• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

JAKIM akan mudahkan prosedur mohon sijil halal dengan sistem AI

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 10:23 am
  • 18/01/2024
  • Komen
240118 JAKIM Halal AI
Share on FacebookShare on Twitter

Perkara paling rumit bagi meluluskan permohonan sijil halal adalah untuk memeriksa ramuan yang digunakan dalam sesuatu produk. Justeru bagi memudahkan prosedur tersebut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan membangunkan sistem Kecerdasan Buatan (AI).

Menurut Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JAKIM, Mohamad Zamri Mohamed Shapik, “Teknologi itu dijangka membantu JAKIM terutamanya dalam menganalisis ramuan makanan yang digunakan dalam sesuatu produk.



Beliau memberikan contoh permohonan pensijilan halal makanan di hotel dengan ratusan menu dan ribuan bahan yang digunakan.

“Kalau kita gunakan khidmat manusia, ia memerlukan tenaga yang ramai dan penggunaan AI ini bukan sahaja membantu kita malah pihak industri dan menjadikan proses permohonan sijil halal itu cepat,” jelasnya.



240118 JAKIM Halal AI
Carta aliran prosedur pensijilan halal Malaysia (Sumber: JAKIM)

Pada masa sama, Mohamad Zamri turut berkongsi bahawa pensijilan Halal Malaysia terus diiktiraf dunia apabila berjaya mengekalkan kedudukan tempat pertama daripada 81 negara bagi tahun ke-10 berturut-turut.

Baginya, rekod itu harus dipertahankan dengan mengekalkan integriti yang tinggi dalam mematuhi standard ditetapkan selama ini untuk memastikan pensijilan halal Malaysia terus dihormati di mata dunia.

Kalau tengok carta aliran di atas, sememangnya bukan mudah yang untuk mendapatkan kelulusan sijil halal JAKIM ni, banyak prosedurnya. Tapi disebabkan prosedur yang ketat itulah membuatkan kita yakin bila nampak logo halal JAKIM dekat kedai makan atau pada produk makanan serta minuman, betul tak?

[Sumber: Bernama]

Tags: aiJAKIMkecerdasan buatanpermohonan pensijilan halal Malaysiasijil halal Malaysia
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

240118 JAKIM Halal AI

JAKIM akan mudahkan prosedur mohon sijil halal dengan sistem AI

18 January 2024
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN