• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Infinix Note 40 Malaysia: Anda boleh pratempah sekarang pada harga RM898

  • OLEH Putra Aziz
  • 9:53 pm
  • 19/03/2024
  • Komen
Infinix Note 40 Malaysia: Anda boleh pratempah sekarang pada harga RM898
Share on FacebookShare on Twitter

Selari dengan pelancaran siri Infinix Note 40 di peringkat antarabangsa yang diadakan di Litar Antarabangsa Sepang, Infinix Malaysia pada hari ini telah memperkenalkan siri tersebut secara rasmi untuk pasaran tempatan dan mendedahkan harganya di Malaysia. Seperti yang dijangka, daripada empat model, pasaran Malaysia menerima dua model iaitu Note 40 dan Note 40 Pro 5G.

Harga dan ketersediaan Infinix Note 40 di Malaysia

Walaupun telah dilancarkan, Infinix Note 40 dan Note 40 Pro 5G hanya akan mula dijual bermula 25 Mac ini. Tetapi bermula hari ini 19 Mac, Infinix telah membuka pratempah untuk kedua-dua Note 40 dan Note 40 Pro 5G. Terdapat satu varian yang ditawarkan untuk kedua-dua model dan berikut adalah harga jualan rasminya di Malaysia:



  • Infinix Note 40 Pro 5G (RAM 8GB dan storan 256GB) – RM1,098
  • Infinix Note 40 (RAM 8GB dan storan 256GB) – RM898

Yang menariknya, Infinix turut menyediakan hadiah menarik dengan setiap pembelian siri Note 40. Pembeli akan menerima pek bateri MagPower dan Magcase bernilai RM69, sementara stok masih ada. Sekiranya anda berminat, Note 40 dan Note 40 Pro 5G boleh didapatkan di stor rasmi Infinix di Lazada dan Shopee atau boleh juga dapatkannya di TikTok Shop Infinix.

Spesifikasi Infinix Note 40

Infinix Note 40 masih mengekalkan banyak ciri sama seperti Note 30 terdahulu. Ia dipasangkan dengan skrin sebesar 6.78-inci dengan resolusi FHD+ menggunakan panel LCD berbanding AMOLED. Skrin ini juga ada kadar penyegaran 120Hz, kecerahan puncak pada 1,800 nits serta tahap PWM setinggi 2160Hz.



Cip yang terdapat di dalamnya merupakan MediaTek Helio G99 Ultimate yang bergandingan dengan RAM LPDDR4X 8GB dan storan UFS 2.2 256GB. RAM boleh diperluaskan secara dinamik 8GB. Telefon ini akan menjalankan sistem operasi XOS 14 berasaskan Android 14 sejurus keluar kotak.

Dari segi bateri, telefon ini dimuatkan bateri berkapasiti 5,000mAh dengan sokongan pengecasan pada 45W sama seperti Note 30 sebelum ini. Tetapi yang bagusnya, ia kini ada pengecasan wayarles 20W dengan teknologi magnetik MagCharge, serta sokongan pengecasan terbalik.

Selain itu, telefon ini turut dilengkapi dengan cip Cheetah X1 terbaru hasilan Infinix sendiri untuk menguruskan sistem pengecasan pantas, di samping mengurangkan suhu telefon dan tawar perlindungan peraliran kuasa ketika mengecas.

Untuk menangkap gambar, ia tampil dengan sistem tiga kamera yang terdiri daripada kamera utama 108MP F1.89, kamera depth 2MP dan kamera AI. Kamera utamanya menyokong sehingga 3x zum lossless, tetapi tidak memiliki sokongan OIS. Untuk selfie, terdapat satu lubang kamera yang menempatkan kamera 32MP F2.2.

Pada ruang modul kamera juga, ia ada rekaan lampu Active Halo yang boleh menotifikasikan pengguna untuk panggilan masuk, notifikasi, pengecasan dan banyak lagi.

Lagi ciri lain yang ada pada Note 40 termasuk kalis percikan air dan debu IP54, pengimbas cap jari dalam skrin, speaker stereo, NFC, WiFi 5 dan juga 4G. Note 40 akan tersedia dalam tiga warna iaitu hijau, emas dan hitam.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Note 40.

Bacaan berkaitan

  • Siri Infinix Note 40 Malaysia ada ciri macam iPhone, anda pasti sukakannya
  • Malaysia jadi lokasi pelancaran antarabangsa siri Infinix Note 40
  • Infinix Note 30 Pro Malaysia: RM899 anda dapat skrin AMOLED, speaker stereo, dan pengecasan wayarles
Tags: InfinixInfinix MalaysiaInfinix Note 40Note 40
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Infinix Note 40 Malaysia: Anda boleh pratempah sekarang pada harga RM898

Infinix Note 40 Malaysia: Anda boleh pratempah sekarang pada harga RM898

19 March 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER