• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme akan lancar sesuatu pada 3 Januari 2024. Adakah Realme 12 Pro+?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:59 pm
  • 02/01/2024
  • Komen
Realme akan lancar sesuatu pada 3 Januari 2024. Adakah Realme 12 Pro+?
Share on FacebookShare on Twitter

Realme sedang bersiap sedia untuk melancarkan peranti pertama mereka untuk tahun 2024. Laman rasmi Realme untuk India dan Indonesia masing-masing telah mengutuskan teaser tentang acara yang bakal berlaku pada 3 Januari 2023.

Daripada utusan twitter tersebut, mereka menyertakan kod Morse yang apabila diterjemah, membawakan mesej “Make It Real”. Tidaklah diketahui sama ada ini adalah pelancaran untuk pasaran tempatan ataupun tidak kerana waktu yang diutuskan adalah pada jam 7:30 pagi waktu India dan 09:00 pagi waktu Indonesia, agak awal untuk sebuah majlis pelancaran berjalan.



#StayTuned for the real update. Comment below and tell us your guess! pic.twitter.com/4ENehEu1wl

— realme (@realmeIndia) January 1, 2024

Kecualilan ini adalah jemputan untuk menonton penstriman daripada suapan luar negara, contohnya China yang akan berada pada jam 10:00 pagi waktu yang sama.

Adakah Realme 12 Pro+ akan diperkenalkan?

Angin spekulasi kencang bertiup membawakan info bahawa Realme 12 Pro+ adalah peranti pertama yang akan mengepalai produk Realme tahun 2024. Model yang membawa kod model RMX3840 sudahpun mendapat pensijilan SIRIM sejak 27 Disember 2023 lalu.



Sekiranya memang Realme 12 Pro+ dilancarkan, maklumat tentang telefon ini masih sangat tandus. Satu-satunya maklumat yang mungkin berkaitan adalah satu utusan Twitter yang mengatakan “No Periscope. No Flagship” yang mencadangkan sebuah telefon dengan kamera telefoto periskop tak lama lagi.

It’s out😎! #NoPeriscopeNoFlagship#StayTuned #realmeIndia pic.twitter.com/BkApiJm5mB

— realme (@realmeIndia) December 28, 2023

Ini adalah sesuatu yang signifikan buat Realme kerana kali terakhir telefon dengan kamera telefoto daripada jenama itu ada dalam pasaran global ialah Realme X3 SuperZoom tahun 2020.

Bacaan berkaitan

Harga Realme C67 dengan Snapdragon bawah RM900, percuma fon telinga

Realme C51 kini lebih murah, harga baru bawah RM500

Realme GT 3 1TB dengan pengecas 240W hanya RM2,799, percuma fon putik dan pembersih udara

Tags: Realmerealme 12realme 12 prorealme 12 pro+telefon
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Realme akan lancar sesuatu pada 3 Januari 2024. Adakah Realme 12 Pro+?

Realme akan lancar sesuatu pada 3 Januari 2024. Adakah Realme 12 Pro+?

2 January 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER