Bose adalah satu nama besar dalam dunia audio, menghasilkan produk audio premium untuk pengguna. Kini Bose mengumumkan, ketibaan fon putik terbuka dan bergaya sambil mengekalkan kualiti bunyi terbaik, Bose Ultra Open Earbuds.
Harga Bose Ultra Open Earbuds
Fon putik baru Bose ini telah dijual di Malaysia mulai 1 Mac 2024. Ia boleh didapati di stor rasmi Bose di Lazada dan Shopee, serta pengedar sah Bose di Malaysia.
Harga rasminya di Malaysia adalah RM1,499. Ia disediakan dalam dua pilihan warna, antara hitam dan putih.
Ini adalah fon putik pertama seumpamanya pernah dihasilkan Bose. Boleh dikatakan, ia jauh berbeza dengan fon putik lain Bose. Mungkin ia kelihatan pelik disebabkan rekaan terbuka dan tergantung di cuping telinga, tetapi rekaan ini telah dilancarkan Huawei lebih awal iaitu Huawei Freeclip.
Ketua Pegawai Produk Bose, Raza Haider menyebut, fenomena bud adalah benar. Oragn ramai mahu mendengar muzik tetapi masih berhubung dengan dunia di sekeliling mereka. Bose membawa penyelesaian untuk kedua-dua dunia iaitu Bose Ultra Open Earbuds. Jadi pengguna boleh menikmati hidup dan muzik, serentak.
Ringan dan mesra kulit
Rekaan Bose Ultra Open Earbuds membolehkan ia digunakan sepanjang masa kerana tidak menutup telinga. Ini membolehkan pengguna mendengar muzik yang digemari sambil mendengar apa yang berlaku di sekeliling dengan jelas. Boleh mendengar podcast sambil menaiki basikal, mendengar nombor giliran semasa menonton video di peranti, atau memainkan lagu senaman semasa berlari dengan rakan.
Bose menjadikan putik ini dengan sudut yang tidak tajam dan kemasan besi terberus tetapi lembut. Ia menjadikan rupanya seperti aksesori fesyen atau anting-anting, bukan sahaja rupa tradisional fon putik. Disebabkan ia digantung di cuping telinga, pengguna masih boleh memakai cermin mata, topi atau apa jua aksesori kemasan kerana ia tidak mengganggu dan menghalang.
Keselesaan penggunannya ditambah lagi dengan pengguna lengan senang lentur khas, diperbuat daripada silikon super lembut yang menghubungkan pembesar suara dan bateri. Jadi ia selesa bersentuhan dengan kulit untuk masa yang lama, di samping sangat ringan untuk melekat ketat di telinga.
Teknologi audio berkualiti tinggi
Sebagai pakar audio, kualiti bunyi pastilah perkara terpenting untuk Bose. Salah satu teknologi penting yang diterapkan adalah OpenAudio. Ia membolehkan bunyi berkualiti disalurkan ke lubang telinga, tetapi tidak didengari oleh orang lain di sebelah.
Gabungan teknologi khusus pemproses signal digital Bose dan IMU terbina di dalam, Bose berjaya membawakan teknologi Bose Immersive Audio untuk memberikan bunyi berkualiti ke telinga pengguna, seumpana mendengar konsert di pentas di kerusi terbaik di tengah dewan. Ia juga menyediakan bunyi 3-dimensi untuk pelbagai lapisan bunyi seperti ada di depan mata. Sekaligus, ia memberikan semua pengguna akses kepada audio spatial.
Bose menyediakan dua pilihan untuk Bose Immersive Audio, antara “Still” atau “Motion”. Mod Still terbaik untuk pengguna jika tidak bergerak atau ke mana-mana, menyediakan bunyi yang tetap kedudukannya. Mod Motion pula menghasilkan bunyi di hadapan pengguna, sesuai untuk pengguna yang bergerak.
Fungsi mudah guna
Di putik sendiri, terdapat butang fizikal yang mudah digunakan. Ini boleh digunakan untuk berhenti, memainkan, melangkau lagu serta mengawal tahap bunyi. Terdapat juga fungsi Auto Volume yang boleh ditetapkan di aplikasi Bose Music, ia secara pintar mengubah tahap bunyi berdasarkan suasana di sekeliling.
Putik Bose Ultra Open Earbuds diiktiraf kalis percikan air dan peluh IPX4. Peminat kecergasan tidak perlu risau menggunakannya ketika berlari atau di gym dan kuat berpeluh. ia boleh dilap dan digunakan semula seperti biasa tanpa gangguan.
Bateri tahan lama
Antara kelemahan fon putik adalah hayat bateri yang pendek, lebih-lebih lagi jika menggunakan fungsi “pass-through” atau telus bunyi. Bagi Bose Ultra Open Earbuds yang memang sedia terbuka dan tidak menutup telinga, ia boleh berfungsi terus dan memberikan masa penggunaan yang jauh lebih panjang.
Dengan cas penuh, pada putik ia boleh digunakan sehingga 7.5 jam jika Bose Immersive Audio dimatikan. Jika ia dihidupkan, boleh digunakan sehingga 4.5 jam. Jika putik dibiarkan di luar bekas pengecas, ia boleh bersedia untuk digunakan sehingga 48 jam.
Bekas pengecas pula memberi masa tambahan sehingga 19.5 jam, atau sehingga 12.5 jam jika Bose Immersive Audio diaktifkan. Bekas pengecas ini mengambil masa 1 jam untuk mengecas penuh. Manakala mengecas putik 10 minit di dalam bekas pengecas, memberikan masa penggunaan sehingga 2 jam.
Kependaman rendah, mudah terhubung
Pengguna Bose Ultra Open Earbuds boleh menjangkakan kependaman rendah kerana ia menampikan suit teknologi Snapdragon Sound, termasuk codec Qualcomm aptX Adaptive. Ia juga boleh memberikan bunyi lossless berkualiti tinggi, di samping rendah kependaman serta sambungan lebih stabil jika dipadankan dengan peranti Android premium yang menyokong teknologi ini.
Pengguna Android juga boleh berhubung dengan fon putik Bose ini dengan mudah kerana ia menyokong Google Fast Pair. Ia juga menyokong sambungan Bluetooth v5.3.
Selain itu, fon putik ini menyokong teknologi Bose SimpleSync. Ini membolehkan ia dipadankan bersama beberapa soundbar pintar dan speaker Bose untuk menikmati lagu lebih mengasyikkan.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai fon putik baru ini, layari laman produk Bose Ultra Open Earbuds.