• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Galaxy AI dan siri Galaxy S24 akan diperkenal di acara Galaxy Unpacked

  • OLEH Najib
  • 9:29 am
  • 03/01/2024
  • Komen
Galaxy AI dan siri Galaxy S24 akan diperkenal di acara Galaxy Unpacked
Share on FacebookShare on Twitter

Pagi ini, Samsung mengumumkan kedatangan acara tahun terbesar mereka, Galaxy Unpacked. Samsung turut menyediakan tawaran menarik untuk orang ramai yang mendaftar minat mereka tentang acara ini.

Tarikh Acara Galaxy Unpacked

Kali ini, Samsung akan mengadakan majlis Galaxy Unpacked di San Jose, Amerika Syarikat. Acara ini akan dijalankan pada hari Rabu, 17 Januari 2024 pukul 10 pagi waktu tempatan. Ia bersamaan dengan hari Khamis, 18 Januari 2024 pukul 2 pagi waktu Malaysia.



Seperti biasa, acara ini akan turut disiarkan secara langsung di pelbagai platform. Jika berminat untuk menyaksikannya, boleh layari YouTube Samsung Malaysia, Facebook Samsung Malaysia serta laman web Samsung Malaysia.

Hadiah misteri setiap hari dan e-Baucar RM400

Bagi menarik lebih banyak minat orang ramai ke acara ini, Samsung Malaysia turut menyediakan ganjaran istimewa. Hanya jawab soalan yang disediakan Samsung Malaysia di laman web Galaxy Unpacked dan anda akan menerima e-Baucar RM400 serta berpeluang memenangi hadiah misteri.



e-Baucar RM400 ini boleh digunakan untuk membuat tempahan telefon pintar Galaxy yang akan dilancarkan di Galaxy Unpacked nanti. Tetapi penggunannya mungkin berkurangan, bergantung kepada jenis peranti yang dibeli.

Hadiah misteri pula akan diberikan setiap hari, mulai hari ini 3 Januari sehinggalah hari pelancaran iaitu 17 Januari 2024. Pemenang yang bertuah akan menerima emel makluman kemenangan daripada Samsung Malaysia dan perlu mengisi maklumat peribadi dalam tempoh 3 hari. Maklumat lanjut mengenai terma dan syarat boleh disemak di sini.

Galaxy AI dan Galaxy S24

Samsung masih tidak berkongsi dengan jelas tentang apa yang akan diperkenal di Galaxy Unpacked nanti, tetapi ada menyebut bahawa Galaxy AI akan tiba dan siri Galaxy S terbaru dilancarkan. Banyak penganalisa menjangkakan Samsung akan mengekalkan tiga varian siri Galaxy S iaitu Galaxy S24, Galaxy S24+ dan Galaxy S24 Ultra.

Galaxy S24 dan Galaxy S24+ akan memiliki spesifikasi yang serupa dalam semua aspek, kecuali saiz skrin dan kapasiti bateri. Galaxy S24 Ultra pula adalah telefon yang jauh berbeza dan memiliki S Pen yang boleh disimpan di dalam badannya.

Galaxy S24 Ultra juga dikatakan akan menggunakan bingkai Titanium seperti iPhone 15 Pro, menggantikan Aluminium yang digunakan Galaxy S24. Malah, skrin Galaxy S24 Ultra juga akan menjadi lebih rata, tidak lagi melengkung.

Gambaran siri Galaxy S24

Ada ura-ura mengatakan Samsung mahu memperkenal cip Exynos baru untuk siri Galaxy S24. Tetapi jika tiada, cip Snapdragon 8 Gen 3 akan menguasakan telefon pintar flagship Samsung kelak.

Nantikan laporan daripada kami untuk pelancaran siri Galaxy S24 di Galaxy Unpacked pada 18 Januari 2024.

[Sumber: Samsung]

Bacaan Berkaitan

  • Siri Galaxy S24 akan disuntik lebih banyak ciri AI untuk lawan Google Pixel
  • Galaxy S24 akan dilancar berdekatan Apple Park, sebulan lebih awal
  • Rekaan Samsung Galaxy S24 Ultra menunjukkan skrin dan panel belakang rata
Tags: Galaxy AIGalaxy S24Galaxy S24 Ultragalaxy unpackedgalay s24 ultrasamsungSamsung Galaxy S24Samsung Galaxy S24 UltraSamsung Galaxy Unpacked
Najib

Najib

POPULAR

Galaxy AI dan siri Galaxy S24 akan diperkenal di acara Galaxy Unpacked

Galaxy AI dan siri Galaxy S24 akan diperkenal di acara Galaxy Unpacked

3 January 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

6 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER