• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sony WF-1000XM5 Malaysia: Tempahan dibuka dengan hadiah menanti pembeli awal

  • OLEH Hanif Azrai
  • 6:27 pm
  • 25/07/2023
  • Komen
Sony WF-1000XM5 Malaysia: Tempahan dibuka dengan hadiah menanti pembeli awal
Share on FacebookShare on Twitter

Peminat produk audio jenama Sony perlu ambil tahu berita ini. Jenama Jepun itu telah memperbaharui fon putik kegemaran ramai. WF-1000XM5 tampil membawakan beberapa naik taraf menarik beserta kenaikan harga.

Kita mulakan dengan spesifikasi dahulu. WF-1000XM5 dikatakan memiliki prestasi penyaring hingar terbaik Sony setakat ini hasil penggunaan cip penyaring hingar baharu QN2e yang bergandingan dengan cip pemproses V2. Cip-cip ini menggerakkan algoritma penyaring hingar berasaskan AI.



WF-1000XM5 kini menggunakan pemacu audio Dynamic Driver X lebih besar iaitu 8.4mm berbanding 6.0mm pada generasi terdahulu.

Fizikaliti WF-1000XM5 turut mengalami perubahan. Saiz keseluruhannya dilapor kira-kira 25% lebih kecil dan 20% lebih ringin berbanding sebelumnya. Ia katanya akan memberikan lebih keselesaan kepada pemakainya. Saiz bekas penyimpan juga dikecilkan supaya tidak memakan ruang di dalam beg anda.



Daripada segi hayat bateri, dengan satu tangki bateri penuh, ia mampu berikan waktu khidmat selama 12 jam lamanya ataupun 8 jam dengan ciri penyaring hingar dihidupkan. Apabila perlu dicas, ia memerlukan kira-kira 1.5 jam untuk diisi semula.

Buat anda yang berminat untuk mendapatkan WF-1000XM5, harganya dalam pasaran Malaysia adalah RM1,399. Ia RM300 lebih tinggi berbanding XM4 dulu. Promosi tempahan awal daripada Sony Malaysia sedang berjalan. 50 penempah pertama akan menerima kotak misteri percuma, pemegang passport, dan peluang untuk memenangi kamera ZV-1F melalui cabutan bertuah.

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: audiofon putikSonysony wf-1000xm5
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
Sony WF-1000XM5 Malaysia: Tempahan dibuka dengan hadiah menanti pembeli awal

Sony WF-1000XM5 Malaysia: Tempahan dibuka dengan hadiah menanti pembeli awal

25 July 2023
Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

8 April 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

27 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN