• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple lancar MacBook Air 13″ dan 15″ dikuasakan M3, harga bermula RM5,199

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:25 pm
  • 05/03/2024
  • Komen
Apple lancar MacBook Air 13″ dan 15″ dikuasakan M3, harga bermula RM5,199
Share on FacebookShare on Twitter

Apple telah mengumumkan barisan MacBook Air terbaru mereka. Untuk MacBook Air tahun 2024 ini, ia telah dikemas kini dengan cip terbaru M3, cip yang sama terdapat pada model Pro yang diperkenal Oktober tahun lalu. Apple membawakan dua saiz yang serupa untuk MacBook Air M3 terbaru ini dengan bersaiz 13-inci dan 15-inci.

Harga rasmi MacBook Air (M3) 13 dan 15 di Malaysia

Pengguna yang berminat boleh mula mendapatkan MacBook Air 13 dan 15 dikuasakan cip M3 sekarang di stor dalam talian Apple. Seperti biasa, Apple menawarkan MacBook Air terbaru ini dalam beberapa konfigurasi dan yang menariknya, harga permulaan MacBook Air M3 lebih murah berbanding MacBook Air M2 sewaktu ia diperkenal dahulu. Berikut adalah harga rasmi MacBook Air (M3) 13 dan 15 di Malaysia:



MacBook Air 13 M3

  • MacBook Air 13 (M3 CPU 8-teras , GPU 8-teras) RAM 8GB and SSD 256GB – RM5,199
  • MacBook Air 13 (M3 CPU 8-teras , GPU 10-teras) RAM 8GB and SSD 512GB – RM5,999
  • MacBook Air 13 (M3 CPU 8-teras , GPU 8-teras) RAM 16GB and SSD 512GB – RM6,799

MacBook Air 15 M3



  • MacBook Air 15 (M3 CPU 8-teras , GPU 10-teras) RAM 8GB and SSD 256GB – RM6,199
  • MacBook Air 15 (M3 CPU 8-teras , GPU 10-teras) RAM 8GB and SSD 512GB – RM6,999
  • MacBook Air 15 (M3 CPU 8-teras , GPU 10-teras) RAM 16GB and SSD 512GB – RM7,799

Spesifikasi MacBook Air M3 2024

MacBook Air 13 dan 15 terbaru ini kelihatan sama seperti generasi sebelum ini. Ia tampil dengan dimensi dan skrin berukuran 13.6-inci dengan resolusi 2560 X1664 dan 15.3-inci pada relosusi 2880 x 1846. Kedua-dua paparan ini menggunakan panel Liquid Retina dengan kecerahan puncak 500 nits dan sokong 1 bilion warna.

Kemas kini utama pada model terbaru ini sudah tentu pada penggunaan cip Apple M3. Apple memaklumkan ia 60% lebih pantas berbanding cip M1 dan 13x lebih pantas dari MacBook Air dikuasakan cip Intel. Dalam semua barisan MacBook Air terbaru, ia didatangkan dengan cip M3 yang menggunakan CPU 8 teras, GPU 10 teras dan NPU 16 teras, kecuali untuk GPU model MacBook Air asas yang datang dengan GPU 8 teras.

Dari segi hayat bateri, MacBook Air dikuasakan M3 ini dikatakan dapat menawarkan masa penggunaan sehingga 18 jam, sama seperti MacBook Air 15 (M2). Bersama penggunaan cip M3, ia boleh dikonfigurasikan dengan kapasiti RAM sehingga 24GB berserta storan SSD maksimum sehingga 2TB.

Apa yang menarik adalah, MacBook Air M3 terbaru ini boleh menyokong sampai dua output paparan sekali gus semasa laptop berada dalam keadaan tertutup. Sebagai perbandingan, model MacBook Air dikuasakan cip M2 sebelum ini hanya menyokong satu output paparan luar.

Selain itu, sambungan WiFi juga telah dipertingkatkan kepada WiFi 6E, iaitu dua kali lebih pantas dari generasi sebelum ini. MacBook Air terbaru ini turut hadir dengan pengecasan MagSafe, dua port Thunderbolt dan jek audio 3.5 mm disamping kamera FaceTime 1080p, Magic Keyboard dan Touch ID. Ia akan datang lengkap bersama sistem operasi macOS Sonoma.

MacBook Air M3 ini tersedia dalam empat warna iaitu biru gelap, emas, kelabu dan juga perak. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi produk MacBook Air M3.

Bacaan berkaitan

  • Macbook Pro 14 & 16 M3 Malaysia: Harga rasmi lebih murah berbanding Macbook Pro M2
  • Macbook Pro M3 mula dijual di Malaysia, harga dari RM7,499 hingga RM30,700
  • Macbook Pro 14 & 16 lebih berkuasa dengan cip Apple M3, ada warna baru & harga permulaan lebih murah
  • iPad Air, iPad Pro & MacBook Air baharu dijangka tiba bulan Mac atau April?
Tags: appleapple malaysiacip Apple M3MacBookmacbook airMacBook Air M3MacBook Air M3 Malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Apple lancar MacBook Air 13″ dan 15″ dikuasakan M3, harga bermula RM5,199

Apple lancar MacBook Air 13″ dan 15″ dikuasakan M3, harga bermula RM5,199

5 March 2024
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER