• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple benar gedung aplikasi pihak ketiga di iOS bersama 2 lagi perubahan lain

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:44 am
  • 26/01/2024
  • Komen
iOS 17 & iPadOS 17 dikhabarkan tidak sokong model iPhone 8, iPhone X serta beberapa iPad
Share on FacebookShare on Twitter

Bagi mematuhi undang-undang Digital Markets Acts (DMA) dalam pasaran Kesatuan Eropah (EU), ada beberapa perubahan akan dilakukan ke atas sistem operasi iOS untuk pengguna produk mereka dalam pasaran EU.

Yang pertama adalah, Apple akan benarkan aplikasi (app) diedarkan melalui saluran selain AppStore. Oleh sebab pihak ketiga kini boleh memasang aplikasi ke dalam peranti iOS anda, Apple memberi amaran yang telefon dijangkiti malware adalah lebih tinggi.



AppStore adalah satu-satunya sumber untuk pemasangan aplikasi selama ini

Bagi meminimumkan risiko ini, Apple akan menggerakkan beberapa inisiatif. Salah satunya adalah memperkenalkan satu piawaian pengesahan untuk semua app tidak kira daripada saluran mana. Selain itu, sistem operasi iOS juga akan diprogramkan supaya tidak melancarkan aplikasi yang dikesan mengandungi malware di dalamnya.

Chrome berasaskan Chromium akan masuki iOS

Yang kedua adalah, Apple akan membenarkan pelayan web yang menggunakan enjin selain Webkit dijalankan di iOS. Benar, walaupun terdapat banyak jenis pelayan web yang boleh dimuat turun di AppStore sekarang, semuanya menggunakan enjin Webkit sama seperti Safari. Disebabkan enjin Webkit ini adalah proprietari Apple, terdapat dakwaan yang hanya Safari menikmati potensi penuh enjin tersebut sedangkan yang lain tidak.



Apple memaksa semua pelayar web pihak ketiga guna enjin Webkit, sama seperti Safari

Maka, di masa depan, pengguna iOS di EU bolehlah menikmati Google Chrome berasaskan Chromium ataupun Mozilla Firefox berasaskan Gecko.

Yang ketiga adalah, Apple akan membenarkan kaedah pembayaran pihak ketiga digunakan di dalam app. Hal ini bermakna, pengguna boleh menyelesaikan transaksi pembayaran produk ataupun perkhidmatan digital di laman web pembangun app tanpa perlu melalui Apple.

Maka dengan sebab itu, iOS akan memaklumkan secara jelas yang transaksi ini tidak lagi melibatkan Apple dan mereka tidak boleh memproses sebarang tuntuntan pemulangan dan tanggungjawab perlindungan pengguna terhadap penipuan telah dipindah ke bahu pembangun.

Komisen AppStore diubah serendah 10%

Di AppStore juga, komisen yang dikutip juga diturunkan kepada serandah 10% sementara yuran penggunaan sistem pembayaran AppStore dikenakan sebanyak 3%. Selain itu, app yang diedarkan melalui AppStore dan/atau gedung pihak ketiga dikenakan bayaran EUR0.50 untuk setiap pemasangan kali pertama aplikasi untuk aplikasi yang mencatatkan pemasangan melebihi 1 juta dalam tempoh setahun.

Ini adalah semua pembaharuan yang akan dibawakan kepada penggun EU. Ia tidak melibatkan pengguna Malaysia. Namun, tak mustahil ada antara perubahan ini akan dibawa merentasi sempadan sekiranya perlu.

Perubahan ini sedang diuji di iOS 17.4 beta dan akan dikuatkuasakan dalam bulan Mac 2024.

Anda boleh baca lebih lanjut di sini.

Bacaan berkaitan

WhatsApp akan perkenalkan ciri perkongsian fail seperti AirDrop & Nearby Share

Mengejutkan! Harga AirAsia di Android lagi murah dari iPhone

Pengguna iPhone boleh kongsi foto & video dalam kualiti asal di WhatsApp

Tags: appleiOS
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

iOS 17 & iPadOS 17 dikhabarkan tidak sokong model iPhone 8, iPhone X serta beberapa iPad

Apple benar gedung aplikasi pihak ketiga di iOS bersama 2 lagi perubahan lain

26 January 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER