• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tol percuma diumum dua hari sebelum Tahun Baru Cina, bukan untuk semua kenderaan

  • OLEH Najib
  • 2:19 pm
  • 07/02/2024
  • Komen
Tol percuma diumum dua hari sebelum Tahun Baru Cina, bukan untuk semua kenderaan
Share on FacebookShare on Twitter

Plaza tol di semua lebuhraya di Malaysia akan diberi percuma selama 2-hari minggu ini, sempena perayaan Tahun Baru Cina pada hari Sabtu dan Ahad ini. Perkara ini diumumkan oleh Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi menerusi media sosial.

Pemberian tol percuma ini dianggarkan menelan belanja RM42.99 juta dan dilaksanakan mulai pukul 12.01 tengah malam ini, 8 Februari sehingga pukul 11.59 tengah malam lusa, 9 Februari 2024. Tetapi pengecualian tol percuma ini dikenakan kepada plaza tol di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Tol Tanjung Kupang, Johor Darul Takzim.



Tol percuma terhad kepada kenderaan kelas 1

Bagaimanapun, tol percuma ini tidak boleh dinikmati oleh semua pengguna lebuhraya kerana ia terhad kepada kenderaan persendirian Kelas 1 sahaja. Ini bermakna, pemandu teksi, bas dan lori yang dikategorikan dalam kelas 4 dan kelas 5, perlu membayar tol seperti biasa.

Sekali lagi kita umumkan tol percuma sempena sambutan Tahun Baharu Cina

Selamat merancang perjalanan di mana jua destinasi yang ingin dituju.

Pandu cermat pic.twitter.com/6MQxYLn2E4

— Kementerian Kerja Raya Malaysia (@moworksmy) February 7, 2024

Pelaksanaan tol percuma ini dilihat sangat berbeza dengan tawaran tahun lepas, iaitu ketika Hari Raya, Hari Deepavali dan Hari Krismas. Ini kerana pemberian tol percuma tahun lepas diberikan kepada semua jenis kenderaan.



Tetapi lori dijangka tidak akan berada di lebuhraya untuk 2-hari pemberian tol percuma ini kerana Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengenakan larangan kepada kenderaan kelas 2 dan kelas 3 dalam tempoh 2-hari ini.

Tiada tol percuma pulang

Selain itu, tol percuma ini hanya diberikan sebelum perayaan Tahun Baru Cina iaitu Sabtu dan Ahad (9 & 10 Februari). Tiada tol percuma pada atau selepas perayaan, untuk mereka yang mahu pulang dari kampung ke kediaman masing-masing.

Perlu diingatkan, pengguna lebihraya masih perlu menggunakan kad Touch n Go di plaza tol atau mengimbas RFID di laluan berkaitan sepanjang tempoh tol percuma ini. Tiada bayaran akan dikenakan.

Pengguna juga dinasihatkan untuk keluar dari lebuhraya jika tidak sempat sampai di destinasi sebelum pukul 11.59 malam pada 9 Februari, untuk menikmati kadar tol percuma. Jika keluar lebuhraya dan melalui plaza tol selepas tempoh tol percuma, pengguna perlu membayar harga penuh perjalanan.

[Sumber: Alexander Nanta Linggi]

Bacaan Berkaitan

  • Tol percuma tamat 12 tengah malam, guna cara ini elak bayar tol mahal lepas tengah malam
  • Dua hari tol percuma sempena Deepavali mulai esok
  • Dua hari tol percuma sempena perayaan Krismas, jangan tersilap hari
Tags: Alexander Nanta LinggiKementerian Kerja RayaTahun Baru CinaTol percuma
Najib

Najib

POPULAR

Tol percuma diumum dua hari sebelum Tahun Baru Cina, bukan untuk semua kenderaan

Tol percuma diumum dua hari sebelum Tahun Baru Cina, bukan untuk semua kenderaan

7 February 2024
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN