• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

Redmi Note 13 Pro+ vs Galaxy A54, kamera mana lebih bagus?

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 3:13 pm
  • 05/02/2024
  • Komen
240205-Redmi-Note-13-Pro-vs-Samsung-Galaxy A54
Share on FacebookShare on Twitter

Kamera merupakan antara fungsi penting pada telefon pintar, malah ia juga boleh menjadi antara faktor yang mempengaruhi pembelian bagi sesebuah telefon pintar, khususnya buat mereka yang gemar mengambil gambar.

Sekarang ini di pasaran kita boleh nampak pengeluar jenama telefon pintar akan cuba menampilkan ciri kamera yang terbaik seperti kamera utama 200MP, penstabilan imej optik (OIS) serta teknologi zoom digital tertinggi.



Bercakap mengenai kamera telefon pintar, antara Redmi Note 13 Pro+ dan Galaxy A54 yang manakah menampilkan kamera yang lebih bagus?

Spesifikasi kamera yang berbeza

Secara amnya, kedua-dua jenama telefon pintar itu menampilkan spesifikasi kamera yang berbeza tetapi harga hampir sama.



Galaxy A54 dilancarkan tahun lepas dengan harga RM1,899 tetapi sekarang ia banyak dijual di bawah RM1,500. Redmi Note 13 Pro+ pula baru sahaja dilancarkan dengan harga dari RM1,599.

Redmi Note 13 Pro+, ada kamera utama 200MP, kamera ultralebar 8MP dan 2MP kamera makro. Manakala Galaxy A54 pula, kamera utamanya 50MP, kamera ultralebar 12MP dan kamera makro 5MP.

Dari segi spesifikasi, kita boleh nampak Redmi mendahului Galaxy A54, dengan kamera utama 4 kali ganda lebih besar.

Tapi adakah itu bermakna gambar yang terhasil daripada Redmi Note 13 Pro+ lebih bagus daripada Galaxy A54?

Tonton video di bawah ini untuk mengetahui jawapannya atau anda boleh membacanya di bahagian bawah.

Untuk mengetahui kamera mana yang lebih bagus, saya telah mencuba mengambil gambar menggunakan kedua-dua telefon pintar itu bagi menguji kamera biasa, ultralebar dan zoom.

Kamera biasa

Untuk ujian kamera biasa, gambar yang diambil menggunakan Redmi yang mempunyai kamera biasa yang 4x lebih besar berbanding Galaxy A54 sememangnya lebih baik. Ini kerana anda boleh melihat perincian pada gambarnya.

240205-Redmi-Note-13-Pro-vs-Samsung-Galaxy-A54
Redmi Note 13 Pro+
240205-Redmi-Note-13-Pro-vs-Samsung-Galaxy-A54
Samsung Galaxy A54

Kamera ultralebar

Bagi kamera ultralebar pula, Redmi boleh di zoom out sehingga 0.6x, manakala Galaxy A54 hanya 0.5x, Pun begitu, hasil gambar dari Galaxy A54 lebih baik.

Ini kerana 0.5x lebih lebar berbanding 0.6x, jadi lagi luas pandangan yang boleh ditangkap kamera. Ditambah pula dengan kamera ultralebarnya 12MP berbanding Redmi, hanya 8MP. Dalam hal ini, Galaxy A54 2x lebih baik sebab kamera lagi luas dan kualiti gambar lebih baik.

240205-Redmi-Note-13-Pro-vs-Samsung-Galaxy-A54
Redmi Note 13 Pro+
240205-Redmi-Note-13-Pro-vs-Samsung-Galaxy-A54
Samsung GalaxyA54

Kamera zoom

Sama ada Redmi atau Galaxy A54, kedua-duanya telefon pintar ini mempunyai kebolehan untuk di zoom sehingga 10x. Namun jika diteliti gambar, kamera Redmi memberi gambar yang lebih jelas. 

Anda juga masih boleh melihat perincian pada gambar Redmi berbanding Galaxy A54 walaupun telah di zoom in 10x. Sudah tentu ini disebabkan kelebihan in sensor zoom 200MP yang ada pada Redmi!

240205-Redmi-Note-13-Pro-vs-Samsung-Galaxy-A54
Redmi Note 13 Pro+
240205-Redmi-Note-13-Pro-vs-Samsung-Galaxy-A54
Samsung Galaxy A54

Hasil daripada ujian kamera biasa, ultralebar dan zoom yang telah saya lakukan, kita boleh lihat Redmi Note 13 Pro+ menawarkan hasil kamera yang lebih baik berbanding Samsung Galaxy A54.

Walau bagaimanapun, secara peribadinya saya lebih suka dengan gambar yang diambil menggunakan Galaxy A54, kerana warna gambarnya lebih menyerlah. Kalau anda pula bagaimana, yang mana satu menjadi pilihan anda, Redmi Note 13 Pro+ atau Samsung Galaxy A54? Kongsikanlah pendapat anda dalam ruangan komen ya.

Bagi anda yang berminat untuk membeli Redmi Note 13 Pro +, anda boleh mendapatkannya secara atas talian di Lazada dan Shopee. Manakala untuk Samsung Galaxy A54 juga boleh dibeli secara atas talian di Lazada dan Shopee.

Bacaan berkaitan:

  • Redmi Note 13 Pro+ 5G Malaysia: Telefon IP68 pertama jenama itu pada harga bermula RM1,599
  • Redmi Note 13 Pro 5G Malaysia: Snapdragon 7s Gen 2 dengan naik taraf besar di kamera
  • Samsung Galaxy A54 & Galaxy A34: Apa bezanya? Semua ini perlu anda tahu
Tags: kamera Redmi Note 13 Pro+kamera Samsung A54Redmiredmi note 13 pro+samsungSamsung A54
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

240205-Redmi-Note-13-Pro-vs-Samsung-Galaxy A54

Redmi Note 13 Pro+ vs Galaxy A54, kamera mana lebih bagus?

5 February 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER