• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

Haji & Umrah 2024: Ini pelan perayauan paling berbaloi boleh anda langgan

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:50 am
  • 13/01/2024
  • Komen
Haji & Umrah 2024: Ini pelan perayauan paling berbaloi boleh anda langgan
Share on FacebookShare on Twitter

Anda bakal kerjakan umrah dan haji musim 2024 dan ingin kekal ada sambungan internet guna perayauan? Ini 2 saranan pas perayauan yang paling berbaloi untuk anda langgan.

Pascabayar & prabayar Celcom/Digi paling berbaloi

Celcom dan Digi adalah pemenang untuk musim 2023 dulu. Momentum tersebut dikekalkan pascapenggabungan CelcomDigi. Secara asasnya, penawaran pas perayauan Celcom dan Digi adalah serupa.



Pas perayauan 30 hari Celcom dan Digi boleh dilanggan pada harga RM98. Memang katanya Internet unlimited. Walau bagaimanapun, kelajuan penuh hanya boleh dirasai untuk 2GB pertama untuk setiap har penggunaan kerana apabila melangkaui takat tersebut, kelajuan dihadkan kepada 1 Mbps. Kelajuan sebegitu masih lagi munasabah sewaktu perayauan kerana kita tidaklah gunakan data terlalu berat sewaktu beribadat, cukup sekadar kemas kini media sosial dan rujukan lain.

Pas ini ditawarkan untuk pengguna prabayar dan pascabayar Celcom dan Digi.



Pascabayar Maxis menarik, tapi tidak di Hotlink

Pengguna pascabayar Maxis juga ada pilhan seperti CelcomDigi tapi lebih mahal. Nama pas tersebut ialah “30 Days Data Roaming Pass” dan ia ditawarkan pada harga RM119. Sebenarnya Maxis baru sahaja mengemas kini harga penawaran dariapda RM89 kepada harga baharu tapi spesifikasinya adalah sama.

Sumber

Anda beroleh capaian Internet “tanpa had” selama 30 hari. Untuk setiap hari, anda nikmati capaian berkelajuan tinggi untuk 2GB pertama dan berkelajuan 1Mbps untuk penggunaan seterusnya sepanjang hari itu. Kitaran akan berulang untuk hari seterusnya sehinggalah pas tamat tempoh.

Malangnya, pas yang sama tidak dinikmati pengguna Hotlink sama ada pelanggan pascabayar ataupun prabayar. Mereka cuma ada pas 7 Days ASIA Pacific DataRoam pada harga RM50/7 hari.

Sumber

Tiada berita baik daripada telco lain untuk 2024

Tiada perubahan positif dicerap daripada telco lain pada segi penawaran pas perayauan. Sekiranya anda ikuti artikel edisi 2023, penawaran telco-telco ini masih sama, malah tidak berbaloi. Sekiranya anda pengguna telco-telco ini, adalah lebih praktikal untuk anda dapatkan pek SIM tempatan untuk capaian Internet.

U Mobile kekal dengan pas U Roam pada harga RM36/hari dengan kuota berkelajuan tinggi untuk 500MB pertama dan 64kbps untuk baki tempoh sah pas langganan.

Sumber
Sumber

Yes 5G lebih rendah iaitu pada 400MB tapi lebih mahal pada RM38/hari.

Sumber

TuneTalk tawarkan pas Arab Saudi dalam satu pilihan sahaja iaitu pas harian RM33 untuk kuota 500MB.

Sumber

Penawaran Yoodo kekal pelik. Anda perlu dapatkan pas perayauan untuk aktifkan kuota sedia ada untuk digunakan di luar negara. Pas 15 hari boleh didapatkan pada harga RM120, malangnya anda masih perlu beli kuota akses secara berasingan.

Sumber

Uni5G ada tawarkan dua jenis pelan untuk Arab Saudi. Saya gagal untuk temui T&C ataupun FAQ untuk World Pass sebaliknya hanya berjaya temui Uni5G Roam yang berharga RM39/hari. Pas ini berikan anda data berkelajuan tinggi 500Mbps.

Sumber

Selepas kuota dilangkau, kelajuan akses akan dihadkan kepada 128kbps.

Sumber

Tags: celcomCelcomDigidigihaji 2024hotlinkmaxisRoamingtunetalku mobileumrahumrah 2024Uni5gUnifi mobileyes 5gyoodo
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Haji & Umrah 2024: Ini pelan perayauan paling berbaloi boleh anda langgan

Haji & Umrah 2024: Ini pelan perayauan paling berbaloi boleh anda langgan

13 January 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER