• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri Infinix Note 40 Malaysia ada ciri macam iPhone, anda pasti sukakannya

  • OLEH Putra Aziz
  • 12:36 pm
  • 19/03/2024
  • Komen
Siri Infinix Note 40 Malaysia ada ciri macam iPhone, anda pasti sukakannya
Share on FacebookShare on Twitter

Bertempat di Litar Antarabangsa Sepang, Infinix telah rasmi melancarkan siri telefon terbaru Infinix Note 40 di peringkat antarabangsa. Infinix memperkenalkan sebanyak empat model dalam siri ini iaitu Note 40, Note 40 Pro, Note 40 Pro 5G dan Note 40 Pro+ 5G, di samping beberapa lagi aksesori lain.

Menariknya, siri telefon Note 40 terbaru ini hadir dengan pengecasan pantas sehingga 100W dan pengecasan wayarles seakan MagSafe Apple yang dipanggil MagCharge. Bukan itu sahaja, ia juga tampil dengan lampu RGB Halo Design baharu di ruang kamera di belakang.



Spesifikasi Infinix Note 40 5G/Note 40 Pro+ 5G

Merentasi semua model, siri telefon Infinix Note 40 ini hadir dengan rupa dan estetik yang hampir sama. Untuk dua varian teratas Note 40 Pro 5G dan Note 40 Pro+ 5G, kedua-duanya dilengkapi dengan paparan AMOLED melengkung berukuran 6.78-inci pada resolusi FHD+. Skrin ini juga menyokong kadar penyegaran 120Hz dan kecerahan puncak 1,800 nits. Untuk keselamatan, komponen skrin dilindungi oleh kaca Corning Gorilla 5 dan ia juga diiktiraf kalis air dan debu IP53.

Atas papan utama, kedua-dua varian 5G ini dikuasakan oleh cip MediaTek Dimensity 7020. Cip itu dipadankan dengan RAM 8GB dan storan 256GB untuk Pro 5G, tetapi RAM lebih besar 12GB dan storan sama 256GB untuk model Pro+ 5G. Perbezaannya lagi terletak pada bahagian bateri dan juga kelajuan pengecasan. Model Pro 5G dimuatkan bateri 5,000mAh dengan sokongan pengecasan 45W, manakala Pro+ 5G memiliki bateri 4,600mAh dengan pengecasan pantas 100W.



Di samping itu, ia juga hadir dengan sokongan pengecasan wayarles 20W dengan teknologi magnetik MagCharge. Lagi menarik, ia turut ada sokongan pengecasan bypass secara wayarles dan berwayar, serta memiliki fungsi pengecasan terbalik membenarkan pengguna untuk mengecas aksesori lain di belakang telefon dengan kelajuan sehingga 10W.

Di segmen pengimejannya, Note 40 Pro 5G dan Pro+ 5G ini memiliki tetapan tiga kamera di belakang. Kamera-kamera tersebut adalah kamera utama 108MP OIS, kamera makro 2MP dan juga kamera depth. Untuk selfie, terdapat lubang kamera di skrin yang menempatkan kamera hadapan beresolusi 32MP.

Spesifikasi Infinix Note 40/Note 40 Pro

Beralih kepada dua varian 4G iaitu Note 40 dan Note 40 Pro, ia didatangkan dengan cip MediaTek Helio G99 Ultimate dengan kombinasi storan 256GB dan RAM 12GB untuk Note 40 Pro, manakala Note 40 pula ada RAM 8GB. Panel paparan yang sama turut digunakan pada dua model 4G ini, cuma bezanya Note 40 tidak menggunakan skrin melengkung dan sebaliknya rata.

Berbanding IP53, kedua-dua model 4G ini memiliki kalis air dan debu lebih baik IP54. Di atas skrin, terdapat lubang yang menempatkan kamera depan 32MP. Sementara itu, di belakang, kamera utama 108MP OIS dipasangkan pada Note 40 Pro dan resolusi sama 108MP terdapat pada Note 40 tetapi kehilangan pada sokongan OIS.

Menguasakan kedua-dua telefon ini adalah bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas 70W untuk Note 40 Pro dan lebih perlahan 45W untuk Note 40. Walaupun merupakan varian lebih rendah, model 4G ini juga lengkap dengan pengecasan wayarles 20W MagCharge dan pengecasan terbalik.

Mengendali pengecasan pantas pada siri Note 40 adalah dari penggunaan cip Cheetah X1 baharu yang siri Note 40 ini lengkapi. Dengannya, ia dapat mengoptimumkan sistem bateri dan pengecasan untuk menawarkan suhu rendah dan perlindungan pengaliran kuasa semasa mengecas.

Selain itu, semua model siri Note 40 juga hadir dengan lampu Active Halo pada ruang modul kamera belakang yang boleh diintegrasikan dengan notifikasi, panggilan masuk, pengecasan dan banyak lagi. Siri ini juga akan hadir dengan XOS 14 berasaskan Android 14 sejurus keluar kotak. Infinix juga memberi jaminan sokongan 2 kali kemas kini OS dan 3 tahun kemas kini keselamatan untuk model tiga model Pro dalam siri ini, manakala Note 40 tidak dinyatakan.

Berkenaan harga dan ketersediaan siri Infinix Note 40 di Malaysia, butirannya masih belum didedahkan lagi setakat ini oleh Infinix. Namun, ia akan dimaklumkan dalam masa terdekat ini. Sebagai perbandingan, model Note 30 Pro terdahulu dijual di Malaysia pada harga RM899 untuk RAM 8GB dan storan 256GB, manakala Note 30 pula berharga RM699 untuk konfigurasi yang sama. Jadi, anda boleh jangkakan model 4G dalam siri Note 40 diletakkan di paras bawah RM1,000.

Bacaan berkaitan

  • Malaysia jadi lokasi pelancaran antarabangsa siri Infinix Note 40
  • Infinix Note 30 Pro Malaysia: RM899 anda dapat skrin AMOLED, speaker stereo, dan pengecasan wayarles
  • Infinix Note 30 Malaysia: Pada RM699, ini pesaing terhebat Redmi
Tags: InfinixInfinix MalaysiaInfinix Note 40Infinix Note 40 ProInfinix Note 40 Pro 5GInfinix Note 40 Pro+
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Siri Infinix Note 40 Malaysia ada ciri macam iPhone, anda pasti sukakannya

Siri Infinix Note 40 Malaysia ada ciri macam iPhone, anda pasti sukakannya

19 March 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER