• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

5 Terbaik: Pelan jalur lebar tetap & 5G untuk dilanggan (2024)

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:10 pm
  • 05/03/2024
  • Komen
5 Terbaik: Pelan jalur lebar tetap & 5G untuk dilanggan (2024)
Share on FacebookShare on Twitter

Topik kali ini adalah broadband ataupun jalur lebar apa yang paling berbaloi untuk anda. Ada sedikit kelainan yang ingin dibawakan pada kategori jalur lebar kali ini. Di dalam artikel saya yang terdahulu, saya senaraikan terus 5 pelan berbaloi. Tapi untuk kali ini, saya senaraikan 5 kategori kegunaan dan untuk setiap kategori ada beberapa saranan yang boleh anda pertimbangkan.

5 kategori yang akan saya kongsikan ialah:



  • Bajet RM100
  • Tonton bola / movie
  • Jalur lebar 2Gbps
  • 5G mudah alih dengan router
  • 5G kad SIM sahaja

Ya, saya gabungkan jalur lebar tetap dan juga yang gunakan 5G kerana banyak telco yang mula tawarkan produk berasaskan 5G untuk kegunaan rumah. Anda dah bersedia? Mari.

1. Bajet RM100

Ini kategori paling ramai yang orang tanyakan. Pada harga serendah RM79 anda boleh dapat pelan 100Mbps daripada U Mobile. 100Mbps cukuplah untuk kegunaan hari ini seperti tonton Netflix pada resolusi UHD dan tampung kegunaan seisi keluarga.



Ya, U Mobile ada tawarkan pelan jalur lebar tetap kerana mereka ada kerjasama dengan Time. Jadinya, kawasan cakupan juga adalah sama. Untuk bajet RM100 biasanya anda dapat sambungan Internet sahaja dan tiada kemudahan panggilan telefon.

Kalau anda perlukan servis panggilan telefon, mungkin anda boleh pertimbangkan Maxis Home Fibre 100Mbps harganya RM89. Pelan ini ada servis Voice Over IP (VOIP) dan anda ia dicaj secara pay-as-you-use. Jangan lupa, RM89/bulan adalah untuk 24 bulan pertama sahaja kerana ada rebat RM10 setiap bulan. Selepas itu, harganya jadi RM99/bulan.

Laman rasmi U Mobile U Home Fibre

Laman rasmi Maxis Home Fibre

2. Tonton Bola / Movie

Kalau anda perlukan sambungan Internet dan servis tambahan yang lain, anda boleh lihat pada pelan combo yang himpunkan perkhidmatan penstriman ataupun TV di dalam langganan. Ada yang gemarkan solusi ini sebab mereka hanya dapat 1 bil dan senang nak failkan penolakan cukai di LHDN.

Tak lain tak bukan, Astro Fibre boleh anda pertimbangkan. Mereka ada pelan Internet 100Mbps yang dikombo sekali dengan Pek Sukan dan Pek Movie pada harga serendah RM169.99. Jadi anda dapat Internet laju dan bolehlah anjurkan sesi tonton perlawanan bola di rumah anda.Ataupun kalau anda kombokan sekali Astro Fibre dengan Pek Movie, harganya adalah RM164.99 yang berikan akses kepada Disney+ Hotstar dan juga HBO GO.

Beza harga antara Astro Fibre 50Mbps + Pek Sukan dengan Astro Fibre 50Mbps + Pek Movie

Tapi ini anda kena beringat, pelan 100Mbps ini adalah promo terhad saja untuk 12 bulan. Promo asalnya adalah 50Mbps ditambah dengan Pek Sukan / Pek Movie tadi. Jadi, anda dapat capaian 100Mbps untuk 12 bulan pertama dan 50Mbps untuk 12 bulan seterusnya.

Kalau malas nak fikir, ambil saja pelan 100Mbps yang berikan anda upgrade percuma ke 500Mbps untuk 24 bulan iaitu sepanjang kontrak. Kalau dah tak best, batalkan saja langganan.

Laman rasmi Astro Fibre

3. Jalur Lebar 2Gbps

Kalau wang bukanlah penghalang, pelan 2Gbps adalah pelan kediaman yang terlaju yang boleh anda dapatkan buat masa ini. Time 2Gbps adalah yang terbaik kerana ia adalah kelajuan 2Gbps sebenar berbanding gabungan 2 sambungan 1Gbps yang aggregat. Harga Time 2Gbps adalah RM379.

Penawaran 2GB daripada Time

Penawaran Unifi 2Gbps lebih murah pada RM319 tapi ia adalah jenis aggregat.

Penawaran 2GB daripada Unifi

Laju 2Gbps ini sesuailah untuk pencipta kandungan ataupun anda ada server canggih yang anda operasikan daripada rumah.

Laman rasmi Time

Laman rasmi Unifi Home

4. 5G dengan Router

Ada pengguna sukakan solusi 5G untuk gantikan jalur lebar tetap. Mereka tak perlu tebuk dinding dan jimat kos pemasangan. Lagipun, router 5G adalah mudah alih dan boleh dibawa kemana-mana dalam rumah untuk isyarat Internet yang lebih kuat.

Untuk sambungan 5G mudah alih yang datang disekalikan dengan router, saya sarankan Yes 5G bukan 1 tetapi ada 2 pelan boleh dipertimbangkan. Yes 5G Gateway RM99 dan Yes 5G Gateway RM99. Dua-duanya serupa harganya tapi satu langganan ada kontrak 12 bulan manakala satu lagi 24 bulan.

Kontrak 12 bulan bolehkan anda beli router 5G pada harga RM299 daripada harga sebenar RM1,199. Kontrak 24 bulan pula bolehkan anda dapat router 5G secara percuma. Kuota 5G diberikan tanpa had manakala 4G pada 150GB. Jadi, pastikanlah anda berada dalam cakupan 5G sentiasa.

Laman rasmi Yes 5G Wireless Broadband

5. 5G kad SIM sahaja

Telefon anda ada slot SIM tambahan dan sokong 5G? Ini adalah kategori terbaik untuk anda. Slot SIM pertama bolehlah anda langgan pelan telco khas untuk panggilan suara manakala slot SIM kedua boleh diperuntukkan kepada kad SIM data 5G.

U Mobile U Home 5G bolehlah anda pertimbangkan untuk pelan SIM 5G sahaja. Harga bulanannya adalah RM68 selepas rebat RM10 yang diberikan setiap bulan. Promo rebat itu ditawarkan sehingga satu tarikh yang belum ditetapkan. FUP untuk U Home 5G adalah 1,000GB dan apabila melangkaui kuota, kelajuan diturunkan kepada 512kbps.

U Home 5G x Sooka VIP adalah pelan yang menarik untuk anda pertimbangkan. Anda dapat sim U Home 5G dan langganan sooka VIP pada harga RM108/bulan. Kalau anda nak langgan secara berasingan, harganya adalah RM84.90.

Sooka VIP bolehkan anda tonton kandungan TV pada resolusi FHD pada 3 peranti termasuklah 1 TV. Kandungan yang boleh anda tonton adalah kandungan hiburan dan sukan. Jadi, anda boleh tonton siaran langsung sukan-sukan utama seperti Premier League, UCL, UFC, WWE, dan banyak lagi.

Laman rasmi U Home 5G

Bacaan berkaitan

5 Terbaik: Laptop bajet RM5,000 untuk produktiviti tertinggi (Disember 2023)

5 Terbaik: TV 65″ bajet RM3,000 untuk ruang tamu anda (November 2023)

5 Terbaik: Jalur Lebar Tetap Paling Berbaloi Untuk Bajet RM150 (Oktober 2023)

5 Terbaik: Jalur Lebar Tetap Paling Berbaloi Untuk Bajet RM150 (Mac 2023)

Tags: 5 terbaik5gastroBroadbandfeatureJalur lebarmaxistelcotimeu mobileUnifiyes 5g
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

5 Terbaik: Pelan jalur lebar tetap & 5G untuk dilanggan (2024)

5 Terbaik: Pelan jalur lebar tetap & 5G untuk dilanggan (2024)

5 March 2024
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

10 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER