• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

EV Sedan Ora 07 bakal masuk pasaran Malaysia, jangkaan harga sekitar RM200k

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 1:20 pm
  • 19/01/2024
  • Komen
240119 GWM Ora 07
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah lebih setahun Great Wall Motor (GWM) Malaysia melancarkan Ora Good Cat untuk pasaran tempatan, akhirnya syarikat itu bakal membawa masuk sebuah lagi kenderaan elektrik (EV) baharu ke Malaysia.

Pengesahan itu dibuat melalui teaser yang dikongsikan melalui hantaran di Instagram rasmi GWM Malaysia. Pun begitu, tiada sebarang tarikh pelancaran dinyatakan, namun dijangkakan dalam masa terdekat ini.



View this post on Instagram

A post shared by GWM Malaysia (@gwmmalaysia)

Jangkaan harga Ora 07 sekitar RM200,000

Ora 07 yang merupakan sebuah sedan empat pintu dengan rekaan fastback itu turut dikenali sebagai Ora Lighting Cat dan Ora Grand Cat bagi pasaran global. Ia adalah model yang lebih tinggi berbanding Good Cat sedia ada berdasarkan saiz dan prestasinya.

240119 GWM Ora 07

Selain tarikh pelancaran yang masih menjadi tanda tanya, GWM Malaysia juga turut merahsiakan harganya. Namun kami menjangkakan harga jualan untuk pasaran tempatan akan jauh lebih tinggi berbanding pasaran Thailand.



Sebagai perbandingan, Ora Lightning Cat dilancarkan pada harga THB1,299,000  (~RM172,192) untuk varian Long Range, manakala untuk varian Performance adalah pada harga THB1,499,000 (~RM198,703). Kedua-dua harga tersebut adalah selepas rebat kenderaan hijau daripada kerajaan Thailand.

240119 GWM Ora 07

Jadi untuk pasaran tempatan, harga Ora 07 mungkin akan menjadi sekitar RM200,000 untuk varian Long Range. Untuk pilihan varian Performance, kami meramalkan ia akan berharga sekitar RM230,000.

Sekiranya betul ramalan tersebut, maka Ora 07 akan menempatkan dirinya dalam segmen pasaran yang sangat kompetitif dan akan bersaing bersama Tesla Model 3 dan Model Y, Smart #1 serta BYD Seal yang turut akan dilancarkan tidak lama lagi. 

240119 GWM Ora 07

Melainkan GWM Malaysia mengurangkan harga rasmi untuk Ora Good Cat yang kini berharga sehingga RM170,500 bagi pasaran tempatan, mustahil untuk Ora 07 berharga di bawah RM180,000.

Spesifikasi Ora 07

240119 GWM Ora 07

Mengenai spesifikasi kedua-dua varian yang ditawarkan di Thailand, ia dilengkapi motor elektrik 150kW (201hp) dengan daya kilas setinggi 340Nm yang dipasang pada bahagian hadapan untuk varian Long Range. Manakala varian Performance, mendapat janaan AWD dwi-motor yang menawarkan kuasa dua kali ganda output, pada 300kW (402hp) dengan daya kilas setinggi 680Nm.

Dari segi pecutan, Ora 07 dikatakan dapat memecut daripada sifar kepada 100km/j dalam tempoh 4.3 saat. Kelajuan maksimum yang dihadkan secara elektronik untuk varian Long Range dan Performance, masing-masing adalah pada paras 170km/j dan 180km/j.

240119 GWM Ora 07
240119 GWM Ora 07
240119 GWM Ora 07
240119 GWM Ora 07

Kedua-dua varian Ora 07 menggunakan bateri litium 83.5 kWj. Ia membolehkan model varian Long Range untuk pergi sejauh 640km dan sejauh 550km untuk varian Performance.

Menerusi pengecasan pantas DC, bateri Ora 07 dapat dipenuhkan dari 30% hingga 80% dalam tempoh masa 30 minit. Ia juga menyokong fungsi  Vehicle-To-Load (V2L) dengan keupayaan 3.3kW yang bertindak sebagai bateri bergerak bagi membekalkan kuasa kepada pelbagai peralatan elektrik.

Tengok reka bentuk kereta EV tersebut, memang menarik ala-ala Porsche 911. Kalau nak tahu harga sebenar Ora 07 itu, kenalah tunggu sehingga GWM melancarkannya di Malaysia. Anda rasa berapa harga jualan Ora 07? Kongsikanlah dengan kami pendapat anda itu.

Bacaan berkaitan:

  • Rebat RM20,000 & pengecas percuma untuk pembeli Ora Good Cat
  • Ora Good Cat: EV paling mampu milik kini di Malaysia, harga bawah RM140,000
  • Anugerah SoyaCincau 2023: Kenderaan elektrik (EV) terbaik tahun ini
Tags: EVEV MalaysiagwmGWM MalaysiaGWM OraGWM Ora 07GWM Ora MalaysiaKereta elektrikOra 07 Long RangeOra 07 MalaysiaOra 07 Performance
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
240119 GWM Ora 07

EV Sedan Ora 07 bakal masuk pasaran Malaysia, jangkaan harga sekitar RM200k

19 January 2024
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

14 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN