• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

MAS & Firefly tawar tambang tetap istimewa ke Sabah & Sarawak sempena cuti perayaan 2024

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 5:57 pm
  • 02/01/2024
  • Komen
Terbang lebih murah dengan Malaysia Airlines, dari RM89 sehala dan diskaun 20% pakej sampingan
Share on FacebookShare on Twitter

Sempena cuti perayaan sepanjang 2024, Malaysia Airlines (MAS) dan Firefly menawarkan tambang tetap istimewa dengan tambang asas sehala kelas ekonomi dihadkan pada pada RM599, yang tersedia untuk pembelian mulai 1 Januari 2024.

Penawaran tambang istimewa bagi penerbangan yang berlepas dari Kuala Lumpur (dikendalikan MAS) dan Pulau Pinang (kendalian Firefly) ke Sabah dan Sarawak itu adalah selaras dengan pengumuman Kementerian Pengangkutan (MOT) bagi mengurangkan tambang musim perayaan.



Tiga hari sebelum perayaan

Tambang yang dihadkan itu terpakai untuk perjalananan tiga hari sebelum tarikh perayaan dari Kuala Lumpur (KUL) ke Kota Kinabalu (BKI), Tawau (TWU), Sandakan (SDK), Labuan (LBU), Kuching (KCH), Miri (MYY), Sibu (SBW) dan Bintulu (BTU) menerusi MAS. Manakala untuk penerbangan antara Pulau Pinang (PEN) ke Kota Kinabalu (BKI) dan Kuching (KCH) pula menggunakan Firefly.

Tawaran ini melibatkan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Kaamatan, Gawai dan Krismas. Tempoh perjalanan adalah seperti berikut:



PerayaanTempoh perjalanan
Tahun Baru Cina7, 8, 9 Februari 2024
Hari Raya Aidilfitri7, 8, 9 April 2024
Kaamatan & Gawai27, 28, 29 Mei 2024 (ke Sabah/Labuan)  
29, 30, 31 Mei 2024 (ke Sarawak)
Krismas22, 23, 24 Disember 2024

Sebagai tambahan kepada tambang perayaan bersubsidi, MAS dan Firefly juga menawarkan promosi istimewa sempena sambutan Tahun Baru, tersedia untuk pembelian dari 9 hingga 22 Januari 2024.

MAS akan menawarkan tambang daripada RM79 termasuk semua sehala untuk destinasi domestik, manakala untuk destinasi antarabangsa bermula RM219 termasuk semua sehala bagi perjalanan bermula 9 Januari hingga 30 November 2024.

Firefly juga memberikan promosi menarik untuk tempoh yang sama dengan tambang bermula dari hanya RM69 untuk perjalanan dari 9 Januari hingga 30 Jun 2024. 

Promosi itu terpakai untuk semua laluan kendalian Firely, termasuklah yang dikendalikan pesawat Boeing 737-800. Tambahan 10% Enrich Bonus juga akan diberikan sepanjang tempoh promosi.

Untuk lebih maklumat lanjut dan menempah penerbangan untuk percutian anda, layari laman web rasmi Malaysia Airlines dan Firefly atau muat turun aplikasi di Apple App Store atau Google Play Store bagi mendapatkan promosi terkini.

Bacaan berkaitan:

  • Boeing 737-8: Ini sebab kenapa anda perlu teruja dengan pesawat baharu MAS
  • Boeing 737-8 pertama MAS tiba di Malaysia, siap ada WiFi berkelajuan tinggi
  • MAS benar bawa makanan sendiri dalam pesawat dek isu dengan Brahim’s Food Services
Tags: cuti perayaanFireflyHari Rayahari raya aidilfitriKaamatan & GawaiKrismasMalaysia AirlinesMASTahun Baru Cina
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

Terbang lebih murah dengan Malaysia Airlines, dari RM89 sehala dan diskaun 20% pakej sampingan

MAS & Firefly tawar tambang tetap istimewa ke Sabah & Sarawak sempena cuti perayaan 2024

2 January 2024
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN