• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

Kurma Mentega: Sunnah dan Fakta? Ini kebaikan & kekurangannya

  • OLEH Najib
  • 12:30 pm
  • 14/03/2024
  • Komen
Kurma Mentega: Sunnah dan Fakta? Ini kebaikan & kekurangannya
Share on FacebookShare on Twitter

Kurma dan mentega atau nama inggerisnya ‘butter‘, gabungan dua makanan ini menjadi tular baru-baru ini selepas ada perkongsian di media sosial yang menceritakan keenakan memakan kurma yang disapu mentega padanya. Perkara ini menjadi semakin popular apabila ada hadis yang menyebut Nabi Muhammad SAW menyukai kurma dan mentega.

Kita memang sudah tahu bahawa kurma adalah makanan sunnah dan digalakkan untuk dimakan sewaktu berbuka. Bagaimana pula dengan kurma dan mentega?



Hadis Sahih Kurma dan Mentega

Sebelum itu, mari kita meneliti hadis tersebut:

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْوَزِيرِ، ‏‏‏‏‏‏حَدَّثَنَا الْوَلِيدُ بْنُ مَزْيَدَ، ‏‏‏‏‏‏قَالَ:‏‏‏‏ سَمِعْتُ ابْنَ جَابِرٍ، ‏‏‏‏‏‏قَالَ:‏‏‏‏ حَدَّثَنِي سُلَيْمُ بْنُ عَامِرٍ، ‏‏‏‏‏‏عَنْ ابْنَيْ بُسْرٍ السُّلَمِيَّيْنِ، ‏‏‏‏‏‏قَالَا:‏‏‏‏ دَخَلَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، ‏‏‏‏‏‏فَقَدَّمْنَا زُبْدًا وَتَمْرًا، ‏‏‏‏‏‏وَكَانَ يُحِبُّ الزُّبْدَ وَالتَّمْرَ .

Dari Abdullah ibn Busr dan Atiyyah ibn Busr, mereka berkata: “Rasulullah SAW telah masuk ke rumah kami. Lalu kami menyediakan mentega dan tamar. Baginda menyukai mentega dan tamar.” (Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah, diperakui Sahih oleh Al-Albani)

Hadis ini dinukilkan oleh Imam Abu Daud di dalam kitab Sunan Abi Daud, Kitab Al-At’imah, hadis ke 3828. Hadis ini juga telah diperakui sahih oleh Al-Albani. Jadi, memakan tamar dan mentega adalah sesuatu yang disukai Nabi SAW.



Walaubagaimanapun, tiada penerangan mendalam mengenai hadis ini yang mengaitkannya dengan berbuka puasa, hanya menyatakan Rasulullah SAW suka memakan tamar atau kurma kering, bersama mentega.

@drkamilinjamilin

Ini cara makan kurma yang Rasulullah ﷺ suka~ * Makan berpada-pada jangan berlebihan * Resipi ni bukanlah sunnah yang dituntut, tapi cuma sekadar “fitrah jibilliyah” Nabi ﷺ sebagai insan

♬ original sound – Dr. Kamilin Jamilin – Dr. Kamilin Jamilin

Khasiat Kurma

Kurma merupakan makanan sunnah kerana ia disebut oleh Rasulullah SAW di dalam banyak hadis. Malah, umat Islam digalakkan untuk berbuka dengan memakan kurma.

Kurma adalah sangat digalakkan diambil ketika bersahur dan berbuka.

Dikongsikan khasiat dan kebaikan kurma untuk tubuh badan.

🌙Selamat menjalani ibadah puasa. pic.twitter.com/R9Zymwnxoj

— KKMalaysia🇲🇾🩺❤️ (@KKMPutrajaya) March 12, 2024

Memakan kurma semasa berbuka ada penerangan saintifik yang sangat berguna. Ini kerana kurma mengandungi gula ringkas seperti fruktosa, yang membekalkan tenaga segera. Jadi orang yang berpuasa, boleh kembali bertenaga apabila berbuka dengan kurma, untuk menunaikan ibadah seperti solat tarawih. Selain tenaga segera, kurma juga mengandungi banyak nutrien yang baik untuk badan seperti Vitamin A, B1, B2, B3, potassium, fostofous, kalsium dan zat besi. Kurma juga kaya dengan serat yang membantu proses penghadaman.

Pendek kata, kurma merupakan makanan super yang sarat dengan khasiat yang baik untuk badan. Tetapi kurma juga tinggi dengan gula, oleh itu pesakit diabetes tidak digalakkan memakan kurma dengan banyak.

Khasiat Mentega

Mentega atau ‘butter’ pula adalah salah satu produk yang dihasilkan daripada susu lembu dan memiliki lemak tepu yang masih baik untuk badan. Walaupun nampak serupa dengan marjerin, ia sangat berbeza kerana marjerin adalah bahan yang diproses daripada minyak dan mengandungi lemak trans yang tidak baik untuk badan. Marjerin juga dicipta sebagai alternatif lebih murah untuk mentega.

Tetapi mentega juga ada jenis yang berbeza. Paling baik adalah mentega asli atau ‘pure butter’ yang diperbuat daripada susu lembu sahaja. Ada juga mentega yang ditambah garam untuk menjadi lebih masin berlemak. Anda boleh lihat di bahagian kandungan, lebih sikit senarainya maka lebih asli mentega tersebut.

Cuba teka yang mana mentega dan marjerin, berdasarkan kandungan (ingredient)

Anda juga boleh melihat pada harga untuk mengetahui kualiti mentega tersebut. Mentega asli seperti jenama Anchor dan Lurpak berharga lebih RM10 untuk 250g. Manakala jenama Farm Cow dan Buttercup hanya sekitar RM5.

Sumber

Makan kurma dan mentega

Lemak susu yang menjadi mentega mengandungi karbohidrat ringkas yang baik untuk tenaga masa panjang, berbanding gula. Ramai yang berasa cepat bertenaga di samping kekenyangan tahan lebih lama apabila memakan kurma dan mentega, kerana ia menggandingkan gula ringkas untuk tenaga dan karbohidrat ringkas yang memberi rasa kenyang.

Tetapi mentega mempunyai kandungan kalori yang agak tinggi. Apabila digabungkan kurma dan mentega, ia memiliki sekitar 120 kalori. Jika makan 5 biji, sudah mengumpul kira-kira 600 kalori. Untuk perbandingan, berjalan 10,000 langkah atau 6.5km membakar 380 kalori.

Jadi akhirnya, berpada-padalah bila makan. Rasulullah SAW juga sudah berpesan untuk berhenti makan sebelum kenyang. Kurma sedap sebab manis manakala mentega pula rasa berlemak. Gabungannya memang lazat dimakan sebab lemak manis.

Selain itu, Rasulullah SAW menganjurkan untuk berbuka dengan rutob (kurma basah) atau tamar (kurma kering) atau dengan air. Jika kita mahu mengikut sunnah Nabi SAW yang dicintai, maka makan dengan sederhana, berhenti sebelum kenyang dan berbuka dengan kurma.

Bacaan Berkaitan

  • TIPS: Cara tentukan arah kiblat dengan mudah guna telefon pintar (2024)
  • TIPS: 5 cara paling mudah dan cepat semak waktu berbuka puasa dan sahur (2024)
  • Zakat Fitrah 2024: Ini senarai kadar mengikut negeri dan saluran pembayaran
Tags: butterkurmaramadansahurtamar
Najib

Najib

POPULAR

Kurma Mentega: Sunnah dan Fakta? Ini kebaikan & kekurangannya

Kurma Mentega: Sunnah dan Fakta? Ini kebaikan & kekurangannya

14 March 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER