro 13.2-inci apabila mula dijual di Malaysia kelak. Baucar ini boleh didapati dari 13 Disember 2023 sehingga 25 Januari 2024, di Stor Rasmi Huawei di Lazada dan Shopee.

Dalam laman web Huawei Malaysia, MatePad Pro 13.2-inci akan ditawarkan dalam dua varian, dengan sambungan WiFi sahaja tanpa LTE atau 5G. Kedua-dua varian dilengkapi RAM 12GB, dengan storan 256GB berwarna hitam dan storan 512GB berwarna hijau. Storan yang lebih besar juga datang siap dengan sarung papan kekunci.



Spesifikasi Huawei MatePad Pro 13.2-inci

Seperti namanya, tablet terbaru Huawei ini datang dengan skrin besar 13.2-inci dalam nisbah 3:2. Ia menggunakan paparan Flexible OLED dengan resolusi tinggi 2.8K (2880×1920), kadar penyegaran 144Hz dan kecerahan setinggi 1,000nits. Bingkai tepi skrin juga kelihatan sangat nipis, sekitar 3.4mm tetapi ia ada takuk besar di atas yang memuatkan kamera hadapan 16MP dan kamera pengesan kedalaman. Kamera belakang juga ada dua iaitu kamera utama 13MP F1.8 dengan autofokus, bersama kamera ultralebar 8MP F2.2 serta LED Flash.

Kuasa penggerak pula menggunakan cip Kirin 9000s 7nm, dihasilkan khas oleh Huawei sendiri. Tetapi tablet ini tidak menawarkan sebarang sambungan 4G LTE atau pun 5G. Hanya ada Bluetooth 5.2 serta WiFi 5. RAM sebanyak 12GB dipasang di dalam, serta storan dengan pilihan antara 256GB dan 512GB.

Dengan badan yang besar, Huawei MatePad Pro 13.2-inci berjaya memuatkan bateri besar 10,100mAh di dalamnya. Lebih menarik lagi, ia menyokong pengecasan pantas Huawei SuperCharge 88W (20V/4.4A), mampu mengecas dari 0-100% dalam 65-minit. Sambungan USB-C padanya jenis USB 3.1 gen 1, tetapi datang bersama kabel USB 2.0 serta kepala pengecas 88W. Kabel USB 3 dijual berasingan.

Sisi tablet ini melengkung, dengan badan yang nipis dan ramping. Tebalnya cuma 5.5mm dengan berat badan 580 gram, dikira ringan untuk saiz besar sebegini.

Bagi penggunaan stailus, Huawei MatePad Pro 13.2-inci menyokong pen terbaru Huawei M-Pencil gen-3. Ia adalah stailus tablet pertama dengan 10,000 tahap tekanan, memberikan respon sentuh yang lebih baik dari sebelumnya. Stailus ini juga menggunakan teknologi NearLink untuk sambungan tanpa wayar, yang meningkatkan signal, mengurangkan kependaman serta menapis gangguan.

Menambah produktiviti bersama tablet ini adalah sarung papan kekunci magnetik bersaiz penuh. Ia turut dilengkapi trackpad yang besar untuk pengalaman seakan menggunakan laptop. Huawei meningkatkan lagi keserasian tablet ini dengan antaramuka yang mirip komputer, seperti tetingkap boleh ubah dan perisian WPS Office PC.

Sistem bunyi juga tidak kurang hebat. Terdapat enam pembesar suara dipasang pada tablet ini, bersama 4 mikrofon untuk menangkap suara bagi kegunaan persidangan video. Sistem operasi pula menggunakan HarmonyOS 4.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Huawei Matepad Pro 13.2-inci.

Bacaan Berkaitan

  • Huawei MatePad Pro 12.6 dinaik taraf kepada skrin lebih pantas
  • Huawei MatePad 11 Papermatte, tablet pertama dengan skrin kertas anti silau dan lembut di mata
  • Tablet Huawei Matepad 11.5 kini lebih pantas dengan sokongan 4G LTE
Tags: Huaweihuawei matepadhuawei matepad proHuawei MatePad Pro 13.2
Najib

Najib

POPULAR

Huawei MatePad Pro 13.2″ nak lawan Tab S9 Ultra dan iPad Pro, dapatkan baucar RM1 sekarang

Huawei MatePad Pro 13.2″ nak lawan Tab S9 Ultra dan iPad Pro, dapatkan baucar RM1 sekarang

14 December 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER