• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Telefon gaming mampu milik, Nubia Neo 2 5G akan dilancar di Malaysia tidak lama lagi

  • OLEH Najib
  • 11:08 am
  • 16/04/2024
  • Komen
Telefon gaming mampu milik, Nubia Neo 2 5G akan dilancar di Malaysia tidak lama lagi
Share on FacebookShare on Twitter

Salah satu ciri penting yang menjadikan telefon gaming lebih seronok dimainkan adalah butang bahu. Biasanya, hanya telefon gaming kelas flagship memiliki butang bahu. Tetapi ia akan berubah tidak lama lagi dengan Nubia Neo 2 5G.

ZTE Malaysia dilihat telah berkongsi petunjuk bahawa sebuah telefon pintar baru akan datang tidak lama lagi. Ia disertakan dengan sebuah gambar peranti dengan mata seakan robot dan nombor 02. Buat yang sudah mengetahui, ia adalah telefon pintar Nubia Neo 2 5G.



sumber

Harga bawah RM1,000

Telefon pintar Nubia Neo 2 5G pertama kali diperkenal di pameran MWC 2024 di Barcelona, Sepanyol pada bulan Februari lepas. Telefon gaming kelas pertengahan ini, menampilkan satu ciri yang dinanti ramai peminat gaming iaitu butang bahu.

Semasa diumumkan di MWC 2024, Nubia Neo 2 5G diberikan tanda harga USD199 (~RM953) sahaja. Jika mengekalkan harga yang sama atau lebih murah, Nubia Neo 2 5G akan menjadi satu-satunya telefon pintar bawah RM1,000 yang memiliki butang bahu.



Untuk rujukan, Nubia Neo 5G dilancar di Malaysia tahun lepas pada harga RM899, dengan RAM 8GB dan storan 256GB. Ia dengan pantas menjadi telefon gaming kegemaran ramai sejurus dilancar dengan rekaan futuristik.

Spesifikasi Nubia Neo 2 5G

Tarikan utama telefon ini sudah pasti pada butang bahu yang terdapat padanya. Selain itu, Nubia Neo 2 5G mengekalkan rekaan futuristik yang serupa dengan model sebelumnya, terutama rekaan mata robotik.

ZTE Nubia tidak menyatakan dengan jelas apa cip yang menguasakan telefon ini, hanya menyebut ia adalah cip 8-teras dengan kelajuan sehingga 2.7GHz. Model sebelum ini, Nubia Neo 5G dikuasakan cip Unisoc T820 8-teras dengan kelajuan tertinggi 2.7GHz. Adakah ia masih serupa dan digunakan di Nubia Neo 2 5G?

RAM juga tidak disebut dengan jelas, hanya mengatakan RAM Dinamik sehingga 20GB. Mungkin 8+12, mungkin 12+8. Storan pula jenis UFS 3.1, sebesar hingga 256GB.

Skrin kali ini lebih besar, seluas 6.72-inci HD Penuh, dengan kadar penyegaran 120Hz. Walaupun tidak dinyatakan, pada harga sebegini sudah pasti skrinnya jenis LCD.

Nubia Neo 2 5G juga dilengkapi bateri sangat besar, berkapasiti 6,000mAh. Ia dilengkapi teknologi penjimatan tenaga AI, dan menyokong pengecasan pantas 33W melalui USB-C.

Sistem bunyi stereo terdapat pada Nubia Neo 2 5G, lengkap dengan teknologi bunyi sekeliling DTS X Ultra. Dari gambar yang dikongsi, tidak kelihatan sebarang lubang untuk jek audio 3.5mm.

Tiada spesifikasi kamera dikongsikan. Hanya kelihatan dua kamera belakang di dalam dua bulatan besar, serta kamera hadapan di dalam lubang kecil di atas skrin.

Apakah Nubia Neo 2 5G akan menjadi telefon gaming pilihan ramai rakyat Malaysia kelak? Walaupun butang bahu sangat menarik, diharapkan prestasinya juga mampu menggerakkan pelbagai tajuk gaming terkini.

[Sumber: ZTE Malaysia]

Bacaan Berkaitan

  • Nubia Neo 5G guna cip Unisoc untuk harga mampu milik dan prestasi kelas pertengahan
  • Nubia Neo 5G hadir ke pasaran Malaysia, telefon gaming bawah RM1,000 lengkap dengan “Game Space”
  • [REVIU] Nubia Neo 5G bukti cip Unisoc boleh kuasakan telefon gaming, tapi ada banyak perkara perlu dikorbankan
Tags: NubiaNubia Neo 2ZTE
Najib

Najib

POPULAR

Telefon gaming mampu milik, Nubia Neo 2 5G akan dilancar di Malaysia tidak lama lagi

Telefon gaming mampu milik, Nubia Neo 2 5G akan dilancar di Malaysia tidak lama lagi

16 April 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER