• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

SKMM turunkan 1,454 kandungan 3R dalam suku 1 2024 sahaja

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 1:27 pm
  • 08/04/2024
  • Komen
240408 SKMM Isu 3R
Share on FacebookShare on Twitter

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menurunkan 1,454 kandungan yang menyentuh isu agama, raja dan kaum (3R) dari platform media sosial antara Januari hingga Mac tahun ini. 

Daripada jumlah tersebut, ucapan kebencian berkaitan agama mendahului dengan 727, diikuti isu berkaitan kaum (588) dan institusi diraja (139). Jumlah tersebut merupakan peningkatan yang ketara berbanding tahun lalu di mana jumlah keseluruhan yang diturunkan sepanjang tahun adalah 1,633.



Berdasarkan statistik kandungan berkaitan 3R paling tinggi dikesan menerusi Facebook dengan 731, diikuti aplikasi TikTok (705), X (9), YouTube (5) dan Telegram (4). Sesetengah pemilik akaun dipercayai akaun palsu atau ‘tangan ghaib’ yang sengaja mahu mencetuskan kemarahan dan kebencian dengan memuat naik kandungan berunsur 3R.

Isu 3R boleh didenda, dipenjara

Tidak dinafikan sejak akhir-akhir ini banyak isu-isu berkaitan 3R yang boleh kita lihat dan baca di media sosial. Namun itu tidak bermakna anda boleh sewenang-wenangnya berkongsikannya.



Ini kerana sebarang perkongsian kandungan membabitkan isu 3R yang bersifat palsu, jelik dan mengancam yang dimuat naik di media sosial merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998. Jika disabitkan kesalahan, boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali. 

240408 SKMM Isu 3R

Bagaimana jika anda terjumpa kandungan yang berbaur hasutan, provokasi atau menghina agama, Institusi Diraja dan perkauman di media sosial? Anda boleh membuat laporan kepada SKMM melalui:

  • Portal Aduan MCMC di pautan https://aduan.skmm.gov.my
  • Talian aduan 1800-188-030
  • WhatsApp 016-2206262
  • Emel ke [email protected]

Jika terdapat sebarang kesangsian mengenai berita yang dikongsikan di media sosial, anda boleh menyemak kesahihannya melalui portal Sebenarnya.my yang dibangunkan oleh SKMM sendiri. 

[Sumber: Bernama, MCMC]

Bacaan berkaitan:

  • Pavel Durov sedia bekerjasama dengan SKMM tangani isu kawal selia Telegram
  • Kelajuan internet mudah alih mesti lebih 7.7Mbps mulai 1 April
  • Fahmi cadang SpaceX untuk buka pejabat rasmi Starlink di Malaysia
Tags: isu 3RSKMM
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
240408 SKMM Isu 3R

SKMM turunkan 1,454 kandungan 3R dalam suku 1 2024 sahaja

8 April 2024
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN