• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Harga siri Samsung Galaxy S23 dah murah, jimat lebih RM900

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 12:33 pm
  • 29/01/2024
  • Komen
7 tips beroleh gambar sempurna walau apa jua kamera yang anda guna
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung Malaysia kini menawarkan siri Galaxy S23 pada harga yang lebih berpatutan dengan potongan harga RM400.

Dengan siri Galaxy S23, pengguna boleh menyelami teknologi telefon pintar unggul yang didatangkan dengan keupayaan kamera yang mengagumkan, prestasi mudah alih termaju bersama reka bentuk yang menarik.



Harga baru siri Samsung Galaxy S23 dan diskaun tambahan

Berikut adalah senarai harga baharu bagi siri Galaxy S23:

  • Galaxy S23 (RAM 8GB + 128GB) – RM3,899 RM3,499
  • Galaxy S23 (RAM 8GB + 256GB) – RM4,199 RM3,799
  • Galaxy S23 Ultra (RAM 12GB + 256GB) – RM5,699 RM5,299
  • Galaxy S23 Ultra (RAM 12GB + 512GB) – RM6,199 RM5,799
  • Galaxy S23 Ultra (RAM 12GB + 1TB) – RM7,199RM6,799

Tawaran harga itu hanya terpakai dengan pembelian secara atas talian di laman web rasmi Samsung sahaja. Anda juga boleh mendapatkan potongan harga tambahan 10% dengan menebus kod HAPPYLNY semasa melakukan pembelian.



Sebagai contoh, untuk pembelian Galaxy S23 Ultra pada harga RM5,799, dengan menebus kod HAPPYLNY, anda akan mendapat potongan tambahan bernilai RM579.90. Ini bermakna anda hanya perlu membayar RM5,219.10 untuk Galaxy S23 Ultra (RAM 12GB + 512GB), jimat banyak tu!

Spesifikasi Samsung Galaxy S23 Ultra

Samsung Galaxy S23 Ultra adalah model yang terbaik dalam sirinya, dan satu-satunya ada stailus terbina. Panel paparannya adalah sebesar 6.8” Dynamic AMOLED 2X dengan kadar segar semula sehingga 120Hz. Kaca itu dilindungi Gorilla Glass VIctus 2.  

Ia diperkasa cip khas Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2 for Galaxy. Cip ini bergandingan dengan RAM LPDDR5X 12GB beserta storan sehingga 1TB.

Di bahagian kamera, trikamera belakang Galaxy S23 Ultra masing-masing memiliki sensor 200MP (utama), 12MP (ultalebar), 10MP (telefoto 1), dan 10MP (telefoto 2). Selfie diambil menggunakan sensor 16MP.

Samsung Galaxy S23 Ultra dilengkapi sistem bateri 5,000mAh dengan pengecasan 45W. Ia turut menyokong sistem pengecasan wayarles 15W.

Spesifikasi Samsung Galaxy S23

Varian terendah siri Galaxy 23 itu dicipta buat pengguna yang inginkan telefon kompak tanpa mengorbankan prestasi.

Galaxy S23 memiliki panel paparan sebesar 6.1”, beresolusi FHD+. Panel paparan yang sama digunaakn seperti S23+ iaitu Dynamic AMOLED 2X dengan kadar segar semula boleh mencapai 120Hz. Untuk keselamatan, bahagian depan dan belakang telefon ini juga dilindungi kaca Corning Gorilla Glass Victus 2

Atas papan utama, Galaxy S23 dikuasakan SoC Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2 For Galaxy yang bergandingan bersama-sama kombinasi RAM + storan sama ada 8GB + 128GB ataupun 8GB + 256GB.

Untuk mengambil gambar, terdapat kamera utama 50MP yang ada apertur F1.8. Gambar bergenre pemandangan sesuai diambil menggunakan lensa ultralebar yang dibelakangnya ada sensor 10MP. Di bahagian hadapan, kamera swafoto 12MP menggalas tanggungjawab untuk memenuhi keperluan selfie.

Galaxy S23 memiliki kapasiti bateri terkecil dalam keluarganya. Berbekalkan sistem bateri 3,900mAh, ia boleh diisi menggunakan pengecas 25W dengan kabel ataupun 15W menggunakan pengecasan berpiawaian Qi.

Bacaan berkaitan:

  • Siri Galaxy S24 laku keras, Samsung unjur penjualan lebih 36 juta unit untuk 2024
  • Samsung patah balik? Akan bangunkan Galaxy Z Fold 6 dengan harga mampu milik
  • Samsung Galaxy S24, S24+, S24 Ultra: Harga rasmi dan promosi tempahan awal di Malaysia
Tags: Galaxy S23galaxy s23 ultrapromosamsungsamsung galaxy s23samsung galaxy s23 ultra
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

7 tips beroleh gambar sempurna walau apa jua kamera yang anda guna

Harga siri Samsung Galaxy S23 dah murah, jimat lebih RM900

29 January 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER