• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tempah Realme 12 Pro+ 5G, percuma fon putik & jam pintar bernilai RM799

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 7:01 pm
  • 16/02/2024
  • Komen
240216 Realme 12 Pro+ Tempahan
Share on FacebookShare on Twitter

Secara rasminya Realme mengumumkan akan melancarkan siri Realme 12+ dan 12 Pro+ untuk pasaran Malaysia pada 29 Februari ini. Seiring dengan pelancarannya, tempahan awal untuk telefon pintar itu turut dibuka kepada umum.

240216 Realme 12 Tempahan

Dengan deposit RM12, anda boleh membuat tempahan awal eksklusif untuk Realme 12 Pro+ 5G. Lebih menarik lagi, setiap tempahan awal yang dibuat dari 16 hingga 29 Februari 2024, anda akan menerima hadiah bernilai RM799.



Promosi tempahan awal

Harga sebenar untuk Realme 12 Pro+ 5G masih belum diumumkan buat masa ini. Namun bagi yang berminat untuk mendapatkan telefon pintar itu, dengan deposit RM12 sahaja, melayakkan anda mendapat hadiah bernilai sehingga RM799, seperti:

  • Fon putik Techlife X60
  • Jam pintar Techlife T17C
  • 1- tahun lanjutan waranti
240216 Realme 12 Pro+ Tempahan

Tempahan awal dengan deposit RM12 boleh dilakukan di kedai jenama Realme seluruh negara bermula 16 sehingga 29 Februari. Manakala bermula 1 Mac pula, lengkapkan pembelian anda dengan membuat baki bayaran dan menerima Realme 12 Pro+ serta hadiah bernilai RM799.



Spesifikasi Realme 12 Pro+ 5G

Rekaan Realme 12 Pro+ adalah diilhamkan dari jam tangan mewah terutama pada bahagian bulatan modul kameranya yang hadir dengan rekaan ‘crown’ pada jam. Ia turut dikenakan kemasan kulit pada bahagian panel belakang dan dihiasi dengan jalur sulaman di tengah, hasil kerjasama dengan pakar jam tangan mewah antarabangsa, Ollivier Saveo.

Paparannya adalah jenis melengkung menggunakan panel AMOLED berukuran 6.7-inci pada resolusi HD Penuh. Panel ini turut menyokong kadar penyegaran 120Hz dengan kecerahan puncak pada 950 nits, serta mempunyai warna gamut 100% DCI-P3 dan tahap PWM setinggi 2160Hz.

Berada dalam kelas pertengahan, ia diperkasa cip Snapdragon 7s Gen 2 yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman seluas 256GB. Realme 12 Pro+ menjalankan sistem operasi Realme UI 5.0 berasaskan Android 14.

Perbezaan utama antara model biasa dengan model Pro adalah pada sistem pengimejannya. Realme 12 Pro+ menggunakan kamera periskop telefoto 64MP memanfaatkan sensor OmniVision OV64B. 

Ia membolehkan zum optikal sehingga 3x dan zum digital 120x, serta menggunakan salutan lensa yang didakwa Realme ada pantulan ultra rendah. Dua lagi kamera adalah kamera utama 50MP yang memiliki sokongan OIS dan juga kamera ultra lebar 8MP. Bagi swafoto, di tengah skrin terdapat lubang yang menempatkan kamera hadapan 32MP. 

Kapasiti bateri yang dimuatkan adalah sama seperti model bukan plus, iaitu 5,000mAh dengan pengecasan pantas SuperVOOC sama pada 67W.  Ciri lain pada telefon pintar keluaran Realme itu adalah speaker stereo dengan sokongan Dolby Atmos, pengimbas cap jari di dalam skrin, serta menyokong ciri sambungan seperti Bluetooth 5.2, WiFi 6, dan 5G.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Realme 12 Pro+ di sini.

Bacaan berkaitan:

  • Tempahan awal Realme 12+ 5G dibuka, deposit hanya RM12
  • Realme 12 Pro+ diperkenal dengan Snapdragon 7s Gen 2, telefon termurah ada kamera periskop
  • Realme 12 Pro dilancar, dikuasakan Snapdragon 6 Gen 1 dengan kamera potret telefoto
Tags: Realmerealme 12realme 12 pro+Realme 12+
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
240216 Realme 12 Pro+ Tempahan

Tempah Realme 12 Pro+ 5G, percuma fon putik & jam pintar bernilai RM799

16 February 2024
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER