• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Anker

5 Terbaik: Fon putik ANC murah bawah RM200, tiada gangguan lagi (2024)

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 12:11 pm
  • 26/03/2024
  • Komen
240401 5 Terbaik fon putik ANC bawah 200
Share on FacebookShare on Twitter

Tengah cari fon putik dengan bajet RM200? Saya akan senaraikan 5 fon putik berbaloi untuk anda dapatkan pada harga bawah RM200 dengan ciri penyaring hingar aktif (ANC).

Pada yang tak tahu, ciri ANC ni boleh bantu singkirkan bunyi persekitaran yang bising, jadi sesuai sangat buat anda yang suka pakai fon putik sambil berjalan-jalan atau menaiki pengangkutan awam seperti LRT ataupun MRT.



Tonton video di bawah ini untuk mengetahui senarainya atau anda boleh membacanya di bahagian bawah:

1. Realme Buds T300

Audio fon putik Realme Buds T300 dihasilkan dari pemacu sebesar 12.4mm bersalut titanium. Ciri Audio Spatial 360° pada fon putik ini akan buat bunyi jadi 3D, macam berada di sekeliling anda. Teknologi ANC mampu halang bunyi luar sehingga 30dB melalui empat mikrofon yang terbina di dalam putik. Mod gaming pun turut disertakan dengan kependaman ultra rendah sehingga 50ms, paling rendah dalam senarai ini.



Berkenaan bateri, fon putik ini boleh digunakan sehingga 40 jam bersama bekas pengecas. Paling seronok, kalau terlupa cas, anda hanya perlu cas 10 minit untuk dapatkan masa penggunaan 7 jam, lama tu. Realme Buds T300 adalah fon putik kalis percikan air dan debu IP55. Sesuailah untuk digunakan penggemar aktiviti kecergasan tanpa risau terkena penuh. 

Harga asal Realme Buds T300 adalah RM199. Sekarang boleh dibeli pada harga RM179 sahaja. Dapatkannya di Lazada atau Shopee. Untuk maklumat lanjut, layari laman ini.

2. Redmi Buds 5

Audio Redmi Buds 5 dikeluarkan dari pemacu titanium sebesar 12.4mm tapi tidak dilengkapi tweeter tambahan. Teknologi ANC pada fon putik Redmi ini adalah yang paling tinggi dalam senarai, ia mampu menghalang sehingga 46dB bunyi luar. Siap ada tiga mod ketelusan iaitu Regular, Enhance voice dan Enhance ambient. 

Masa penggunaannya adalah selama 40 jam dengan bekas pengecas. Kalau nak cepat, cas 5 minit aje boleh guna sampai 2 jam. Jenis sambungan yang digunakan pada Redmi Buds 5 ini merupakan Bluetooth 5.3 dan ia menyokong sambungan dua peranti serentak serta pautan pantas di telefon Android melalui Google Fast Pair.

Harga asal Redmi Buds 5 adalah RM199 tapi sekarang hanya RM149 sahaja. Dapatkannya di Lazada atau Shopee. Untuk maklumat lanjut, layari laman ini.

3. Edifier X5 Pro

Selain ada ciri teknologi ANC hibrid, Edifier X5 Pro juga ada teknologi Pembatalan Bunyi Panggilan Telefon AI yang boleh tangkap gelombang bunyi dengan tepat menggunakan AI. Kiranya masa panggilan telefon tiada gangguan bunyi, sebab suara pemanggil akan dipisahkan daripada sebarang bunyi lain.

X5 Pro juga ada mod Ambient Awareness, kalau anda perlu peka pada bunyi persekitaran. Pada kaki gaming, fon putik ini dapat berikan kependaman rendah pada 80ms. Tempoh penggunaan fon putik ini boleh bertahan selama 31 jam bersama bekas pengecasnya. Untuk pengecasan pantas, anda perlu cas 15 minit tapi masa penggunaan untuk 1 jam sahaja.

Harga asalnya RM259 tapi sekarang dijual pada harga RM169. Dapatkannya di Lazada atau Shopee. Untuk maklumat lanjut, layari laman ini.

4. JBL Tune 130NC TWS

Tak suka fon putik bertangkai? Maka JBL Tune 130NC TWS adalah pilihan terbaik untuk anda. Jangka hayat baterinya sehingga 40 jam bersama bekas pengecas dan cas 10 minit berikan masa penggunaan 2 jam. Fon putik ini ada teknologi ANC sehingga 40dB serta mod Ambient Aware, agar anda lebih peka dengan bunyi persekitaran.

240325 5 fon putik ANC murah RM200

Menariknya, fon putik JBL ini ada fungsi TalkThru, yang akan memperlahankan muzik untuk membolehkan anda berbual dengan jelas tanpa perlu keluarkan fon putik. Dengan VoiceAware pula berikan anda kawalan untuk laras bunyi suara sendiri dalam fon putik semasa panggilan. Jadi anda boleh kurangkan suara sendiri supaya boleh tumpukan lebih perhatian kepada orang yang bercakap.

Harga asal JBL Tune 130NC TWS agak mahal ya pada RM499 tapi sekarang dah murah, boleh dibeli pada harga RM179 sahaja. Dapatkannya di Lazada atau Shopee. Untuk maklumat lanjut, layari laman ini.

5. Anker Soundcore Life Note 3i

Anker Soundcore Life Note 3i ada ciri teknologi ANC hibrid dan teknologi Pembatalan Bunyi Panggilan Telefon AI yang jadikan perbualan lebih jelas menggunakan AI. Ada mod Transparency yang bolehkan anda peka akan bunyi luar jika perlukan. 

240325 5 fon putik ANC murah RM200

Bersama bekas pengecas, masa penggunaannya boleh mencapai sehingga 36 jam dan anda hanya perlu cas 10 minit untuk dapatkan masa penggunaan sehingga 2 jam. Fon putik keluaran Anker ini ada mod Mono. Fungsinya untuk anda dengar muzik atau buat panggilan dengan salah satu atau kedua-dua fon putik.

240325 5 fon putik ANC murah RM200

Harga asal Anker Soundcore Life Note 3i adalah RM399 tapi sekarang boleh dibeli pada harga RM128 sahaja. Dapatkannya di Lazada atau Shopee. Untuk maklumat lanjut, layari laman ini.

Bacaan berkaitan:

  • Bose Ultra Open Earbuds tiba di Malaysia, fon putik bergaya dan sesuai untuk pelari
  • Fon putik CMF Buds lebih murah dan Neckband Pro akan dilancar bersama Nothing Phone (2a)
  • Senyap terus, ini 5 fon putik ANC terbaik dan murah di Malaysia
Tags: 5 terbaikAnker Soundcore Life Note 3iEdifier X5 Profon putik ANC bawah RM200JBL Tune 130NC TWSRealme Buds T300Redmi Buds 5
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
240401 5 Terbaik fon putik ANC bawah 200

5 Terbaik: Fon putik ANC murah bawah RM200, tiada gangguan lagi (2024)

26 March 2024
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER