• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Realme

Realme Buds T110 dilancar dari RM99, sokong Bluetooth 5.4 dan kependaman 88ms

  • OLEH Najib
  • 2:47 pm
  • 05/04/2024
  • Komen
Realme Buds T110 dilancar dari RM99, sokong Bluetooth 5.4 dan kependaman 88ms
Share on FacebookShare on Twitter

Di samping melancarkan telefon pintar mampu miliki Realme Note 50, Realme Malaysia turut mengumumkan ketibaan fon putik yang sangat murah, Realme Buds T110. Ia adalah model yang dinaik taraf daripada Buds T100 dan berada di bawah Realme Buds T300 yang dilancar September tahun lepas.

Harga dan Promosi Realme Buds T110

Siri Buds T sememangnya fon putik yang sangat murah. Untuk Buds T300 yang dilancar tahun lepas dengan keupayaan penyaring hingar aktif (ANC), harganya tidak sampai RM200. Manakala untuk Realme Buds T110 yang baru ini, harganya di Malaysia adalah:



  • Realme Buds T110 – RM139

Khas sempena Hari Raya, Realme menawarkan diskaun sebanyak RM40 untuk pembeli Buds T110. Menjadikan harganya cuma RM99. Diskaun ini diberi selama 4 hari sahaja, dari 4-7 April 2024 dan boleh didapati di Stor Rasmi Realme di Lazada, Shopee dan TikTok Shop.

Spesifikasi Realme Buds T110

Dengan harga yang sangat murah bawah RM100 dalam tempoh promosi, kekurangan utama Realme Buds T110 adalah ketiadaan ANC. Bagaimanapun, fon putik ini masih ada penyaring hingar semasa membuat panggilan, supaya suara pengguna di dalam panggilan jelas kedengaran.



Penyaring hingar panggilan

Sistem bunyi Buds T110 dihasilkan menerusi pemacu audio 10mm dengan bass dinamik. Ia juga diselaputi diafgram titanium untuk menghasilkan frekuensi yang tinggi.

Rekaan putik dan bekas pengecas Buds T110 sangat serupa dengan fon putik Realme yang lain. Ia hadir dengan tiga tip silikon dalam saiz S, M dan L. Di peringkat antarabangsa, Buds T110 diperkenal dalam empat warna iaitu hijau, hitam, biru dan putih. Tetapi di Malaysia, hanya ada dua warna ditawarkan iaitu hijau dan hitam.

Hayat bateri Buds T110 juga sangat panjang. Ia boleh memainkan lagu sehingga 7 jam di putik sahaja, atau sehingga 38 jam bersama bekas pengecas. Mengecas putik selama 10 minit pula memberikan masa bermain muzik sehingga 2 jam. Pengecasan bekas boleh dibuat menerusi sambungan USB-C.

Dengan sambungan Bluetooth 5.4, Realme Buds T110 mampu memberikan kependaman ultra-rendah 88ms. Ia dijayakan menerusi Mod Gaming yang diaktifkan menerusi aplikasi Realme Link. Ini pasti menggembirakan peminat gaming, terutama yang memerlukan aksi pantas. Buds T110 turut menyokong pemadanan segera dengan peranti Android menerusi Google Fast Pair.

Peminat aktiviti kecergasan juga tidak perlu risau menggunakan Buds T110 sewaktu bersenam. Ini kerana ia diiktiraf kalis percikan air dan peluh IPX5, melindungi putik dari kemasukan air dalam kuantiti kecil.

[Sumber: Realme]

Bacaan Berkaitan

  • Realme Buds T300, fon putik ANC ‘Titanium’ sangat murah, di bawah RM200
  • Realme Buds Air 5 Pro, dwi-pemacu audio dengan ANC sehingga 50db
  • Realme Note 50 tiba dengan prestasi hebat dalam kelasnya, harga serendah RM299
Tags: RealmeRealme Buds T110
Najib

Najib

POPULAR

Realme Buds T110 dilancar dari RM99, sokong Bluetooth 5.4 dan kependaman 88ms

Realme Buds T110 dilancar dari RM99, sokong Bluetooth 5.4 dan kependaman 88ms

5 April 2024
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026
Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

28 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN