• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PLUS: Anda boleh pandu di lorong kecemasan jika ada SMART LANE

  • OLEH Najib
  • 11:34 am
  • 11/02/2024
  • Komen
PLUS: Anda boleh pandu di lorong kecemasan jika ada SMART LANE
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) sewaktu musim perayaan atau cuti umum, pasti anda tahu kesesakan yang berlaku walaupun di lebuhraya. Tetapi tahu tak, anda boleh memandu di lorong kecemasan di lebuhraya PLUS di tempat-tempat tertentu?

Ramai yang tidak tahu tentang keistimewaan yang disediakan PLUS ini. Sewaktu musim perayaan atau cuti umum, PLUS ada mengaktifkan Smart Lane.



Apa itu Smart Lane di PLUS?

Pengaktifan Smart Lane di Lebuhraya PLUS

Fungsi Smart Lane adalah satu inisiatif yang diperkenal mulanya sebagai ujian di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) pada 2019 untuk mengatasi kesesakan antara tol Setia Alam dan tol Shah Alam di waktu puncak. Pada waktu itu, semua laluan termasuk lorong kecemasan akan dibuka untuk kegunaan trafik bagi membantu melancarkan perjalanan trafik dan mengurangkan kesesakan sehingga 30 ke 40 peratus.

Selepas ujian tersebut, pengaktifan Smart Lane telah diluaskan ke lebih banyak tempat di sepanjang lebuhraya PLUS dan ini sangat membantu di tempat yang hanya ada dua lorong sahaja. Anda boleh mengetahui kawasan yang terlibat jika ada papan tanda kuning bertulis “PENGAKTIFAN SMART LANE” seperti gambar di atas.



Cara menggunakan Smart Lane di Lebuhraya PLUS

Laluan Smart Lane TAMAT di sini

Laluan Smart Lane hanya diaktifkan di beberapa tempat dan jarak di lebuhraya PLUS. Semasa memandu, pastikan anda melihat pada papan tanda kuning PENGAKTIFAN SMART LANE, yang menunjukkan tempat laluan bermula serta masa ia bermula dan tamat.

Untuk menggunakan Smart Lane, pergi ke lorong paling kiri atau lorong kecemasan dengan selamat. Antaranya memastikan tiada kenderaan menghampiri dan menggunakan lampu signal untuk menukar lorong. Apabila berada di Smart Lane, sentiasa peka dengan kelajuan kenderaan serta kenderaan yang akan keluar atau masuk ke laluan.

Selain itu, Smart Lane yang menggunakan lorong kecemasan lebih sempit dari laluan biasa. Berhati-hati dengan kenderaan besar yang berada di lorong kiri dan mungkin termasuk ke sebahagian laluan Smart Lane.

Paling penting, kena tahu di mana laluan Smart Lane akan Tamat. Apabila telah sampai di garis Tamat Smart Lane, anda perlu masuk semula ke kanan untuk laluan biasa lebuhraya. Jarak Smart Lane yang disediakan sekitar 400 meter ke 10km. PLUS juga telah berkongsi video seperti di bawah tentang cara-cara menggunakan Smart Lane.

Ha! Korang tahu tak apa itu SMART LANE?🤔 Pernah guna tak? 🤨 Jom layan video ni untuk tahu apa itu SMART LANE dan tips penggunaan SMART LANE 😁

Kalau dah tahu, pastikan anda amalkan pemanduan berhemah seperti berikut:-

🚗 Patuhi lorong secara konsisten dan elakkan kerap… pic.twitter.com/f7xauTzQd9

— PLUS Malaysia Berhad (@plus2u) February 9, 2024

14 laluan Smart Lane sempena Tahun baru Cina 2024

Untuk Tahun Baru Cina 2024, PLUS telah mengaktifkan sebanyak 14 tempat Smart Lane dari Pulau Pinang sehingga Johor. Berikut adalah senarai lokasi Smart Lane di PLUS:

  1. Bukit Tambun hingga Plaza Tol Juru (KM150.9 hingga KM150.5 -Arah Utara) 400m, 8–9 Februari 2024, 2.00 petang – 7.00 petang
  2. Bandar Cassia hingga Hentian Sebelah Sg Bakap (KM155.3 hingga KM156.0 – Arah Selatan) 700m, 17–18 Februari 2024, 2.00 petang – 7.00 petang KENYATAAN MEDIA
  3. Gua Tempurung hingga Gopeng (KM306.7 hingga KM297.0 – Arah Utara) 9.7km, 8-13 Februari 2024, 10.00 pagi – 6.00 petang
  4. Slim River hingga Sungkai (KM367.3 hingga KM354.0 – Arah Utara) 13.3km, 8-13 Februari 2024, 10.00 pagi – 6.00 petang
  5. Sungkai (354.0 hingga KM356.0 – Arah Selatan) 2.0km, 11-13 Februari 2024, 10.00 pagi – 6.00 petang
  6. Kawasan Rehat & Rawat Rawang hingga Sg. Buaya (439.5 hingga KM435.5 – Arah Utara) 4.0km, 8-13 Februari 2024, 9.00 pagi – 7.00 petang
  7. Susur Keluar Petron, NKVE hingga Subang (KM11.2 hingga KM13.3 – Arah Utara) 2.1km, Setiap hari kecuali Sabtu, Ahad dan Cuti Umum, 6.30 pagi – 9.30 pagi
  8. Nilai hingga R&R Seremban (KM280.0 hingga KM276.0 – Arah Selatan) 4.0km, 8-13 Februari 2024, 8.00 pagi – 7.00 petang
  9. Restoran Jejantas USJ hingga Seafield (KM6.1 hingga KM8.1 – Arah Utara) 2.0km, 8-13 Februari 2024, 8.00 pagi – 7.00 petang
  10. Port Dickson hingga Seremban (KM260.0 hingga KM263.1 – Arah Utara) 3.1km, 8-12 Februari 2024, 11.00 pagi – 10.00 malam
  11. Air Keroh hingga Hentian Sebelah Kg. Bemban (KM194.5 hingga KM184.0 – Arah Selatan) 10.5km, 8-13 Februari 2024, 2.00 petang – 6.00 petang
  12. Kulai hingga Senai (KM27.0 hingga KM19.0 Arah Selatan) 8km, 8-18 Februari 2024, 8.00 pagi – 6.00 petang
  13. Senai hingga Kulai (KM19.0 hingga KM27.0 – Arah Utara) 8km, 8-18 Februari 2024, 8.00 pagi – 6.00 petang
  14. Dato Onn hingga Pasir Gudang (KM4.5 hingga KM1.9 Arah Selatan) 2.6km, 8-13 Februari 2024, 9.00 pagi – 7.00 petang

Pastikan anda mengamalkan pemanduan yang selamat di sepanjang perjalanan, terutama di musim perayaan dan mematuhi had kelajuan. Rancang perjalanan dan pastikan baki kad Touch n Go, serta di eWallet dan RFID mencukupi untuk mengelakkan sebarang gangguan di plaza tol. Untuk pemandu kenderaan elektrik (EV), semak tips perjalanan jarak jauh EV yang disediakan rakan kami di SoyaCincau.

[Sumber: PLUS]

Bacaan Berkaitan

  • Tol percuma diumum dua hari sebelum Tahun Baru Cina, bukan untuk semua kenderaan
  • Lebuhraya MEX: Bayar tol guna kad kredit, Samsung Pay atau Apple Pay lagi cepat dari Touch n Go?
  • Bayar guna kad debit/kredit di tol tak selaju macam Touch n Go, tapi ada kelebihannya
Tags: plusSmart LaneTahun Baru Cina
Najib

Najib

POPULAR

PLUS: Anda boleh pandu di lorong kecemasan jika ada SMART LANE

PLUS: Anda boleh pandu di lorong kecemasan jika ada SMART LANE

11 February 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER