Apple MacBook Air 13″ dan 15″ yang baharu kini tersedia di Malaysia. Buat pertama kalinya, anda boleh nikmati pelan ansuran 24 bulan melalui di kedai dalam talian Apple dengan kad kredit terpilih.
Harga MacBook Air 13″ & 15″ M3 di Malaysia
Berikut adalah harga rasmi untuk MacBook Air M3 dengan paparan Liquid Retina 13-inci dan 15-inci di Malaysia:
MacBook Air 13 M3
- MacBook Air 13 (M3 CPU 8-teras , GPU 8-teras) RAM 8GB dan SSD 256GB – RM5,199
- MacBook Air 13 (M3 CPU 8-teras , GPU 10-teras) RAM 8GB dan SSD 512GB – RM5,999
- MacBook Air 13 (M3 CPU 8-teras , GPU 8-teras) RAM 16GB dan SSD 512GB – RM6,799
MacBook Air 15 M3
- MacBook Air 15 (M3 CPU 8-teras , GPU 10-teras) RAM 8GB dan SSD 256GB – RM6,199
- MacBook Air 15 (M3 CPU 8-teras , GPU 10-teras) RAM 8GB dan SSD 512GB – RM6,999
- MacBook Air 15 (M3 CPU 8-teras , GPU 10-teras) RAM 16GB dan SSD 512GB – RM7,799
Walau bagaimanapun, penghantaran untuk tempahan MacBook Air baharu hanya akan bermula selepas cuti Hari Raya. Buat masa ini, anggaran tarikh penghantaran untuk kawasan Lembah Klang akan bermula pada 17 April 2024.
Tempah MacBook Air ikut kesesuaian
Dengan membuat tempahan terus dari Apple, anda boleh memilih konfigurasi RAM dan storan yang sesuai dengan keperluan harian anda. Naik taraf memori daripada 16GB kepada 24GB dengan bayaran tambahan hanya RM800. Jika anda perlukan lebih storan, tambah daripada 512GB ke 1TB dengan bayaran RM800 atau pilih terus 2TB yang luas dengan tambahan RM2,400.
Harga bagi MacBook Air 13-inci dengan spesifikasi penuh bermula dari RM9,999. Manakala untuk MacBook Air 15-inci dengan RAM dan storan maksimum berharga RM10,999. Anda perlu maklum untuk konfigurasi tersuai ini mungkin mengambil masa penghantaran yang lebih lama lama sedikit, anggar sekitar 22 hingga 24 April 2024.
Jika anda berminat untuk membuat tempahan, anda boleh pergi ke bahagian MacBook Air di laman web rasmi Apple.
Pelan ansuran dan program tukar beli Apple Malaysia
Apple Malaysia kini menawarkan pelan ansuran yang fleksibel untuk 6 sehingga 24 bulan dengan pembelian minimum RM2,000. Nikmati 0% caj faedah dengan kad kredit yang layak daripada bank-bank terpilih. Berikut adalah antara bank yang tersenarai:
- Maybank
- CIMB
- HongLeong Bank
- RHB
- Ambank
- Affin Bank
- OCBC Bank
Selain itu, ada juga program tukar beli yang membolehkan anda menukar peranti lama dan dapatkan kredit untuk anda dapatkan produk yang baharu. Namun program tukar beli itu hanya dibenarkan untuk barang yang sama kategori. Sekiranya anda serahkan iPhone, kredit hanya sah untuk pembelian iPhone yang lain.
Nilai tukar beli untuk MacBook Pro boleh mencecah RM3,900, manakala MacBook Air pula sehingga RM1,750. iPad Pro dan Apple Watch Ultra boleh mencapai nilai sehingga RM4,200 dan RM1,950.
Walau bagaimanapun, nilai sebenar bergantung kepada keadaan peranti anda dan keseluruhan proses ini boleh mengambil masa 2 hingga 3 minggu. Pembeli juga boleh memilih untuk menolak tawaran tukar beli tersebut sekiranya tidak berpuas hati dengan nilai yang ditawarkan.