• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AirAsia

AirAsia hidang Cendol & pelbagai pilihan makanan tempatan dalam penerbangannya

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 4:19 pm
  • 26/12/2023
  • Komen
Penerbangan AirAsia anda diubah atau dijadual semula? Sebenarnya anda boleh tukarnya percuma
Share on FacebookShare on Twitter

Sajian pencuci mulut, Chendul Teochew Pulau Pinang kini akan dapat dinikmati oleh penumpang penerbangan tambang murah, AirAsia. Penambahan sajian tersebut ke dalam menunya adalah sebahagian daripada inisiatif Santan, jenama penyedia perkhidmatan dalam penerbangan, untuk mempromosikan jenama dan barangan buatan Malaysia dalam penerbangan AirAsia dan AirAsia X.

Chendul Teochew Pulau Pinang 

Menurut Santan, kerjasama dengan Penang Chendul, jenama terkenal di Jalan Penang sejak tahun 1936, merupakan satu penghormatan yang dapat menawarkan penumpang penerbangan AirAsia menu yang kaya dengan tradisi dan warisan. 



Menurut Pengurus Besar Santan, Catherine Goh, “Mengekalkan kualiti dan rasa asli yang sama pada ketinggian 35,000 kaki adalah tanggungjawab yang perlu dipikul dan kami besar hati untuk mengesahkan bahawa rasa Chendul di atas penerbangan adalah sama rasanya dengan yang dijual di Pulau Pinang”.

Hidangan pencuci mulut istimewa tersebut akan dapat dinikmati oleh semua penumbangan penerbangan AirAsia (AK) pada harga RM10.



Produk tempatan dalam penerbangan AirAsia & AirAsia X

Melalui inisiatif yang diberi nama “The Next Big Thing” yang dipaparkan dalam majalah penerbangan terbaharu dalam semua penerbangan AirAsia, bertujuan menonjolkan pelbagai produk keluaran jenama tempatan dan membolehkan para penumpang AirAsia dan AirAsia X menyokong perusahaan tempatan sambil menikmati pengalaman penerbangan mereka.

231226 AirAsia Produk

Antara jenama tempatan pilihan dipromosikan dalam penerbangan AirAsia dan AirAsia X adalah:

  • Jovian – Kerjasama unik pereka terkenal Dato Jovian Mandagie menawarkan ciptaan fesyen eksklusif yang dijual dalam penerbangan, termasuk hijab bergaya, beg beli-belah pelbagai fungsi dan wangian mewah
  • Petit Moi – Jenama yang menghasilkan produk pakaian kanak-kanak dan dewasa berkualiti tinggi yang menawarkan kemewahan dan keselesaan 
  • Gigi – Jenama penjagaan gigi yang menawarkan produk 100% vegan, produk yang dirumus dengan kebaikan semula jadi untuk manfaat pergigian yang optimum
  • Chuck’s – Jenama kecantikan Malaysia dengan rangkaian produk yang keperluan penjagaan kulit untuk penggemar kecantikan yang memenangi anugerah buatan Korea
  • The StreetPaw – Sebuah perusahaan sosial yang membantu haiwan terbiar dengan menjual makanan haiwan. 20% daripada keuntungan yang diperoleh disalurkan kepada agensi perlindungan haiwan
  • Legendary Malaysia – Diinspirasikan oleh budaya dan warisan Malaysia, sebuah jenama yang mencipta wangian ikonik 
  • JYNN’s Malaysia – Jenama kesihatan dan kesejahteraan bertaraf antarabangsa yang memfokuskan kepada makanan suplemen kesihatan
  • Owlet – Menawarkan rangkaian wangian premium yang menampilkan bauan yang menceritakan kisah keperibadian dan gaya unggul
  • ASK Fragrance – Wangian yang dihasilkan oleh eksekutif kru kabin AirAsia yang telah lama berkhidmat dan sangat popular di laman TikTok, Armand. Reka bentuk botol wangian diinspirasikan oleh pakaian seragam kru kabin AirAsia
  • Empro – Menampilkan produk penjagaan kulit, kosmetik, penjagaan kesihatan dan perkhidmatan sulaman dari sebuah syarikat terkemuka dalam industri kesihatan dan kecantikan
  • Zus Coffee – Jenama yang mentakrifkan semula kopi dengan menawarkan rangkaian minuman kopi dengan penawaran harga berpatutan

Melalui inisiatif tersebut, Santan berharap ia menjadi platform yang dapat mempamerkan kejayaan pelbagai jenama tempatan, terutamanya semasa produk tempatan telah mula mendapat tempat di hati pengguna masa kini.

Kira bagus jugalah inisiatif Santan itu untuk mempromosikan jenama lokal yang mungkin ramai tidak sedar pun tentang kewujudnya. Jadi pada anda yang bakal menjadi penumpang penerbangan AirAsia dan AirAsia X, bolehlah membeli sambil menyokong produk tempatan. Jangan lupa untuk menikmati cendol terkenal dari Pulau Pinang itu sekali ya!

Bacaan berkaitan:

  • Tambang istimewa AirAsia Ride ke Genting Highlands, serendah RM65 sehala
  • Pautkan BigPay di AirAsia SuperApp untuk dapat lebih banyak diskaun & ganjaran istimewa
  • AirAsia Digital kini adalah Move, aplikasi SuperApp akan diubah nama kepada AirAsia Move
Tags: AirAsiaAirAsia XASK FragranceCendolchuck'sEmprogigijovianJynn's MalaysiaLegendary MalaysiaOwletpetit moiproduk tempatanthe streetpawZus Coffee
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

Penerbangan AirAsia anda diubah atau dijadual semula? Sebenarnya anda boleh tukarnya percuma

AirAsia hidang Cendol & pelbagai pilihan makanan tempatan dalam penerbangannya

26 December 2023
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

25 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN