• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pertingkat ilmu keselamatan internet dengan tips Google, ikuti semuanya di X

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 12:06 pm
  • 06/02/2024
  • Komen
Google Search ada fungsi periksa tatabahasa, tapi tak boleh lawan ChatGPT
Share on FacebookShare on Twitter

Sempena meraikan Hari Keselamatan Internet pada hari ini, 6 Februari, Google Malaysia mengadakan kempen sosial di media sosial rasminya, X.

Kempen selama sebulan yang telah pun bermula sejak 1 Februari lepas bertujuan untuk mendidik pengguna tentang keselamatan dan memupuk pengalaman dalam talian yang lebih selamat dan positif.



💌 Kerana ambil berat, kami ingin kongsi petua keselamatan dalam talian sepanjang bulan ini untuk meraikan #HariKeselamatanInternet pada 6 Feb 🚨

Mari mulakan perbicaraan tentang ancaman dalam talian supaya lebih ramai orang mempunyai pemahaman tentang penipu!💚 #SaferWithGoogle pic.twitter.com/xBZmkNTpnI

— Google Malaysia (@GoogleMsia) February 2, 2024

Kempen Google yang tepat pada masanya

Hari Keselamatan Internet pada asalnya merupakan inisiatif projek EU SafeBorders yang bermula pada tahun 2004 dan kini ia dijadikan acara global yang diraikan setiap bulan Februari.

Menariknya, ketibaan kempen bulan Keselamatan Internet cukup sesuai pada masanya apabila negara dilanda beberapa insiden yang melibatkan keselamatan siber dan dalam talian. 



Antara kes yang menjadi perhatian adalah seperti dakwaan kononnya pangkalan data Telekom Malaysia (TM) diceroboh dan dijual ke forum perdagangan maklumat serta kes syarikat telekomunikasi Maxis digodam R00TKT1T.

Malah Pusat Tindak Balas Penipuan Kebangsaan (NSRC) turut mencatatkan kerugian sebanyak RM1.34 bilion, dalam 33,234 kes jenayah dalam talian, dari 1 Januari hingga 8 Disember tahun lepas.

Melalui kempen ini, Google akan berkongsikan tips dan petua keselamatan yang menarik dan mudah dikongsi di media sosial X untuk membantu meningkatkan kesedaran pengguna semasa berada dalam talian.

240206 - Google Keselamatan Internet
240206 - Google Keselamatan Internet

Antara tips yang dikongsikan Google adalah mengenai cara penipuan yang melampirkan pautan melalui SMS atau emel yang mendakwa kononnya dari pihak bank. Jangan klik pautan tersebut, sebaliknya langkah terbaik dengan menyekat dan memadamkan terus mesej yang diterima. Namun sekiranya terdapat keraguan, Anda dinasihatkan untuk terus menghubungi bank untuk mendapatkan kepastian.

Google juga berkongsikan 3 cara untuk mengenal pasti akaun palsu iaitu:

240206 - Google Keselamatan Internet

Diharapkan dengan inisiatif yang dilakukan Google ini akan meningkatkan kesedaran pengguna mengenai penipuan dalam talian, sekali gus dapat mengurangkan peratusan kes yang semakin meningkat saban tahun.

Bacaan berkaitan:

  • Anda kini boleh menjana gambar AI di Google Bard secara percuma
  • Belajar seni prompt untuk jana imej AI yang betul dengan permainan Google ini
  • Gemini lebih maju dari GPT-4, anda boleh cuba di Google Bard sekarang
Tags: Googlegoogle malaysiakeselamatan dalam talianpenipuan dalam talian
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

Google Search ada fungsi periksa tatabahasa, tapi tak boleh lawan ChatGPT

Pertingkat ilmu keselamatan internet dengan tips Google, ikuti semuanya di X

6 February 2024
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN