Bajet RM5,000 laptop apa yang patut anda beli? Ini senarai yang wajib anda tengok. Untuk senarai ini, semua laptop yang saya cadangkan menggunakan cip Intel generasi ke-13 Raptor Lake. Jadi, dengan komponen baharu, bolehlah laptop anda bertahan sekurang-kurangnya 5 tahun lagi.
Saya tidak memilih sebarang produk berasaskan AMD Ryzen siri 7000 kerana penawaran cipnya yang agak cacamarba. Ada dalam produk mereka masih menggunakan seni bina Zen 2 tahun 2019 dan ia berisiko buatkan pengguna terkeliru.
Mungkin mereka terserempak laptop harga rendah dengan cip siri 7000 tanpa menyedari yang ia adalah seni bina lama. AMD Ryzen siri 8000 akan dilancarkan dalam bulan Februari 2024 dan pada ketika itu mungkin AMD akan memperkemas katalog penawaran mereka.
Tambahan pula, cip Raptor Lake Intel kali ini agak bagus, saya tiada masalah untuk sarankannya kepada anda.
HP Pavilion Plus 14
Saya mulakan dengan golongan digital nomad yang perlukan laptop dengan ciri mobiliti yang tinggi. Untuk tujuan itu, saya persembahkan kepada anda HP Pavilion Plus 14. Ini adalah laptop 14” dengan resolusi 2.9K OLED nisbah 16:10. Nisbah paparan ini sesuai untuk kegunaan pejabat kerana anda beroleh paparan lebih luas untuk bekerja.
Atas papan utama, ia diperkasa Intel Core i7-1355U. Ini adalah cip jimat tenaga dengan paras TDP serendah 15W. Makanya, anda boleh jangkakan hayat bateri panjang daripada tangki 68Wh yang dimilikinya. HP iklankan hayat bateri sehingga 17 jam untuk tonton video, boleh bersaing dengan Macbook Air ni. Tambahan pula, ia boleh dicas menggunakan pengecas Power Delivery 65W yang biasanya bersaiz kecil dan tidak memakan banyak ruang dalam beg anda. Cerita tentag berat, Pavilion Plus 14 cuma seberat 1.38kg sahaja.
Terus keluar kotak, laptop ini diberikan LPDDR5 seluas 16GB dan storan SSD Gen4 NVME seluas 512GB. Penawaran port yang anda terima adalah cukup seperti USB-C Thunderbolt, USB-A, HDMI, dan jek audio 3.5mm.
Laman rasmi produk
Beli di Lazada
Beli di Shopee
Asus Zenbook 14X OLED
Lepas HP Pavilion Plus 14, kita pergi ke Zenbook 14X OLED. Spesifikasi hampir serupa. Beza pada cip pemproses. Di Asus Zenbook 14X OLED, ia diperkasa cip Core i5-13500H yang mampu tampung tugasan lebih berat kerana cip ini berada dalam kategori 45W dan disebabkan itu, jangkakan hayat bateri yang lebih pendek.
Bersama-sama dengan cip itu, anda terima RAM 16GB LPDDR5 dan storan 512GB NVMe SSD. Keperluan blok pengecas juga lebih tinggi iaitu 100W. Jadi, mencari pengecas yang sesuai adalah lebih sukar dan biasanya pengecas 100W dimensinya besar.
Namun, kalau anda tak kisah, laptop ini ada pensijilan military standard 810H yang pastinya beri anda lebih keyakinan untuk bawanya dalam persekitaran lasak. Badan yang lebih tegap mungkin perlukan materi besi yang lebih banyak kerana jisim laptop ini 1.56kg, lebih berat daripada HP Pavilion tadi.
Beralih ke bahagian paparan, ia ada panel OLED 14” beresolusi 2.8K dengan nisbah 16:10. Jadi, ruang kerja anda luas dengan skrin yang cerah. Penawaran port yang standard diberikan seperti USB-C Thunderbolt 5, USB-A, HDMI, dan jek audio 3.5mm.
Laman rasmi produk
Beli di Lazada
Beli di Shopee
Acer Swift 14
Acer Swift 14 adalah laptop yang paling ringan dalam senarai ini iaitu 1.2kg sahaja. Satu lagi laptop dengan tahap mobiliti tinggi. Ini adalah laptop 14” dengan panel IPS dan skrinnya peka sentuhan. Atas skrin itu ada kamera webcam QHD 1440p untuk telesidang beresolusi tinggi.
Badan Acer Swift 14 dibina dariapda alumunium bergred aeroangkasa manakala pad sesentuhnya dariapda bahan kitar semula OceanGlass. Atas papan utama, Laptop ini diperkasa Core i5-13500H, RAM 16GB LPDDR5, dan storan 512GB. Bateri yang terkandung pada laptop ini adalah berkapasiti 56Wh dengan pengecas 100W disediakan. Tempoh khidmat berbekalkan baterinya diiklankan pada 9.5 jam.
Port I/O yang akan anda temui adalah standard seperti USB-C Thunderbolt 4, USB-A, HDMI, RJ-45 dan jek audio 3.5mm. Kalau anda perlukan sesuatu yang lebih berkuasa untuk kerja lebih berat seperti 3D modelling, animasi, CAD, malahan gaming, memang anda kena cari laptop gaming. Di sinilah saya nak perkenalkan HP Victus 16.
Laman rasmi produk
Beli di Lazada
Beli di Shopee
HP Victus 16
Anda dapat laptop dengan skrin 16” panel IPS berkadar segar semula 144Hz. Skrin besar untuk gaming yang lebih selesa. Atas papan utama, HP Victus 16 diperkasa Intel Core i5-13500HX cip 14 teras dengan kelajuan sehingga 4.7Ghz. Nak main permainan triple A pun boleh sebab ada kad GPU RTX4060 6GB.
Bersama-sama cip itu ada RAM 16GB DDR5 dan boleh diperluas. Storan yang anda terima adalah 512GB. Rekaan luar laptop ini nampak macam bukan laptop gaming. Jadi taklah malu sangat nak bawa pergi pejabat. Tapi bahagian dalam anda ada papan kekunci bersaiz penuh bercahaya RGB.
Ia ada bateri berkapasiti 70Wh dengan pengecas 230W. Tangki bateri ini katanya boleh bertahan sehingga 7 jam lamanya bergantung kepada penggunaan.
Laman rasmi produk
Beli di Lazada
Beli di Shopee
Lenovo LOQ 16
Lenovo LOQ 16 adalah satu lagi laptop yang boleh anda pertimbangkan untuk kerja berat. Kelebihannya berbanding HP Victus 16 tadi adalah panel paparan LOQ 16 ada nisbah 16:10. Jadi anda ada ruang kerja lebih luas.
Ia gunakan panel IPS beresolusi 1920 x 1200 dan berkadar segar semula 165Hz. Atas papan utama, LOQ 16 menjalankan CPU Intel Core i5-13420H bersama-sama RAM 8GB DDR5 dan storan 512GB. RAM laptop ini boleh dinaik taraf di kemudian hari. Buat pengetahuan anda, LOQ 16 adalah laptop pertama dunia yang ada cip AI untuk optimumkan prestasi sewaktu anda gaming (sumber).
Macam HP Victus 16 tadi, rekaan LOQ 16 juga agak low-key namun papan kekunci RGB padanya lebih canggih. Ia ada pencahayaan RGB 4 zon yang boleh anda tetapkan pada warna berlainan. Penawaran port pula anda terima port-port seperti USB-C Thunderbolt, USB-A, HDMI, dan jek audio 3.5mm.
Tangki bateri 60Wh laptop ini boleh diisi dengan pengecas 170W yang disediakan ataupun melalui port USB-C Power Delivery sehingga 140W.
Laman rasmi produk
Beli di Lazada
Beli di Shopee
Bacaan berkaitan
5 Terbaik: TV 65″ bajet RM3,000 untuk ruang tamu anda (November 2023)
5 Terbaik: Jalur Lebar Tetap Paling Berbaloi Untuk Bajet RM150 (Oktober 2023)
5 Terbaik: Jalur Lebar Tetap Paling Berbaloi Untuk Bajet RM150 (Mac 2023)