• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Microsoft bangunkan teknologi ray-tracing untuk GPU kelas permulaan

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:14 pm
  • 26/03/2024
  • Komen
Microsoft bangunkan teknologi ray-tracing untuk GPU kelas permulaan
Share on FacebookShare on Twitter

Microsoft dilapor telah mempatenkan teknologi yang membolehkan ray-tracing menggunakan memori dengan lebih rendah. Buat pengetahuan anda, ray-tracing memberikan kesan grafik sangat cantik pada segi pencahayaan namun ia memerlukan sumber pemprosesan yang amat tinggi. Sebab itulah buat masa sekarang ray-tracing hanya dinikmati spenuhnya GPU kelas tinggi.

Solusi yang dibangunkan Microsoft adalah dengan menerapkan konsel level of detail (LOD). LOD adalah kaedah yang diguna pakai pembangun permainan dalam mengoptimumkan penggunaan memori grafik. Cara kerjanya adalah kualiti grafik untuk bahagian yang jauh ataupun tidak penting direndahkan. Ray-tracing yang ingin diketengahkan Microsoft turut menggunakan konsep yang sama iaitu kualiti pencahayaan diturunkan di bahagian yang tidak penting.



Menggunakan konsep LOD menjadikan keperluan memori grafik untuk ray-tracing dikurangkan. Ia lantas mengurangkan penggunaan tenaga malah meningkatkan prestasi untuk GPU yang miliki memori VRAM terhad.

Maka dengan sebab itu, kita boleh jangkakan ray-tracing bakal boleh dinikmati kad grafik tahap permulaan sekalipun dalam masa yang akan datang.



Sumber: Tom’s Hardware

Bacaan berkaitan

Strategi baru LinkedIn, main permainan sambil cari kerja

Copilot Pro ditawarkan di Malaysia, lebih mahal daripada ChatGPT Plus

Microsoft henti sokongan Windows Subsystem for Android (WSA), anda terkesan?

Tags: Microsoftray-tracing
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Microsoft bangunkan teknologi ray-tracing untuk GPU kelas permulaan

Microsoft bangunkan teknologi ray-tracing untuk GPU kelas permulaan

26 March 2024
Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

13 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026
Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

11 August 2026
Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

14 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN