• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Akaun 3 KWSP: Kelebihan dan kekurangannya, serta pandangan orang ramai

  • OLEH Najib
  • 6:17 pm
  • 19/04/2024
  • Komen
Tak Setuju Dengan Caruman KWSP 7%? Ini Cara Untuk Kekalkan Pada 11%
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun kenyataan rasmi belum dikeluarkan, sudah ramai yang memperkatakan tentang rancangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk memperkenal Akaun 3. Apa yang istimewanya tentang Akaun 3 ini adalah, pencarum boleh mengeluarkan wang di dalam akaun ini bila-bila masa.

Buat masa ini, simpanan hari tua di dalam KWSP dibahagikan ke dalam dua jenis akaun. Sebanyak 70% simpanan bulanan akan dimasukkan ke dalam Akaun 1 dan baki 30% disimpan dalam akaun 2.



Bezanya, simpanan dalam Akaun 1 hanya boleh dikeluarkan apabila pencarum bersara pada umur 55 tahun. Manakala Akaun 2, boleh dikeluarkan bila pencarum mencecah umur 50 tahun, atau untuk kegunaan khas yang dibenarkan seperti pendahuluan untuk membeli rumah, membiayai pendidikan, menampung kos perubatan atau untuk menunaikan ibadah haji.

Tetapi jika Akaun 3 diperkenal, ia akan merombak sistem KWSP yang sedia ada. Paling penting, simpanan dalam Akaun 3 boleh dikeluarkan bila-bila masa. Ia untuk membantu pencarum mengeluarkan sedikit simpanan. Pendek kata, macam akaun bank biasa.



Tentang pecahan simpanan pula, laporan menyebut Akaun 3 akan mengambil 10% dari jumlah caruman. Manakala caruman Akaun 1 dipertingkat ke 75% dan Akaun 2 menurun ke 15%. Selain itu, ada laporan menyebut bahawa KWSP akan memberi nama baru untuk akaun ini iaitu Akaun Persaraan (Akaun 1), Akaun Sejahtera (Akaun 2) dan Akaun Fleksibel (Akaun 3).

Makin Banyak Caruman Tidak Boleh Dikeluarkan Sebelum Bersara

Jika diteliti cadangan baru ini, walaupun pencarum nanti boleh mengeluarkan 10% caruman pada bila-bila masa di Akaun 3, jumlah yang tidak boleh dikeluarkan sebelum bersara lebih tinggi. Ini kerana pecahan Akaun 1 dinaikkan ke 75% dari 70%, dan hanya boleh dikeluarkan selepas umur 55 tahun.

Manakala Akaun 2 yang boleh dikeluarkan apabila mencecah usia 50 tahun, atau untuk pengeluaran khas yang dibenarkan, berkurangan separuh daripada 30% kepada 15% sahaja. Makin sedikit jumlah yang tersedia jika anda mahu membeli rumah, membayar kos perubatan atau naik haji.

Bermula dari RM0 pada bulan Mei

Laporan juga ada menyebut, pengenalan Akaun 3 tidak akan melibatkan simpanan KWSP sedia ada. Sebaliknya ia dilaksanakan untuk caruman baru, dijangka bermula pada bulan Mei 2024.

Jika ada yang mula berangan-angan untuk mengeluarkan 10% simpanan KWSP sedia ada, maka lupakanlah hasrat tersebut kerana Akaun 3 akan mula diisi dengan caruman yang dibayar pada bulan Mei nanti. Kalau caruman RM1,000, maka bulan Mei nanti Akaun 3 hanya akan ada RM100.

Simpan Di Tempat Lain Yang Lebih Untung

Untuk tahun lepas, KWSP mengumumkan pemberian dividen sebanyak 5.5% untuk simpanan konvensional dan 5.4% bagi simpanan shariah. Jika ada pencarum merasakan mereka boleh mendapat lebih banyak dividen di akaun lain, maka bolehlah berbuat demikian menerusi Akaun 3.

Cuma pastikan, ia pelaburan palsu yang menipu. Bagaimana nak tahu pelaburan palsu? Kena banyakkan membaca terutama dari pengalaman mereka yang pernah ditipu.

Sebenarnya, dividen melebihi 5% agak sukar untuk ditemui. Lebih baik jika ada wang simpanan berlebihan, masukkan terus ke dalam Akaun 3 KWSP. Jika ia boleh dilakukan.

Adakah anda menyokong atau menentang pengenalan Akaun 3 KWSP? Kongsikan dengan kami di ruangan komen ya.

Bacaan Berkaitan

  • Akaun 3 KWSP mungkin dilaksana mulai Mei, tawar fleksibiliti seakan akaun simpanan
  • KWSP lancar aplikasi i-Akaun baharu, pengguna boleh pasang di satu peranti sahaja
  • KWSP Pengeluaran Khas: Apa pasal keluar RM10,000 tapi kena ganti RM12,000?
Tags: Akaun 3epfkwsp
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Tak Setuju Dengan Caruman KWSP 7%? Ini Cara Untuk Kekalkan Pada 11%

Akaun 3 KWSP: Kelebihan dan kekurangannya, serta pandangan orang ramai

19 April 2024
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER