• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung Galaxy Tab S6 Lite 2024: Storan lebih besar dan sokong DeX Mode dengan Tab One UI

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:36 pm
  • 06/05/2024
  • Komen
Samsung Galaxy Tab S6 Lite 2024: Storan lebih besar dan sokong DeX Mode dengan Tab One UI
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas dua tahun, Samsung Malaysia kini memperkenalkan versi terbaru untuk Galaxy Tab S6 Lite bagi tahun 2024. Yang menariknya, ia kini ada storan dua kali ganda lebih besar, menggunakan cip baharu Exynos 1280 serta menyokong DeX Mode dengan Tab One UI.

Harga dan ketersediaan Galaxy Tab S6 Lite 2024

Jika anda berminat, Samsung Galaxy Tab S6 Lite 2024 ini boleh mula didapatkan semua pengguna di Malaysia sekarang. Terdapat satu varian yang ditawarkan, dan seperti sebelum ini, ia akan didatangkan sekali dengan S Pen. Berikut adalah harga rasminya di Malaysia:



  • Samsung Galaxy Tab S6 Lite (RAM 4GB dan storan 128GB) – RM1,499

Anda boleh dapatkan Galaxy Tab S6 Lite 2024 di stor dalam talian Samsung. Selain itu, Samsung turut menawarkan diskaun 10% jika anda menebus kod GALAXY10 di halaman pembayaran.

Spesifikasi Samsung Galaxy Tab 26 Lite 2024

Dari luaran, Galaxy Tab S6 Lite 2024 ini masih mengekalkan rupa yang serupa dengan model sebelumnya. Ia masih menggunakan skrin TFT 10.4-inci dengan resolusi 2000×1200 (WUXGA+). Badan tablet diperbuat daripada logam tahan lasak dengan berdimensi nipis 7mm dan berat 465g.



Perubahan ketara terdapat di dalamnya. Berbanding cip Qualcomm Snapdragon 720G pada model 2022, model terbaru 2024 ini dikuasakan cip Exynos 1280. Cip itu digabungkan dengan RAM 4GB sama seperti sebelum ini, tetapi dengan storan 128GB iaitu dua kali ganda lebih besar. Terdapat juga slot mikroSD untuk peluasan storan lagi 1TB.

Tenaga tablet disalurkan oleh bateri berkapasiti 7,040mAh dan Samsung mendakwa ia menawarkan masa tontonan video sehingga 14 jam. Bateri boleh dicas semula melalui USB-C. Untuk sistem kamera, ia menggunakan kamera depan 5MP dan kamera 8MP di belakangnya.

Untuk keperluan produktiviti yang lebih baik, Galaxy Tab S6 Lite terbaru ini menyokong DeX Mode bersama dengan Tab One UI. Ini membolehkan pengguna untuk bertukar dengan lancar antara aplikasi seperti PC. Ia juga masih ada sokongan S Pen memampukan pengguna untuk mencatat nota dengan mudah dan ia menyokong ciri seperti penukaran tulisan ke teks, serta Screen Off Memo, iaitu ciri untuk membolehkan anda mencatat tanpa perlu membuka tablet.

Perlu untuk anda tahu juga yang tablet ini hanya menyokong sambungan WiFi 5, tiada 4G atau 5G. Lagi ciri lain yang ada pada Galaxy Tab S6 Lite 2024 ini termasuk Bluetooth 5.3, speaker stereo dan Android 14. Ia tersedia dalam dua pilihan warna iaitu hijau dan kelabu.

Sebarang maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Samsung Galaxy Tab S6 Lite 2024.

Bacaan berkaitan

  • Galaxy Tab S6 Lite mula dijual di Malaysia dengan Papan Kekunci dan S Pen percuma
  • Samsung Galaxy Tab S9 FE: Tablet prestasi tinggi lebih mampu milik, ada S Pen & kalis air IP68
  • Samsung turunkan harga beberapa tablet mereka termasuklah Tab S8 Ultra
Tags: samsungSamsung Galaxy Tab S6 LiteSamsung Galaxy Tab S6 Lite 2024samsung malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Samsung Galaxy Tab S6 Lite 2024: Storan lebih besar dan sokong DeX Mode dengan Tab One UI

Samsung Galaxy Tab S6 Lite 2024: Storan lebih besar dan sokong DeX Mode dengan Tab One UI

6 May 2024
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER