• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Oppo Pad Neo: Tablet mampu milik sokong LTE, skrin besar 11.36″ dan empat speaker Dolby Atmos

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:05 pm
  • 11/01/2024
  • Komen
Oppo Pad Neo: Tablet mampu milik sokong LTE, skrin besar 11.36″ dan empat speaker Dolby Atmos
Share on FacebookShare on Twitter

Bersama pelancaran siri Oppo Reno 11, Oppo Malaysia turut melancarkan tablet kelas pertengahan terbaru, iaitu Pad Neo untuk pasaran tempatan. Ia tampil dengan skrin besar cantik, sokongan LTE dan juga kapasiti bateri cukup besar walaupun berada dalam kategori tablet mampu milik.

Harga dan ketersediaannya di Malaysia

Tablet terbaru Oppo ini ditawarkan dalam dua varian iaitu WiFi dan LTE dengan saiz storan sama, tetapi pada kapasiti RAM yang berbeza. Berikut adalah harga jualannya di Malaysia:



  • Oppo Pad Neo WiFi (RAM 6GB dan storan 128GB) – RM1,199
  • Oppo Pad Neo LTE (RAM 8GB dan storan 128GB) – RM1,399

Selain itu, pembeli juga akan menerima hadiah percuma iaitu sarung tablet yang bernilai RM99 sementara stok masih ada. Jika berminat, anda boleh dapatkannya di stor dalam talian Oppo, kedai jenama Oppo, pengedar sah Oppo dan juga gedung rasmi Oppo di Lazada dan Shopee.

Spesifikasi Oppo Pad Neo

Oppo Pad Neo merupakan tablet mampu milik dengan skrin bersaiz 11.36-inci. Ia menggunakan panel jenis LCD dengan resolusi 2408 x 1720 dalam nisbah aspek 7:5. Panel ini juga menyokong kadar penyegaran 90Hz dan kecerahan puncak pada 400 nits. Melengkapkan pengalaman menonton kandungan adalah empat speaker bersama sokongan Dolby Atmos yang ia lengkapi.



Atas papan utama, tablet Pad Neo ini ditunjangi cip MediaTek Helio G99 yang digabungkan dengan RAM LPDDR4X 8GB berserta storan UFS2.2 seluas 128GB. Sistem operasi yang digunakan adalah ColorOS 13.2 berasaskan Android 13. Tenaga tablet pula disalur oleh bateri berkapasiti 8,000mah dan ia boleh diisi semula menggunakan pengecasan SuperVOOC 33W.

Bagi kelengkapan kamera, tablet ini memiliki dua kamera yang serupa iaitu kamera belakang 8MP f/2.0 dan kamera selfie 8MP f/2.0. Ciri sambungan yang disokong tablet ini termasuk Bluetooth 5.2, WiFi 5, dan 4G bagi varian LTE. Ia tersedia dalam satu warna iaitu kelabu.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Oppo Pad Neo di sini.

Bacaan berkaitan

  • Oppo Reno 11 Pro: Kuasa Dimensity 8200, kamera selfie autofokus dan pengecasan 80W
  • Oppo Reno 11: Guna Dimensity 7050 dan sokong Android 14 pada harga bawah RM2,000
  • Tempahan Oppo Reno 11 dibuka sekarang dengan diskaun RM100 dan hadiah percuma
Tags: oppooppo pad neo
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Oppo Pad Neo: Tablet mampu milik sokong LTE, skrin besar 11.36″ dan empat speaker Dolby Atmos

Oppo Pad Neo: Tablet mampu milik sokong LTE, skrin besar 11.36″ dan empat speaker Dolby Atmos

11 January 2024
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER