• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Harga baru Realme C67 lebih murah, ada kamera 108MP dengan zum dalam sensor

  • OLEH Najib
  • 7:50 pm
  • 26/02/2024
  • Komen
Harga baru Realme C67 lebih murah, ada kamera 108MP dengan zum dalam sensor
Share on FacebookShare on Twitter

Baru sahaja dilancar sebulan yang lepas, hari ini Realme mengumumkan penurunan harga untuk telefon pintar Realme C67. Ia digelar sebagai telefon juara kerana menampilkan prestasi hebat dalam kelasnya, di samping storan besar dan sokongan zum kamera dalam sensor.

Potongan harga sehingga RM100

Harga baru Realme C67 yang lebih murah ini melibatkan kedua-dua varian yang dilancar bulan lepas iaitu:



  • Realme C67 (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM799 RM729
  • Realme C67 ((RAM 8GB + Storan 256GB) – RM899 RM799

Peminat boleh membeli Realme C67 dengan harga baru ini menerusi Lazada dan Shopee.

Spesifikasi Realme C67

Realme C67 dilengkapi skrin LCD sebesar 6.72 inci, dengan resolusi 1080×2400 FHD+ dan kadar penyegaran 90Hz serta kecerahan sehingga 950 nits, yang melancarkan penggunaan di bawah cahaya matahari.



Atas papan utama, ia diperkasa cipset Snapdragon 685 6nm, bersama pilihan storan 128GB atau 256GB. Tambahan memori luaran sehingga 2TB juga tersedia. Ia menjalankan sistem operasi Realme UI berasaskan Android 14.

Untuk fotografi, kamera utamanya menawarkan sensor 108MP f/1.75 yang dilengkapi teknologi 3x In-sensor Zoom, malah dikatakan sebagai telefon pintar yang pertama dalam kelasnya yang menawarkan teknologi ini. Ia juga dilengkapi kamera hadapan 8MP f/2.05.

Bagi memberikan hasil video yang lebih stabil dan mengurangkan efek bergegar, Realme C67 juga dilengkapi dengan EIS (Electronic Image Stabilization).

Tenaga Realme C67 disalur daripada bateri berkapasiti 5,000 mAh dan ia menyokong pengecasan pantas SUPERVOOC 33W. Ciri-ciri lain yang ada termasuk stereo speaker, NFC, Bluetooth 5.0, Sensor jarak, sensor cahaya, sensor pecutan dan Giroskop.

Realme C67 juga menawarkan fungsi eksklusif Kapsul Mini 2.0. Ia amat mirip dengan ciri Dynamic Island yang terdapat di Apple iPhone 15 Pro Max, iaitu membesarkan ruang gelap kamera hadapan dan memaparkan pelbagai notifikasi pada bahagian atas skrin. Realme adalah jenama Android pertama dengan ciri ini di telefon pintar.

Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai Realme C67, boleh tonton video di bawah:

[Sumber: Realme]

Bacaan Berkaitan

  • Realme C67 bakal dilancar Januari 2024, pertama dengan Snapdragon & kamera utama 108MP
  • Harga Realme C67 dengan Snapdragon bawah RM900, percuma fon telinga
  • Realme C51 kini lebih murah, harga baru bawah RM500
Tags: RealmeRealme C67
Najib

Najib

POPULAR

Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

13 January 2026
AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

24 December 2025
Harga baru Realme C67 lebih murah, ada kamera 108MP dengan zum dalam sensor

Harga baru Realme C67 lebih murah, ada kamera 108MP dengan zum dalam sensor

26 February 2024
TNG Digital lancar EPOS360, sokong Tap-to-Pay TNG eWallet & DuitNow QR dalam satu terminal

TNG Digital lancar EPOS360, sokong Tap-to-Pay TNG eWallet & DuitNow QR dalam satu terminal

16 January 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER