• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sony sedang bangunkan pesaing DLSS & FidelityFX untuk PS5

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:13 pm
  • 19/12/2023
  • Komen
Sony sedang bangunkan pesaing DLSS & FidelityFX untuk PS5
Share on FacebookShare on Twitter

PlayStation 5 (PS5) dalam tahun 2023 sudahpun memasuki usia 3 tahun. Sekiranya diikuti sifir pelancaran konsol permainan Sony, tahun keempat biasanya akan ada versi “Pro” dan pemerhati menjangkakan yang Playstation 5 Pro akan diperkenalkan penghujung 2024. Terdapat spekulasi yang mengatakan bahawa Sony sedang membangunkan teknologi penskalaan grafik seperti Nvidia DLSS, AMD FidelityFX, dan juga Intel XeSS.

Penskalaan grafik bolehkan anda melayani permainan pada tetapan grafik lebih tinggi tanpa korbankan kadar bingkai dengan cara mengarahkan sistem komputer memberikan output grafik beresolusi rendah dan kemudiannya diproses AI menjadi resolusi lebih tinggi.



Di PS5, penskalaan grafik akan memastikan kadar bingkai yang lebih stabil sewaktu bermain permainan berat. Contohnya, dilaporkan permainan Alan Wake 2 mencatatkan kadar bingkai bawah 30 fps dalam mod kualiti yang tentu sekali tidak disukai pemain yang rata-ratanya dalam era moden ini mengkehendakkan sekurang-kurangnya 60 fps dalam resolusi 4K.

PlayStation 5 Slim baru saja dilancarkan

Sony telah mengumumkan harga model baharu PlayStation 5 yang diumumkan baru-baru ini. Berikut adalah harganya:



  • PS5 dengan pemacu Blu-ray – MYR 2,499
  • PS5 Digital Edition – MYR 2,069
  • Pemacu Blu-ray – RM529
  • Kaki penyangga menegak – RM149

Harga itu masih sama seperti harga jualan sedia ada. Sebenarnya harga sudahpun diselaraskan sejak Ogos 2022. Harga pelancaran adalah bermula RM1,869. Harga sudah ada namun bilakah ia akan mula dijual di Malaysia masih belum ada.

Perubahan paling ketara yang baharu dengan yang lama adalah pada dimensinya. PS5 baharu kini 30% lebih nipis agar tidak memakan ruang yang banyak di ruang tamu anda. Jisimnya juga berjaya dikurangkan sebanyak 18% supaya lebih mudah dikenalikan.

Sumber: PCGamesN

Tags: playstation 5ps5Sonysony playstation 5sony ps5
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Sony sedang bangunkan pesaing DLSS & FidelityFX untuk PS5

Sony sedang bangunkan pesaing DLSS & FidelityFX untuk PS5

19 December 2023
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN