• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Airbot lancar vakum robotik L108S Pro Ultra, ada ciri bersih tong sampah sendiri

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 12:03 pm
  • 24/01/2024
  • Komen
240124 Vakum Robotik Airbot L108S Pro Ultra
Share on FacebookShare on Twitter

Pengeluar peralatan rumah berkualiti tinggi dan mampu milik, Airbot memperkenalkan vakum robotik terbaharunya, L108S Pro Ultra yang menawarkan fungsi pembersihan seperti vakum, mengemop, mengosongkan bekas habuk serta membersihkan diri. 

L108S Pro Ultra lengkap ciri pembersihan diri

Selain berfungsi seperti kebanyakan vakum tradisional lain, vakum robotik L108S Pro Ultra dilengkapi dengan ciri mengosongkan dan mencuci bekas habuk dengan sendiri. Kedua-dua fungsi itu pastinya dapat mengurangkan sentuhan terus kepada habuk, satu kelebihan buat individu yang mempunyai alahan. 



240124 Vakum Robotik Airbot L108S Pro Ultra
240124 Vakum Robotik Airbot L108S Pro Ultra

Teknologi berkelajuan tinggi dan fungsi auto-mop yang ada pada vakum robotik L108S Pro Ultra dapat menghilangkan kotoran telah kering seperti kesan tumpahan kopi. Ciri pengeringan udara hangat 45-darjah yang ada pada vakum robotik keluaran Airbot itu pula dapat mencegah bau, fungus serta pertumbuhan bakteria.

240124 Vakum Robotik Airbot L108S Pro Ultra

Dengan fungsi mop putaran dan tangki air berkapasiti besar 400ml, membolehkan vakum robotik itu membersihkan lebih banyak permukaan dan hasil mengemop yang lebih baik.



Ciri pintar L108S Pro Ultra

Namanya pun vakum robotik, sudah tentu ia akan dilengkapi dengan ciri pintar. Bagi L108S Pro Ultra, ciri pintarnya akan mencadangkan Zon Larangan seperti secara automatik mengesan tempat berisiko untuk mudah tersekat.

240124 Vakum Robotik Airbot L108S Pro Ultra

Ciri pintar itu juga akan dapat mengenal pasti jenis bilik yang berbeza, contohnya bilik tidur, ruang tamu atau ruang makan dan akan melaraskan kuasa sedutan serta kekuatan gosokan untuk keberkesanan pembersihan yang lebih optimum.

240124 Vakum Robotik Airbot L108S Pro Ultra

Ciri pintar tersebut boleh diakses dengan memuat turun dan mendaftar peranti pada aplikasi Airbot yang tersedia di Apple Apps Store dan Google Play Store.

Harga dan promosi

Vakum robotik keluaran Airbot, L108S Pro Ultra itu dijual pada harga RM2,399 dan boleh dibeli secara dalam talian melalui laman web rasmi Airbot Malaysia, Lazada dan Shopee. 

Sempena promosi Tahun Baru Cina, Airbot Malaysia memberikan diskaun tambahan 10% dengan kod CPL108S dan penghantaran percuma bagi setiap pembelian melalui laman web rasminya.

Layari laman web Airbot Malaysia untuk mendapatkan lebih info atau kemas kini terkininya.

Tags: AirbotAirbot L108S PRO ULTRAAirbot Malaysiavakum robotik Airbot L108S Pro Ultra
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
240124 Vakum Robotik Airbot L108S Pro Ultra

Airbot lancar vakum robotik L108S Pro Ultra, ada ciri bersih tong sampah sendiri

24 January 2024
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN