• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kelajuan internet mudah alih mesti lebih 7.7Mbps mulai 1 April

  • OLEH Najib
  • 7:28 pm
  • 04/03/2024
  • Komen
Kelajuan internet mudah alih mesti lebih 7.7Mbps mulai 1 April
Share on FacebookShare on Twitter

Mulai 1 April 2024, penyedia perkhidmatan internet mudah alih mesti mematuhi Standard Mandatori Kualiti Perkhidmatan (MSQoS) yang telah dikemas kini. Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, MSQoS yang dikemas kini oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah menetapkan bawah penyedia perkhidmatan jalur lebar wayarles, perlu memastikan purata kelajuan muat turun tidak kurang daripada 7.7Mbps.

Dalam kemaskini MSQoS yang sama juga, Teo berkata, purata kelajuan muat turun ini mestilah tidak kurang daripada 10Mbps mulai tahun depan. Perkara ini dijelaskan apabila menjawab soalan tambahan Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) di Parlimen berhubung strategi kementerian dalam menyelesaikan isu kualiti perkhidmatan rangkaian Internet di seluruh negara khususnya di Kelantan.



@bernamaofficial

Standard mandatori baharu jalur lebar tanpa wayar berkuat kuasa 1 April #BernamaNews #VideoBernama

♬ original sound – bernamaofficial – bernamaofficial

“MSQoS bagi perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar kita telah kemas kini dan ini dibuat sebagai usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan Internet di negara ini. Sebagai contoh, sebelum ini kita tetapkan tidak kurang daripada 90 sampel ujian perkhidmatan itu perlu mencapai kelajuan muat turun pada 2.5Mbps atau lebih tinggi dan apabila berkuat kuasa standard mandatori yang baharu ini, purata kelajuan muat turun tidak boleh kurang daripada 7.7Mbps,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Pada tahun 2021, SKMM telah mencadangkan untuk menetapkan MSQoS jalur lebar tanpa wayar mudah alih tidak kurang dari 2.5Mbps dan jalur lebar tanpa wayar tetap tidak kurang dari 25Mbps. Kelajuan ini mesti dapat digunakan sepanjang 90% masa penggunaan. Peraturan baru 7.7Mbps dan seterusnya 10Mbps sebenarnya masih di takuk rendah 4G LTE, walaupun 5G sudah mencapai 80% liputan di kawasan berpenduduk di Malaysia.



[Sumber: Bernama]

Bacaan Berkaitan

  • Fahmi cadang SpaceX untuk buka pejabat rasmi Starlink di Malaysia
  • Mana rangkaian 5G kedua yang dijanji kerajaan, setelah liputan 5G melebihi 80%
  • SKMM akan terbitkan rangka kerja kawal selia media sosial dalam masa sebulan
  • SKMM minta pandangan orang awam untuk perketat piawaian MSQoS bagi perkhidmatan telekomunikasi
Tags: MSQoSParlimen MalaysiaSKMMTeo Nie Ching
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Kelajuan internet mudah alih mesti lebih 7.7Mbps mulai 1 April

Kelajuan internet mudah alih mesti lebih 7.7Mbps mulai 1 April

4 March 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Siri Oppo Reno 15 tiba di Malaysia dengan kamera 200MP & bateri 7,000mAh, dari RM1,499

Siri Oppo Reno 15 tiba di Malaysia dengan kamera 200MP & bateri 7,000mAh, dari RM1,499

6 January 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER