• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Berlari lebih sihat bersama Chery Omoda E5, ada 10 hadiah cabutan bertuah

  • OLEH Najib
  • 7:27 pm
  • 27/12/2023
  • Komen
Berlari lebih sihat bersama Chery Omoda E5, ada 10 hadiah cabutan bertuah
Share on FacebookShare on Twitter

Sudah ada perancangan pada hari Ahad, 7 Januari 2024? Jika tiada, jom sertai aktiviti “Chery Eco Run” yang dianjurkan oleh Chery Malaysia. Ia diadakan bagi mengajak rakyat Malaysia untuk hidup lebih sihat, di samping memperkenalkan kereta elektrik Chery yang akan dijual di Malaysia, Omoda E5.

Tarikh, Masa dan Yuran Penyertaan

Acara “Chery Eco Run” akan diadakan pada hari Ahad, 7 Januari 2024 bertempat di Dataran Wawasan, Putrajaya. Jika anda tidak pasti di mana, ia berhadapan bangunan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) di Putrajaya.



Terdapat dua kategori larian disediakan, 5KM dan 10KM. Yuran penyertaan yang dikenakan juga tidak terlalu mahal, ia termasuk jamuan ringan dan insuran kemalangan peribadi, iaitu:

  • 5KM – RM29.99
  • 10KM – RM39.99

Peserta yang mendaftar untuk larian ini akan menerima t-shirt putih (5KM) atau hitam (10KM) dan bip sebelum larian. Jika berjaya menamatkan larian, akan mendapat medal dan juga sijil penyertaan.



Susunan jadual hari acara adalah seperti berikut:

  • 6.30AM Ketibaan peserta
  • 6.45AM Sesi memanas badan
  • 7.00AM Ucapan oleh EVP Chery Malaysia – En Leo
  • 7.05AM Ucapan oleh Menteri
  • 7.15AM Pesanan keselamatan
  • 7.20AM Pelepasan peserta 10KM
  • 7.30AM Pelepasan peserta 5KM
  • 8.00AM Anggaran ketibaan peserta pertama
  • 9.00AM Anggaran ketibaan semua peserta
  • 9.10AM Sesi aerobik dan zumba
  • 9.30AM Cabutan bertuan (3 hadiah)
  • 10.00AM Bersurai, jumpa lagi tahun hadapan

Untuk cabutan bertuah, Chery Malaysia menyediakan 3 hadiah untuk 10 peserta yang bernasib baik. Hadiah tersebut adalah model kereta Chery Omoda, pembesar suara stereo dan tumbler.

Kepada yang berminat untuk menyertai larian ini, boleh mendaftar menerusi aplikasi JomRun yang boleh dimuat turun di Apple Appstore, Google Playstore dan Huawei AppGallery. Anda juga boleh mendaftar dan mendapatkan maklumat lanjut di laman web JomRun Chery Eco Run. Tarikh tutup pendaftaran adalah pada hari Jumaat, 5 Januari 2024.

Sementara itu, kenali EV Chery yang akan dijual di Malaysia tidak lama lagi iaitu Omoda E5 menerusi video kami di bawah ini.

Bacaan Berkaitan

  • Chery Omoda E5 sudah tiba di Malaysia, EV SUV dengan 16 ADAS
  • Chery Omoda E5 dipertontonkan kali pertama di Malaysia, pelancaran 2024
Tags: CheryChery Eco RunChery Omoda E5
Najib

Najib

POPULAR

Berlari lebih sihat bersama Chery Omoda E5, ada 10 hadiah cabutan bertuah

Berlari lebih sihat bersama Chery Omoda E5, ada 10 hadiah cabutan bertuah

27 December 2023
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

27 April 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN