• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

WhatsApp akan perkenalkan ciri perkongsian fail seperti AirDrop & Nearby Share

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 12:48 pm
  • 22/01/2024
  • Komen
WhatsApp sedang menyediakan sokongan panggilan audio dan video di komputer
Share on FacebookShare on Twitter

WhatsApp sedang membangunkan ciri baharu yang membolehkan pengguna berkongsi fail dengan pantas, seperti yang disediakan Apple menerusi AirDrop atau Nearby Share untuk Android.

Ciri tersebut sedang diuji dalam WhatsApp beta untuk Android dan dijangka akan dikeluarkan kepada umum dalam kemas kini akan datang. Melalui ciri baharu itu, membolehkan pengguna berkongsi fail seperti foto dan video dengan cepat dan mudah kepada individu berdekatan. 



WhatsApp news of the week: file sharing feature with people nearby is in development!

This weekly summary can help you catch up on our 7 stories about WhatsApp beta for Android, iOS, and Desktop!https://t.co/OBr4irgOJR pic.twitter.com/lxfDTc95Jy

— WABetaInfo (@WABetaInfo) January 22, 2024

Ciri perkongsian fail

Ciri perkongsian fail yang membolehkan anda berkongsikan fail bersaiz sehingga 2GB  menawarkan privasi dengan penyulitan hujung ke hujung. Ia akan menyembunyikan nombor telefon apabila pemindahan fail berlaku dan keseluruhan proses tidak akan dapat dilihat oleh individu yang bukan kenalan WhatsApp di sekitar anda.

Namun untuk menggunakan ciri perkongsian fail itu, terdapat beberapa langkah yang perlu dilakukan, seperti:



  1. Anda perlu menggoncangkan telefon untuk memulakan perkongsian fail.
  2. Kedua-dua pengguna perlu berada dalam bahagian ‘Kongsi fail WhatsApp’ yang mungkin akan diperkenalkan apabila versi beta dan penuh dilancarkan.

Ciri perkongsian fail pantas itu sememangnya satu kelebihan yang bagus. Malah ciri tersebut juga disulitkan dari hujung ke hujung dan tiada nombor telefon dipaparkan kepada bukan kenalan, sekali gus memastikan ia kekal selamat hanya di dalam WhatsApp.

Pun begitu masih tidak dapat dipastikan sama ada ciri tersebut akan berfungsi kepada peranti berbeza seperti iOS dengan Android. Nampaknya kenalah tunggu nanti sehingga ciri tersebut dilancarkan dalam versi penuh.

[Sumber: WABetaInfo]

Bacaan berkaitan:

  • RM2.5 juta kerugian dicatat hasil penipuan guna WhatsApp & Telegram sepanjang 2023
  • WhatsApp perkenal ciri sunting pelekat di dalam aplikasi, ini cara gunanya
  • WhatsApp akan ada fungsi carian nama pengguna, lebih privasi
Tags: androidfile sharingiOSperkongsian failwhatsappwhatsapp beta
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

WhatsApp sedang menyediakan sokongan panggilan audio dan video di komputer

WhatsApp akan perkenalkan ciri perkongsian fail seperti AirDrop & Nearby Share

22 January 2024
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

4 August 2026
Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

3 August 2026
Pemanas air segera Rubine ini cuma 45mm tebal, rekod paling nipis di Malaysia

Pemanas air segera Rubine ini cuma 45mm tebal, rekod paling nipis di Malaysia

31 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN