• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Airbot lancar Aria HyperStyler Hairwrap, boleh kering dan gayakan rambut

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 12:02 pm
  • 22/03/2024
  • Komen
240322 Airbot Aria HyperStyler Hairwrap
Share on FacebookShare on Twitter

Airbot, pengeluar peralatan rumah berkualiti tinggi dan mampu milik melancarkan produk penggayaan rambut Aria HyperStyler Hairwrap serbaguna. Ia bukan hanya dapat digunakan untuk mengeringkan rambut dengan segera, malah boleh digunakan untuk mengayakan rambut kerinting atau lurus.

Ciri utama Aria HyperStyler

240322 Airbot Aria HyperStyler Hairwrap
240322 Airbot Aria HyperStyler Hairwrap

Teknologi ion Coanda curling yang ada pada HyperStyler ini dipercayai sesuai untuk digunakan pada semua jenis rambut. Ia juga dilengkapi motor AC yang dikatakan dapat hasilkan aliran udara berion yang kuat untuk mengurangkan masalah rambut kusut dan berikan kilauan pada rambut. 



Tampil dengan reka bentuk ergonomik, Hair Wrap Iron yang ada pada HyperStyler dapat memberikan gaya rambut kerinting dan beralun secara mudah dengan hanya menggunakan satu barel.

Produk penggayaan rambut keluaran Airbot ini juga ada berus bulat kecil yang menyalurkan udara terus ke rambut. Ia berfungsi menggayakan rambut sambil mengeringkannya dalam masa yang sama. Ada juga nosel boleh digunakan untuk gaya rambut lurus.



240322 Airbot Aria HyperStyler Hairwrap

Cip pintar yang terbina dalam Aria HyperStyler akan membantu mengawal suhu dengan berkesan dan dapat mencegah kerosakan rambut akibat panas berlebihan.

Harga dan promosi Aria HyperStyler

Airbot Aria HyperStyler dijual pada harga RM899 dan boleh dibeli secara dalam talian melalui laman web rasmi Airbot Malaysia, gedung rasmi di Lazada atau Shopee. 

Sempena pelancarannya, Airbot Malaysia menawarkan promosi istimewa Raya yang bermula 25 hingga 27 Mac ini. Menerusi promosi ini, setiap pembelian menerusi gedung rasmi Shopee akan menerima potongan tambahan bernilai RM100.

Layari laman web Airbot Malaysia untuk mendapatkan lebih info atau promosi terkininya.

Bacaan berkaitan:

  • Airbot lancar vakum robotik L108S Pro Ultra, ada ciri bersih tong sampah sendiri
Tags: Airbot Aria Hyperstyler HairwrapAirbot Malaysia
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
240322 Airbot Aria HyperStyler Hairwrap

Airbot lancar Aria HyperStyler Hairwrap, boleh kering dan gayakan rambut

22 March 2024
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN