• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Malaysia akan jadi tapak pertama pelancaran Realme 12+ 5G

  • OLEH Najib
  • 5:14 pm
  • 14/02/2024
  • Komen
Malaysia akan jadi tapak pertama pelancaran Realme 12+ 5G
Share on FacebookShare on Twitter

Jika Samsung dan Apple sering dilihat seteru utama di peringkat telefon flagship, Xiaomi dan Realme pula sering berlawan untuk takhta telefon pintar kelas pertengahan. Tidak lama lagi, Realme mahu mencabar siri Redmi Note 13 oleh Xiaomi dengan melancarkan siri baru untuk telefon pintar kelas pertengahan mereka, Realme 12.

Bagaimanapun, khabar terbaru yang diutus oleh Realme Malaysia menyatakan bahawa mereka akan melancarkan satu model Realme 12 tidak lama lagi, iaitu Realme 12+ 5G. Ini adalah pertama kalinya, Realme menggunakan nama ‘+’ untuk siri bernombor mereka. Bagaimanapun, tidak dijelaskan lagi di manakah kedudukan Realme 12+ di dalam keluarganya.



Tambah Realme lagi, Malaysia akan menjadi salah satu pasaran pertama Realme 12+ dilancarkan di dunia. Tema yang dibawakan untuk Realme 12+ ini adalah, telefon pintar vlogging terbaik.

Realme 12+ mirip Realme 11 Pro+?

Maklumat tentang spesifikasi Realme 12+ masih sukar ditemui, selain dari laporan ia ditemui di pangkalan data TENAA awal bulan ini. Di TENAA, Realme 12+ dikesan memiliki nombor model RMX3867 dan menggunakan cipset Mediatek Dimensity 7050, serupa dengan Realme 11 Pro dan Realme 11 Pro+. Selain itu, ia menjalankan sistem operasi Android 14, dijangka menggunakan antaramuka Realme UI 5.0 di atasnya.



Realme 12+ di TENAA dan SIRIM

Di Malaysia, Realme 12+ 5G telah lulus pengiktirafan SIRIM sejak 11 Januari 2024. Malah, turut kelihatan Realme 12 Pro+ 5G tersenarai di SIRIM sejak 26 Disember 2023. Tidak mustahil, kita akan melihat dua model Realme 12 dilancar di Malaysia tidak lama lagi.

Spesifikasi Realme 12+

Tetapi ada perkara yang telah pasti tentang Realme 12+ kerana Realme Malaysia sendiri telah mendedahkannya. Ia hanyalah tentang kamera utama, yang menggunakan sensor terbaru Sony LYT-600 50MP.

Sensor ini memiliki autofokus semua piksel dengan saiz sensor agak besar berukuran 1/1.95-inci, bersamaan jarak fokal 26mm. Di samping itu, Realme menerapkan fungsi pengimejan tercanggih untuk kamera ini, seperti SuperOIS dan NightEye Engine.

SuperOIS menjadikan tangkapan gambar lebih stabil, dengan peningkatan kestabilan sehingga 40% berbanding OIS biasa. Ini membolehkan ia menangkap gambar yang bergerak pantas lebih mudah dan tajam.

NightEye Engine pula merupakan pemproses gambar yang menggunakan pemprosesan ‘lossless’ dalam RAW untuk mengekalkan ketelitian gambar. Dalam suasana malap pula, ia meningkatkan nisbah signal-ke-hingar sebanyak 14% supaya gambar dan video yang ditangkap lebih jelas dan menarik.

Bunyinya memang hebat, tetapi adakah penggunaannya kelak sebaik apa yang diperkatakan? Selain itu, Realme Malasyia turut mengesahkan bahawa Realme 12+ akan menggunakan rekaan mewah Realme 12 Pro+ yang mendapat sentuhan pakar jam tangan mewah Ollivier Savéo. Pendek kata, kita akan melihat rekaan yang serupa pada Realme 12+ nanti.

Realme 12 Pro+ dengan sentuhan pakar rekaan jam mewah

Realme 12 Pro dan Realme 12 Pro+ telah dilancar di India, masing-masing dikuasakan cipset Snapdragon 6 Gen 1 serta Snapdragon 7s Gen 2. Kedudukan Realme 12+ dilihat berada di bawah Realme 12 Pro dan harganya di Malaysia dijangka di bawah RM1,500.

Semua perkara ini akan dapat kita ketahui lebih jelas semasa pelancarannya. Nantikan perkembangan terbaru dari semasa ke semasa di SoyaCincau.

Berita Berkaitan

  • Realme 12 Pro dilancar, dikuasakan Snapdragon 6 Gen 1 dengan kamera potret telefoto
  • Realme 12 Pro+ diperkenal dengan Snapdragon 7s Gen 2, telefon termurah ada kamera periskop
  • Berbaloi ke beli Realme 11 Pro berbanding Realme 11 5G? Ini jawapannya
Tags: Realmerealme 12Realme 12 plus
Najib

Najib

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Malaysia akan jadi tapak pertama pelancaran Realme 12+ 5G

Malaysia akan jadi tapak pertama pelancaran Realme 12+ 5G

14 February 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER