• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AirAsia

Dari RM298 sehala terbang ke Sabah dan Sarawak dengan AirAsia sempena Tahun Baru Cina

  • OLEH Najib
  • 1:03 pm
  • 05/01/2024
  • Komen
Dari RM298 sehala terbang ke Sabah dan Sarawak dengan AirAsia sempena Tahun Baru Cina
Share on FacebookShare on Twitter

AirAsia hari ini mengumumkan tambang tetap untuk penerbangan lewat malam, bagi menemukan keluarga sempena Tahun Baru Cina yang akan datang. Tambang tetap berpatutan ini diberikan untuk penerbangan antara Semenanjung Malaysia ke Sabah atau Sarawak.

Majlis pengumuman tambang tetap ini disempurnakan oleh Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke. Beliau memuji usaha AirAsia yang merupakan salah satu syarikat penerbangan tempatan yang sentiasa menyokong inisiatif kerajaan bagi memastikan rakyat Malaysia dapat melakukan perjalanan dengan tambang berpatutan, terutamanya semasa musim perayaan.



COO Airasia, Karen Chan bersama Anthony Loke dan Bo Lingam

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group, Bo Lingam berkata: “Sempena sambutan Tahun Baru Cina ini, kami terus komited untuk mengendalikan penerbangan dengan tambang berpatutan demi menyatukan para tetamu dengan keluarga mereka. Kami berbesar hati untuk melancarkan tambang rendah tetap untuk penerbangan lewat malam antara Semenanjung Malaysia dan Sabah/Sarawak dengan 25,000 jumlah tempat duduk bagi tempoh perayaan akan datang. Kami mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana dengan sokongan mereka kami dapat menawarkan tambang berpatutan untuk semua terutamanya pada musim perayaan ini.”

RM298 ke Sarawak, RM348 ke Sabah

Tawaran harga tetap untuk penumpang dari Semenanjung Malaysia ke Sabah atau Sarawak ini, melibatkan penerbangan lewat malam antara 5 Februari sehingga 15 Februari 2024. Harga tetap ini termasuk semua cukai yang berkenaan, tetapi tidak menyertakan bagasi, tempat duduk atau makanan.



Menurut AirAsia, sebanyak 134 penerbangan tambahan lewat malam disediakan pada tawaran tambang tetap melibatkan laluan berikut:

  • Kuala Lumpur ke Kuching – RM298
  • Kuala Lumpur ke Sibu – RM298
  • Kuala Lumpur ke Bintulu – RM298
  • Kuala Lumpur ke Miri – RM298
  • Johor Bahru ke Kuching – RM298
  • Johor Bahru ke Sibu – RM298
  • Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu – RM348
  • Kuala Lumpur ke Sandakan – RM348
  • Kuala Lumpur ke Tawau – RM348
  • Johor Bahru ke Kota Kinabalu – RM348
Tambang tetap AirAsia sempena Tahun Baru Cina

Para tetamu yang melakukan perjalanan pada musim perayaan ini digalakkan untuk mendaftar masuk secara kendiri menggunakan aplikasi airasia Superapp, yang tersedia seawal 14 hari sebelum tarikh perlepasan dan menggunakan pas masuk elektronik untuk menaiki penerbangan. Untuk menikmati pengalaman penerbangan yang lebih lancar, daftar ciri-ciri FACES melalui aplikasi airasia Superapp untuk menggunakan lorong khas EZ Pass di lapangan terbang dan semasa menaiki pesawat.

Tambang subsidi kerajaan RM599

Selain tambang tetap yang disediakan AirAsia, orang ramai juga boleh mendapatkan tambang tetap yang disubsidi oleh kerajaan pada harga RM599 sahaja (RM674 termasuk cukai), bersama bagasi 20kg. Subsidi tersebut tersedia untuk penerbangan pada 7, 8 dan 9 Februari 2024.

Muat turun aplikasi airasia Superapp dari Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery untuk menerima maklumat dan kemas kini mengenai penerbangan yang ditempah.

[Sumber: AirAsia]

Bacaan berkaitan

  • MAS & Firefly tawar tambang tetap istimewa ke Sabah & Sarawak sempena cuti perayaan 2024
  • AirAsia hidang Cendol & pelbagai pilihan makanan tempatan dalam penerbangannya
  • Pautkan BigPay di AirAsia SuperApp untuk dapat lebih banyak diskaun & ganjaran istimewa
Tags: AirAsiaAnthony LokeTahun Baru Cina
Najib

Najib

POPULAR

Dari RM298 sehala terbang ke Sabah dan Sarawak dengan AirAsia sempena Tahun Baru Cina

Dari RM298 sehala terbang ke Sabah dan Sarawak dengan AirAsia sempena Tahun Baru Cina

5 January 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER