• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home OS Android

Android 15 Developer Preview: Apa yang baharu dan siapa boleh guna?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:34 pm
  • 19/02/2024
  • Komen
Android 15 Developer Preview: Apa yang baharu dan siapa boleh guna?
Share on FacebookShare on Twitter

Pembangun Android, Google, telah mengumumkan edisi previu pembangun untuk Android 15 di laman rasmi mereka. Ia boleh mula digunakan oleh peranti-peranti Android tertentu.

Apa yang baharu dengan Android 15?

Tapi sebelum itu, mungkin anda berminat ingin mengetahui apa yang baharu dengan Android 15. Ramai pemerhati mengatakan yang versi terbaharu ini tidak membawakan perubahan drastik pada sudut estetik sebaliknya lebih kepada kerangka asas sistem operasi.



Salah satunya adalah naik taraf pada aspek keselamatan dan kerahsiaan. Sistem Privacy Sandbox telah diperbaharui dengan mengenakan akses lebih ketat akses laman web kepada data pengguna bagi tujuan pengiklanan. Kemudian, lebih banyak API telah diperkenal supaya pembangun aplikasi boleh mengoptimumkan produk masing-masing pada segi prestasi dan kecekapan tenaga terutamanya yang perlu berjalan di bahagian latar.

Aplikasi pihak ketiga juga kini boleh mengakses komponen kamera dengan lebih mendalaman. Ynag bakal beroleh manfaat ketara adalah seperti aplikasi media sosial yang memerlukan pengguna menangkap gambar ataupun video terus menggunakan solusi dalam aplikasi itu sendiri.



Pengguna peranti boleh lipat pula tidak dilupakan. Android kini boleh menangani pelbagai resolusi paparan dengan lebih bijak dan ciri multitetingkap yang lebih cekap bakal mempertingkat produktiviti. Contohnya, satu ikon boleh lancarkan dua aplikasi sekali gus dan disusun mengikut tetapan secara automatik.

Siapa yang boleh guna Android 15?

Buat yang berminat untuk melihat bahagimana rupa ataupun menggunakan Android 15 ada beberapa cara yang boleh mereka gunakan. Senarai peranti Pixel berikut boleh mula menggunakan Android 15 Developer Preview dengan cara pemasangan manual menerusi aplikasi Android Flash Tool.

  • Pixel 6 and 6 Pro
  • Pixel 6a
  • Pixel 7 and 7 Pro
  • Pixel 7a
  • Pixel Fold
  • Pixel Tablet
  • Pixel 8 and 8 Pro

Sekiranya anda tiada apa-apa peranti yang menyokongnya, Android 15 Developer Preview boleh dijalankan di komputer menggunakan Android Emulator.

Versi penuh Android 15 dijangka disebarluaskan seawal Julai 2024 pada peranti Google Pixel terlebih dahulu. Anda boleh layari laman rasmi Android untuk maklumat lanjut.

Sumber: Google, pemuka

Tags: androidandroid 15
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Android 15 Developer Preview: Apa yang baharu dan siapa boleh guna?

Android 15 Developer Preview: Apa yang baharu dan siapa boleh guna?

19 February 2024
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

28 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN