• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

ShopBack PayLater, perkhidmatan beli sekarang bayar kemudian ditamatkan, anda perlu tahu ini

  • OLEH Najib
  • 9:00 pm
  • 01/03/2024
  • Komen
ShopBack PayLater, perkhidmatan beli sekarang bayar kemudian ditamatkan, anda perlu tahu ini
Share on FacebookShare on Twitter

ShopBack Malaysia kini mengumumkan bahawa perkhidmatan beli sekarang bayar kemudian (BNPL) mereka yang dipanggil ShopBack Paylater, akan ditamatkan akhir bulan Mac ini. Sehubungan itu, pengguna ShopBack Malaysia telah dimaklumkan tentang penamatan ini menerusi emel.

Dalam notis tersebut, ShopBack PayLater yang menawarkan perkhidmatan ansuran mudah sehingga 3 bulan, tidak lagi disediakan mulai hari Jumaat, 22 Mac 2024. Bagaimanapun, pengguna ShopBack akan terus menerima pulangan tunai apabila membeli-belah dan membayar perkhidmatan lain termasuk ShopBack Pay (membayar penuh) serta pulangan tunai atas talian. Tambah Shopback, semua pulangan tunai yang terkumpul dari transaksi terdahulu termasuk PayLater, akan terus tersedia untuk digunakan atau dikeluarkan ke akaun bank pengguna.



Notis penamatan ShopBack PayLater

Jika anda pengguna ShopBack PayLater sedia ada dengan rekod pembayaran yang baik, pilihan pembayaran PayLater masih tersedia sehingga 21 Mac 2024. Perkhidmatan BNPL akan dihentikan berkuatkuasa pukul 12 tengah malam pada 22 Mac 2024. Tetapi pengguna masih boleh membayar dan menerima ganjaran menerusi ShopBack Pay pada semua rakan niaga mereka.

Walaubagaimanapun, pengguna yang tidak pernah mengaktifkan atau menggunakan ShopBack PayLater, tidak akan dapat menggunakan perkhidmatan BNPL ini serta merta.



Baki ansuran boleh dibayar seperti biasa

Semua baki ansuran yang tertunggak masih perlu dibayar mengikut masanya selepas 22 Mac 2024. ShopBack menasihatkan pengguna untuk memastikan cara pembayaran yang sah disimpan di akaun ShopBack untuk mengelakkan caj lewat untuk bayaran tertunggak. Pengguan juga boleh memilih untuk melangsaikan baki pembayaran lebih awal dengan memilih “Pay Now”.

Di ruangan soalan lazim (FAQ) ada menyebut, pengguna hanya boleh membuang semua kad pembayaran lalai setelah ansuran PayLater dibayar sepenuhnya. Anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai perkara ini di FAQ ShopBack PayLater Discontinuation.

ShopBack PayLater ketika dilancar di Malaysia

PayLater turut ditamatkan di Singapura

ShopBack PayLater telah dilancar di Malaysia pada Julai 2022 sebagai sebahagian dari langkah perubahan, membenarkan pengguna membuat bayaran secara 3 kali ansuran tanpa faedah. Perkhidmatan BNPL telah diperkenal selepas ShopBack mengambilalih Hoolah pada bulan November 2021.

Selain di Malaysia, perkhidmatan PayLater juga telah ditamatkan di Singapura. Menurut The Business Times, ShopBack menyatakan bahawa penamatan PayLater adalah sebahagian dari semakan berkala unit perniagaannya. Ia menambah bahawa keputusan untuk menghentikan PayLater di Singapura dan Malaysia didorong oleh tumpuan strategik mereka terhadap model perniagaan mampan dengan potensi kukuh untuk pertumbuhan.

[Sumber: SoyaCincau]

Bacaan Berkaitan

  • ShopBack PayLater, perkhidmatan bayar kemudian secara ansuran 0% faedah dilancar dan logo baru ShopBack diperkenal
  • Pihak berkuasa sedang pantau insiden kebocoran data peribadi daripada ShopBack
  • Shopback dan Touch n Go beri tunai kembali setiap bulan
Tags: ShopBackShopBack PayShopBack Paylater
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
ShopBack PayLater, perkhidmatan beli sekarang bayar kemudian ditamatkan, anda perlu tahu ini

ShopBack PayLater, perkhidmatan beli sekarang bayar kemudian ditamatkan, anda perlu tahu ini

1 March 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER