Pakar jam pintar dan kecergasan, Garmin hari ini mengumumkan kedatangan jam pintar yang direka untuk wanita, Garmin Lily 2. Ia meneruskan kesinambungan rekaan Garmin Lily buat kaum hawa dalam saiz kecil molek tetapi lengkap dengan ciri-ciri pintar serta pemantau kesihatan.
Garmin Lily 2 kini hadir dalam dua model, Lily 2 dan Lily Classic. Kedua-duanya menampilkan rupa yang elegan dengan rekaan diberi nafas baru. Antaranya badan jam diperbuat daripada besi, antaramuka terselindung serta warna lebih bergaya.
Harga Garmin Lily 2
Terdapat enam warna disediakan untuk siri Garmin Lily 2 dan semuanya ada ditawarkan di Malaysia iaitu:
- Lily 2 Silicone Band (Cream Gold Coconut) – RM1,290
- Lily 2 Silicone Band (Metallic Lilac) – RM1,290
- Lily 2 Nylon Band (Cream Gold Coffee) – RM1,450
- Lily 2 Nylon Band (Silver Sage Gray) – RM1,450
- Lily 2 Leather Band (Dark Bronze Mulbery) – RM1,550
- Lily 2 Leather Band (Cream Gold Tan) – RM1,550
Ia boleh dibeli sekarang dan ada dijual di kedai jenama Garmin, AECO e-store, Lazada dan Shopee, serta di semua pengedar sah Garmin di Malaysia.
Spesifikasi Garmin Lily 2
Garmin menampilkan rupa model di Lily 2 dengan badan jam diperbuat daripada aluminium serta corak unik pada kaca jam. Rekaan yang kecil molek dan nipis, menjadikannya sangat sesuai untuk digayakan oleh wanita sebagai aksesori fesyen.
Paparan di Lily 2 hanyalah monokrom dengan 16 tahap kelabu, tetapi sangat cerah dan jelas kelihatan. Ia hadir dengan tiga pilihan tali jam pelbagai warna, antaranya kulit Itali, nilon dan silikon. Tali ini boleh ditukar ganti dengan mudah dan tali jam boleh dibeli berasingan.
Garmin menerapkan pelbagai fungsi pintar dan pemantau kesihatan ke dalam Lily 2, antaranya Body Battery untuk melihat tahap tenaga pengguna setiap hari, Sleep Score untuk memantau kualiti tidur, serta Fitness Tracking untuk pelbagai maklumat aktiviti kecergasan.
Pengguna pasti terasa lebih bertenaga setiap hari dengan Lily 2. Fungsi ‘Morning Report’ menyediakan laporan tentang kualiti tidur pengguna serta ramalan cuaca. Ia juga ada ciri meditasi untuk membantu pengguna merehatkan minda jika berasa tertekan.
Khas untuk wanita, ia turut dilengkapi fungsi pemantauan kitaran haid dan mengandung, serta panduan pemakanan dan aktiviti kecergasan. Hayat bateri di Lily 2 mampu memberi tenaga sehingga 5 hari.
Sebagai jam pintar, Garmin Lily 2 boleh dipautkan ke telefon iOS dan Android. Ia boleh menerima notifikasi dari telefon seperti email, SMS dan lain-lain. Pemasangan aplikasi Garmin Connect di telefon dapat menyediakan lebih banyak penerangan maklumat kesihatan dan kecergasan, serta membuat tetapan untuk jam pintar..
Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Garmin Lily 2.
Bacaan Berkaitan
- Garmin Lily, jam kecergasan pertama mampu pantau kitaran haid dan kehamilan
- Vivoactive 5, jam pintar AMOLED termurah Garmin lengkap dengan pemantau kesihatan dan kecergasan
- Garmin lancar Venu 3 & Venu 3S, jam pintar pemantau kesihatan dan kecergasan, dengan fungsi panggilan terbina
- Forerunner 165, skrin AMOLED dan muzik termurah untuk jam kecergasan Garmin